√ Etika Penulisan Yang Terbaik Di Blog - Adarain

Etika Penulisan Yang Terbaik Di Blog

Di sini saya akan cuba memberikan sedikit panduan kepada anda berkenaan dengan etika penulisan di blog mengikut pandangan saya.



Etika Penulisan Di Blog


Berikut adalah beberapa etika penulisan di blog:


1) Dalam penulisan jangan terlalu short form sangat macam SMS. Elakkan menggunakan perkataan short form dan gunakan perkataan penuh bagi memudahkan pembaca lebih memahami.




Menulis dalam perkataan positif. Oleh kerana minda kita lebih mudah hadam ayat yang baik-baik. Contoh: Negatif: Jangan menulis menggunakan bahasa SMS. Positif: Menulis menggunakan bahasa Melayu penuh agar pembaca lebih mudah hadam dan faham apa yang kita tulis. - Danial Abdul Rahim



[caption id="attachment_2086" align="aligncenter" width="700"]Etika Penulisan Yang Terbaik Di Blog sumber gambar dari http://www.tenpennydreams.com/[/caption]

2) Gunakan bahasa yang baik dan jangan menggunakan perkataan buruk seperti ini 'bodoh' ,'babi' dan sebagainya.


3) Berkongsilah perkara yang baik. Perkara yang baik di sini bermaksud anda berkongsi petua, pengalaman anda, tip-tip dan banyak lagi yang mungkin berguna untuk rakan-rakan blog.


3) Jangan copy-paste bulat-bulat entry orang lain melainkan setelah mendapat keizinan tuan empunya entry. Kemudian, gambar kreditkan dari mana gambar anda ambil melainkan itu gambar anda. Seperti contoh: Gambar sumber dari google.com atau 'Url blog @ web'.


4) Jangan menulis perkara yang berunsurkan seks begitu juga dengan gambar yang tidak senonoh. Dan kalau boleh jangan dedahkan aurat anda ataupun aurat rakan anda terutamanya perempuan dengan memaparkan gambar di blog untuk tatapan umum.


5) Jika anda menulis berkenaan hadith dan Ayat al-Quran pastikan hadith itu diriwayatkan dari siapa? Adakah dari Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Hurairah dan banyak lagi. Pastikan hadith itu sohih. Ayat al-Quran pula nyatakan dari ayat berapa ke ayat berapa dan surah apa. Letak terjemahan sekali supaya senang pembaca untuk memahamkan ayat al-Quran. Seeloknya anda tidak meletakkan @ menaip ayat al-Quran bagi yang tidak pakar, takut anda tersalah tulis ayat al-Quran. Cukup sekadar terjemahan, ayat keberapa dan surah apa.


6) Jika anda menulis berkenaan dengan informasi atau fakta, pastikan dan periksa fakta yang anda kongsikan itu betul dan bukannya tipu. Seperti contoh fakta yang tidak betul berkenaan dengan puisi dayana kecoh diperhangatkan pada masa dulu yang dikongsikan rakan blogger yang lain dan sebaliknya fakta sebenar ialah ana hawana yang merupakan penulis puisi tersebut. Info yang tepat memudahkan pembaca untuk memahami dan berkeyakinan untuk datang lagi ke blog berulang kali.


7) Jangan sebarkan fitnah! Wujud dalam surah Al-Baqaroh, ayat 191 yang bermaksud "fitnah lebih kejam dari membunuh". Khususnya blogger yang memaparkan kisah artis dan juga politik ini. Sila rujuk no 6.


8) Sila patuhi Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia1998


Semoga entri etika penulisan ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.


Get notifications from this blog

19 comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian info yang sangta berguna untuk seorang penulis blog seperti saya... ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih garis panduan yang diberikan.. apepun terpulang lah pada individu berkenaan.. sendiri mahu tanggung kesannya.. kalau dah tersalah langkah..

    ReplyDelete
  3. Jadi penulis yang beretika.. part yang copypaste tu kalau boleh elakkan la copypaste walau diberi keizinan oleh penulis asal, sebaliknya beri huraian dalam pemahaman sendiri berkenaan entry yg di copypaste.. baru la dunia blogger boleh maju bertapak2..^___^

    ReplyDelete
  4. Jadilah seorang blogger yang beretika.

    ReplyDelete
  5. so, sbg blogger kita haruslah peka dgn setiap penulisan yg dihasilkan..

    ReplyDelete
  6. selagi tak kacau orang..tulis je apa yang kita rasa patut tulis..

    ReplyDelete
  7. memang patut sangat ada etika..kalau tak boleh tambah dosa dan bukannya pahala

    ReplyDelete
  8. Itu yang kita kena berhati-hati dalam dunia maya ni.

    ReplyDelete
  9. Etika tu sebagai garis panduan ..... tapi bukan blog sahaja kalau nak ikut di sosial media pun patut kena ikut etika yang sama.....

    ReplyDelete
  10. Hehe..terima kasih bro kongsikan..betul2..jangan copy bulat2..seksa yang menanggungnya..hehe

    ReplyDelete
  11. sepatutnya blog artis ni tak boleh jugak .. sebab apa ?
    sebab ia membuka aib ramai org terutama artis..
    risau kan ?

    ReplyDelete
  12. Tulislah dari hati, ia akan sampai ke hati.. Penulisan haruslah beretika, dan jaga tatasusila bersosial.. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini..

    ReplyDelete
  13. Kalau gossip plus berita tak betul memang tak yahlah post. buat fitnah je lebih nanti.

    ReplyDelete
  14. terima kasih untuk perkongsian. Saya akan aplikasikan nasihat anda .

    ReplyDelete
  15. Perkongsian untuk kita bersama

    ReplyDelete
  16. memang info yang molek ni,,,
    ada guide yg perlu kita ikut kalau nak jadi blogger atau penulis yg org hormati,,,

    ReplyDelete
  17. Saya tertarik dengan artikel yang anda buat
    Saya juga mempunyai web serupa tentang Penulisan - Penulisan anda dapat mengunjungi http://pena.gunadarma.ac.id/ untuk info lebih lanjut mengenai Penulisan yang lainnya.

    ReplyDelete