Showing posts with label Powerbank. Show all posts
Showing posts with label Powerbank. Show all posts

Tuesday, 25 February 2020

Powerbank Jenama Pineng Yang Original


Hari ini aku berkesempatan untuk membuat ulasan berkenaan dengan powerbank yang telah aku beli melalui seorang owner yang sangat dipercayai.

Banyak sudah aku mencari di kedai termasuk internet juga untuk mencari powerbank yang terbaik dan akhirnya, aku sudah jumpa yang terbaik dan harganya boleh tahan sesuai dengan kualiti powerbank tersebut.

Sekarang kalau kita lihat ramai pengguna smartphone sedang sibuk mencari Powerbank yang terbaik dan berjaga-jaga supaya tidak tertipu dengan produk tiruan.

Powerbank Jenama Pineng
sekadar gambar hiasan

Powerbank yang kita sudah sedia maklum merupakan battery luar yang mampu mengecas smartphone pada bila-bila masa sahaja tidak kira dimana korang berada.  Jadinya, siapakah sebenarnya yang memerlukan powerbank ini?. Jawapannya ialah:

  1. Mereka yang selalu melakukan aktiviti luar seperti melancong dan sebagainya
  2. Mereka yang selalu sangat menggunakan smartphone seperti mengambil gambar,  whastapp, WeChat, Selalu bermain game dan sebagainya.

Beli Powerbank Yang Original


Jenama Powerbank manakah yang terbaik untuk korang guna?. Jawapannya ialah, Powerbank  Pineng Sebab apa aku kata powerbank Pineng:

  1. Nampak berkilat dan Eksklusif (sekarang dah macam2x keluaran jadi ada yang tak berkilat)
  2. Sedap dipegang
  3. Ada dua USB port dan ini membolehkan korang mengecas dua smartphone dalam satu-satu masa. (sekarang dah ada lebih dari 2 USB)
  4. Ada torchlight
  5. Pelbagai jenama smartphone korang boleh charge termasuk Mp3,iPod, Mp4 Player dan sebagainya.
  6. Lebih rigan berbanding zaman dulu. 
Sudah 4 bulan aku menggunakan produk ini, ternyata ianya memang berkualiti dan original. Dan apa yang aku perasan perbezaan Charger Smartphone aku dengan Powerbank ini, ternyata battery smartphone aku cepat penuh mengguna powerbank berbanding Charger.

Setakat ini tidak ada kerosakan pada smartphone. Jadi kepada mereka yang masih mencari-cari tu bolehlah lawat laman web owner yang aku beli, www.thefaizibrahim.com.my.

Ini kerana jika korang membeli powerbank yang tidak original, macam-macam boleh berlaku seperti powerbank meletup, powerbank tidak berfungsi dan merosakkan battery mahupun smartphone.

Macam mana Nak tahu Powerbank Pineng Yang Original dan Tiruan?

Ini ada beberapa tips kalau nak tahu powerbank ti jenis tiruan ataupun tidak. 

  • Power bank tiruan cepat rosak. Baru beli seminggu, dah tak boleh guna. Cas tak masuk ke smartphone.
  • Mudah meletop. (pernah berlaku tapi isu ini sudah lama)
  • Powerbank 20,000 tapi baru caj sekali je dah habis battery powerbank.. Biasa 5-6 kali baru habis battery powerbank
  • Caj Battery powerbank tak pernah penuh-penuh Not fully charge. 
  • Warranty terlalu singkat seperti 1 bulan sahaja. paling teruk 1 minggu warrantynya. . 
  • Terlalu ringan sangat macam tak ada isi dalamnya. 
Tapi sekarang aku rasa dah jarang orang jual powerbank tiruan lagi. Melainkan powerbank sekarang ni banyak orang bagi doorgift biasanya powerbank 5,000 mah. Powerbank macam ni tak berapa tahan dan kualitinya tak tahan lama serta cepat rosak. 

Lagi satu, sekarang ada smart powerbank yang memang khas untuk smartphone yang fast charging. Sekarang ini je dah banyak smartphone yang jenis fast charging macam brand Oppo, Huawei, Oneplus dan banyak lagi. 

Salah satu powerbank yang menyokong fast charging ialah brand Baozu. Brand Baozu ini boleh digunakan pada brand Oppo, Oneplus dan Huawei yang ada fast charging. 

Untuk Akhirnya, terpulang untuk korang menilai atau memilih jenama powerbank yang korang rasa terbaik tetapi sila pastikan powerbank tersebut adalah original.

Friday, 26 October 2018

Pengalaman Pakai Smart Powerbank Baozu M1

Pernah dengar nama Powerbank Baozu M1? Rasanya ramai yang tak tahu kewujudan powerbank ni memandangkan terlalu banyak powerbank kat pasaran.

Jadi apa istimewanya powerbank Baozu ni dengan powerbank yang lain?

Istimewanya powerbank Boazu ini dengan powerbank lain adalah ciri-ciri supercharge yang tidak ada pada powerbank lain. Supercharge yang ada pada powebank Boazu ini sesuai sangat digunakan oleh Oppo, Oneplust dan juga Huawei yang mempunyai support charging yang laju. 

Macam saya sendiri adalah user oppo oneplus 5t jadi bila nak beli powerbank ini agak ragu sikit tapi bila tengok review semua kata terus on beli je powerbank dengan harga RM139. Tulah harga paling murah setakat ini jumpa dekat shopee.

Memang ternyata bila dah charge je hp oneplus saya dengan Boazu memang keluar logo dash dari hp oneplus 5t menandakan charging laju bukan charging biasa.

Pengalaman Pakai Smart Powerbank Baozu M1
Powerbank Baozu M1

Info Tentang Powerbank Boazu M1

Untuk pengetahuan ampa, M1 ni merupakan powerbank generasi baru yang menyokong hampir kesemua teknologi pengecasan pantas yang wujud setakat la ni. Badan kecik, tapi menyokong pelbagai teknologi pengecasan pantas.

Teknologi apa yang dia sokong tu?

  • Bahagian Input Type-C : 9V/2A, 5V/3A, dan 5V/2A.
  • Protocol Input Type-C : FCP = Fast Charging Protocol dan QC = Qualcomm® Quick Charge
  • Bahagian Output Type-C : 5V/3A.
  • Bahagian Output Type-A : 4.5V/5A, 5V/4.5A, 5V/4A, 9V/2A, 9V/1.67A, 12V/1.5A, dan 15V/1A.
  • Protocol Output Type-C/A: SCP = Super Charging Protocol, FCP = Fast Charging Protocol, VOOC = Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging atau nama pendek dia Flash Charging, Dash Charge (konsep lebih kurang macam VOOC 🤣), AFC = Adaptive Fast Charging (bukan AFC bola tau 😅), QC 2.0, 3.0 = Qualcomm® Quick Charge, PE/PE+ = Pump Express/+, dan BE 1.2 = Battery Charging.

Berapa lama nak cas bagi penuh M1 ni?


  • Guna Pengecas Baozu 24W = Lebih kurang 2 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna kuning kelip laju2.
  • Guna Pengecas 9V/2A = Lebih kurang 3 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna kuning kelip perlahan2.
  • Guna Pengecas 5V/2A = Lebih kurang 4 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna putih kelip perlahan2.

Lampu Penunjuk dia simple sahaja, tiada display, hanya 4 lampu penunjuk untuk tunjuk baki tenaga M1 ni dan yang menunjukkan betapa bijaknya M1 ni, tak perlu nak tekan on, hanya cucuk sahaja kabel dari M1 ke telefon anda maka secara automatiknya dia akan mengecas telefon anda yang kehabisan jus bateri. Untuk periksa tinggal berapa tenaga tu hanya tekan sekali dan dia akan tutup dengan sendirinya