Showing posts with label Pakej pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pakej pelancongan. Show all posts

Tuesday, 20 January 2015

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Pilihan Jepun sebagai destinasi pelancongan utama adalah terbaik ini kerana Jepun sememangnya adalah sebuah negara yang sangat berdisiplin, canggih dan sistematik dalam segala urusan malah dikagumi oleh setiap negara.


Oleh sebab itu, Tun Dr Mahathir dalam ucapannya suatu ketika dulu ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada tahun 1982 telah mengambil pendekatan dasar pandang ke timur iaitu Jepun dan Korea Selatan dalam nilai etika bekerja.




[caption id="attachment_3416" align="aligncenter" width="700"]Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama dengan Japan Budget Trip - osaka Salah satu tempat yang berada di Osaka, Jepun. Sumber gambar dari http://bedazle.com/[/caption]

Semasa menjejakkan kaki ke sana pasti kagum dengan sistematiknya negara matahari terbit ini. Bermula dari sebesar-besar perkara seperti susunan bangunan, jalan raya, perkhidmatan awam sehinggalah sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti cara membuang sampah. Semua perkara yang dilakukan adalah bersistem.


Bukan niat untuk mengagungkan negara bukan Islam akan tetapi sekadar berkongsi dan mengambil pengajaran dengan kehidupan Jepun yang penuh bersistem. Perkara seumpama inilah yang patut dicontohi oleh negara Islam sendiri tertutamanya Malaysia.



Pakej pelancongan ke Jepun


Siapa kata nak ke Jepun memerlukan perbelanjaan yang banyak? Jangan risau dengan segala perbelanjaan di Jepun sebab ada pakej menarik yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip - JBT dengan harga yang sangat berbaloi dan menjimatkan. Pelbagai tempat yang menarik di Jepun jika mengambil pakej yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip - JBT.


Jom ketahui kelebihan tentang Japan Budget Trip - JBT dengan klik [DISINI]



Pakej ke Kansai 2015


Bagi yang mahu ke Jepun tetapi tidak tahu tempat mana yang paling menarik di Jepun. Apa kata anda pergi ke Kansai. Kansai juga dikenali dengann nama Kinki adalah kawasan kedua terbesar dan terpadat selepas Kanto. Ianya meliputi Osaka, Kyoto, Nara, Hyogo, Wakayama, Mie, Shiga, Fukui, Tottori & Tokushima.




[caption id="attachment_3410" align="aligncenter" width="700"]Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama bersama Japan Budget Travel 2015 sumber gambar dari http://ayaharif.blogspot.com/[/caption]

Tempat-tempat yang menarik di Kansai antaranya seperti berikut:




  • Shinsaibashi - merupakan pusat perniagaan dan tarikan popular di tengah bandaraya Osaka.

  • Kaiyukan dan Temponzan juga merupakan tarikan utama jika berkunjung ke Osaka. Sesuai utk seisi keluarga menghabis masa santai bersama.

  • Umeda Sky Building dengan Floating Garden menawarkan satu permandangan malam bandaraya Osaka yg sangat menakjubkan

  • Himeji Castle merupakan salah satu lokasi tumpuan di Kansai. Ianya merupakan salah sebuah kota asal yg tidak pernah musnah sejak dari dahul

  • Masjid Kobe merupakan sebuah masjid yg tertua di Jepun yg masih berdiri teguh dan digunakan oleh masyarakat Islam di sekitar Kansai.


[caption id="attachment_3414" align="aligncenter" width="700"]Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama dengan Japan Budget Trip Suasana meriah yang berada di Osaka, Jepun. sumber gambar dari http://bedazle.com/[/caption]

Semua tempat yang disebutkan tadi boleh pergi dengan pakej Japan Budget Trip - JBT dengan harga yang berpatutan iaitu dari RM 1990. Kalau berminat melancong ke Kansai boleh klik [DISINI] untuk lebih lanjut.



Pakej Snow & Sakura 2015


Selain itu, Japan Budget Trip - JBT juga menawarkan pakej yang lain iaitu Snow & Sakura pada tahun 2015 bermula 27 March - 1 April 2015.  Dengan pakej ini boleh ke Tokyo Disneyland dan bermain salji di kawasan peranginan ski. Berminat boleh klik [DISINI]




[caption id="attachment_3409" align="aligncenter" width="700"]Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama sumber gambar dari http://ayaharif.blogspot.com/[/caption]

Jangan berfikir panjang dan mulakan langkah untuk melancong dengan pakej pelancongan ke Jepun bersama Japan Budget Trip - JBT.


Maklumat lanjut bolehlah hubungi seperti berikut:

Whatsapp : 013-3417178
E-mail : japanbudgettrip@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/japanbudgettrip
Tnstagram : www.instagram.com/japanbudgettrip
Twitter : www.twitter.com/japanbudgettrip
Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati 

1) Travelog.my
2) Azeni Ahmad
3) Hawwa Firdaus
4) Sitizan
5) eXplorasa
6) Travel And Foods Blog
7) Kisahtatie

Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan :
Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30