Showing posts with label Portugis. Show all posts
Showing posts with label Portugis. Show all posts

Monday, 2 September 2013

Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku

 

[caption id="attachment_520" align="aligncenter" width="400"]Malaysiaku Berdaulat Tanah tumpahnya darahku Tema logo Merdeka 2013.
Sumber Gambar dari http://www.malaysiancoin.com/[/caption]

Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku


31 Ogos 2013 genap negara kita mencapai kemerdekaan dengan tema 'Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku',  maka kita telah mencapai kemerdekaan hampir 56 tahun lamanya. Jika kita imbas kembali perjuangan pahlawan yang bertahun-tahun lamanya menentang penjajah tidak kiralah dari Belanda, Portugis, British, Komunis dan Jepun, pahlawan negara tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan hak sebenar yang telah dirampas. Sekarang pula banyak perubahan yang kita lalui sehinggalah sekarang di mana negara Malaysia sudah mencapai kemajuan dan semakin dikenali di seluruh dunia dengan bangunan yang menjadi kebanggaan Malaysia iaitu Bangunan Berkembar meskipun tidak lagi mencapai status bangunan tertinggi di dunia, budaya kita, destinasi perlancongan yang mencarik dan sebangainya.

Hadiah Sebanyak RM50,00 untuk diMenangi


Zahiriah dan Batiniah

Di sini aku akan cuba membahagikan kemerdekaan kita pada hari ini dengan zahiriah dan Batiniah. Zahiriah yang dimaksudkan di sini ialah secara zahirnya kita telah bebas sepenuhnya dari penjajahan dari luar negara setelah sekian lama. Di tambah pula, beberapa bulan lalu  berlaku konfilk di Lahad Datu tetapi kita berjaya menumpaskan pengikut-pengikut Sultan Sulu.

Batiniah pula yang dimaksudkan di sini ialah hati dan minda kita masih lagi belum merdeka dan masih lagi dikawal oleh pihak barat dengan menyerang kita sebagai umat Islam secara psikologi.  Seperti contoh, Media elektronik (pornografi, American idol, Top model ) mahupun media cetak ( mangga dan seumpama dengannya) sering memaparkan perkara-perkara yang tidak elok serta menyebabkan Umat Islam terjebak ke dalam maksiat. Dari segi inilah, rakyat mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar seperti pemakaian yang menjolok mata, mengadakan konsert bercampur dengan lelaki dengan perempuan, berlaku kes rogol dan zina, kes tembakan, kes ragut dan banyak lagi. Perkara inilah yang kita belum Merdeka malah menghantui rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

Merayakan Kemerdekaan dengan Konsert

Wajarkah kita merayakan kemerdekaan dan memperingati pejuang dengan mengadakan konsert? Bagi pendapat aku sendiri perkara ini merupakan perkara yang sia-sia dan seolah-olah mengkhianati pejuang-pejuang kita sendiri dengan berhibur. Konsert sumpama ini menjadi ikutan yang asalnya dilakukan oleh Barat sendiri. Perkara sebeginilah yang seharusnya kita termasuk kerajaan sendiri perlu memandang serius dengan menerapkan nilai-nilai Islam seperti contoh mengadakan solat hajat berjemaah, Berdoa agar pejuang ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, sesi Ceramah/Tazkirah secara terbuka sempena memperingati pejuang dan banyak lagi yang menepati citarasa Islam dan bukannya dengan konsert yang melalaikan.

Bersyukurlah

Akhirnya, walau apa pun jua keadaan di Malaysia sekarang kita harus bersyukur kerana keamanan, kemudahan dan makanan semuanya serba lengkap dan cukup berlainan pula situasinya di Syria serta Mesir dengan konflik yang berterusan dan Keadaan somalia bersama-sama negara lain yang kekurangan makanan sehingga kini. Kita sangat beruntung dan bersyukur kerana Malaysia kan aman walaupun... (tetiba penat nak sambung menulis).