Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, 20 November 2019

Resepi Mudah Ayam Tandoori Macam Kedai Mamak

Geram je tengok ayam kat kedai mamak kan... Kalau kedai melayu semua buat ayam goreng biasalah ada yang goreng kunyit ada yang goreng crispy ada yang goreng ala kfc. Tapi ayam goreng macam mamak buat, takde kedai melayu buat lagi..Jarang la..  Jadinya mehla kita buat sendiri.

Percubaan kali pertama Ayam Tandoori rasa mcm mkn kat mamak rasa juicy kat dalam. Resepi ada kat bawah..

Ayam Tandoori Marvelous


Resepi Mudah Ayam Tandoori 


  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji bawang besar
  • 10 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji buah pelaga
  • Daun ketumbar
  • 1 biji jus lemon
  • 1 cawan greek/plain yogurt
  • Sedikit pewarna merah
akan jadi macam ni..


Caranya adalah :

  • Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
  • Gaul dgn ayam (seekor potong 4, dan kelar2) dan perap 5 jam/lebih dalam aluminium foil.
  • Bakar dlm loyang (tanpa foil) suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.

Resepi masakan ini adalah dari fatimah saari. Semoga memberi manfaat kepada semua yang ingin mencari resepi mudah tapi sedap.

Friday, 19 June 2015

Tonton ketuk-Ketuk Ramadhan 2015

Ramadhan dah menjelma dan semestinya rancangan yang aku nantikan adalah Ketuk-ketuk Ramadhan yang dihoskan oleh pengacara popular iaitu Sheily Rusly.

Rancangan masakan Ketuk-ketuk Ramadhan yang mendapat jolokan no.1 paling popular di Malaysia di hadiri dengan artis jemputan sepanjang bulan Ramadhan.

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 telah memulakan rancangan sejak semalam pada pukul 12.30PM di TV1 bersama dengan artis jemputan iaitu Syafiq Kyle.

Tonton ketuk-Ketuk Ramadhan 2015
Sheila Rusly sebagai Host
Antara artis-artis jemputan adalah Johan ashari, Fattah, Mia Ahmad, Wak Doyok, Izzue Islam dan banyak lagi.

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015


Apa yang menyebabkan ketuk-ketuk Ramadhan masih kekal popular sepanjang Ramadhan sejak tahun 2005 lagi?

Jawapannya adalah seperti di bawah:

  • Program Santai Bersahaja - Program yang dikendalikan Js Production berkonsepkan santai dan tidak terlalu formal. Di tambah pula, pengacara KKR yang sporting dan bijak mengendalikan rancangan tanpa perlu mengikut skrip 100%.

  • Kerana Terpaksa aku Relakan - Dalam kebanyakan setiap awal episod KKR, pasti berlaku babak di mana Sheila Rusly mengajak dan memaksa selebriti jemputan untuk memasak. Dari situ, kita dapat lihat pelbagai telatah dan alasan yang dilakukan oleh selebriti untuk menolak tawaran memasak dalam Ketuk-ketuk Ramadhan.

  • Mengetahui Perkembangan Terkini Selebtriti - Selebriti jemputan sebenarnya memeriahkan lagi suasana KKR dengan berkongsi resepi di samping mengetahui perkembangan terkini. Sebab itu, rancangan masakan ini digemari oleh orang ramai kerana selebriti jemputan.

  • Gaya tak Kena Tempat - Dapat lihat artis bergaya yang tidak kena pada tempat. Bayangkan selebriti pergi pasar dengan kasut tumit tinggi itu belum campur lagi dengan pakaian. Memang teruklah kena sindir dengan Sheila Rusly. :)

  • Pandai Masak ke Tak? - Yang ini best, pernah tengok orang tumis tak pakai minyak? Tapi artis ni memang power tumis tak payah pakai minyak. Itu baru satu, belum lagi artis yang tak kenal lagi jenis sayur-sayuran.

  • Terlupa Puasa - Paling best bila mana Sheila Rusly kenakan selebriti jemputan untuk merasa makanan yang telah siap di masak. Bila artis rasa masakan dan sheila tegur tak puasa ke? memang terkejut la dibuatnya apabila artis lupa yang sebenarnya berada dalam rancangan masakan untuk bulan Ramadhan nanti. Itu yang kelakar.Re

Tonton Ketuk-ketuk Ramadhan 2015 online?


Jangan tak tau plak TV1 pun boleh tengok secara online iaitu di sini [DISINI], kalau tersekat boleh tengok [DISINI] pula. So, korang yang mungkin tengah kerja boleh tengok secara online di komputer ataupun di Mobile.

Nak tengok pilihan sesi ketuk-ketuk ramadhan 2015 yang lepas2x pun boleh just klik [DISINI]