Showing posts with label Selamat hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat hari Raya. Show all posts

Wednesday, 21 August 2013

Kesalahan Di Hari Raya

 Assalamualikum dan Salam Sejahtera.




[caption id="attachment_476" align="aligncenter" width="553"]Kesalahan di hari raya Sumber: http://www.akiraceo.com/[/caption]

Kesalahan Di Hari Raya


Kesalahan di hari raya yang kita sendiri tidak sedar. berikut adalah beberapa kesalahan yang dilakukan ketika dihari raya.


Kesalahan pertama ialah lagu raya.


Apa salahnya dengar lagu raya? kalau kita perhatikan lirik lagu raya dari Ahmad Jais dengan tajuknya Selamat Hari Raya "Selamat hari raya aidilfitri mulia~ ampun maaf dipinta mensuci hening dosa" tak salah tapi yang salah ialah ialah lagu dari Uji Rasyid - Seloka Hari Raya dengan liriknya seperti ini "indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka ria~ adikku manis cantik bergaya, bolehkah abang ikut bersama" yang itu salah. Sebenarnya kita telah di-brainwash sejak dulu lagi dengan lagu hari raya berunsurkan lirik yang bertentangan dengan agama Islam.


Kesalahan Kedua ialah bersalam dengan bukan mahram.


Asal raya sahaja kita bersalam asal bersalam raya tapi dengan siapa kita bersalam sebenarnya? menantu kakak ke, sepupu ke, hubungan yang bukan mahram berdosa jikalau kita bersalam. Kalau kita pegang babi tak berdosa kita boleh samak tapi kalau kita pegang anak dara orang, perempuan yang bukan mahram, lelaki yang bukan mahram, kita nak samak dengan apa? tak boleh samak melainkan bertaubat memohon keampunan kepada tuhan. Kita kena berhati-hati ketika bersalam, orang yang tak boleh salam kita kena cakap tak boleh salam. Selagi mana kita tak tak berani cakap, selagi itu mungkar akan berterusan.


Kesalahan ketiga ialah Tabaarruj berlebihan


Tabarruj atau perhiasan dihari raya yang berlebihan tidak digalakkan kerana ianya boleh menggalakkan perasaan riak dihati atau sifat suka menunjuk-nunjuk dengan teman atau saudara yang lain dengan perhiasan yang dimiliki. Dikhususkan untuk perempuan yang gemar memakai solek dengan tebal, tudung yang berfesyen, wangian yang kuat dan sebagainya. Berhati-hati dalam menghias diri.


kesalahan keempat nafsu makan yang melampau


Masa raya inilah kebanyakan orang akan kuat makan seperti tidak pernah makan sebulan. Makan dengan bermacam-macam dan bercampur aduk dengan makanan yang lain, natijahnya mendapat sakit perut. Berhentilah sebelum kenyang dan elakkan pembaziran.


kesalahan kelima bermaaf-maafan tetapi mengumpat.


Aku lihat situasi ini berlaku, selepas kita bermaaf-maafan tetapi umpat-mengumpat masih lagi berlaku tidak kiralah berlaku di kalangan sanak-saudara mahupun rakan-rakan yang lain. Mengumpat sekarang memang tidak dapat dipisahkan di akhir zaman ini. Bahana mengumpat ini di akhirat kelak kita akan memakan daging saudara kita sendiri. Minta dijauhkan.


kesalahan keenam kunjung - mengunjung tapi tidak mengunjungi rumah ALLAH S.W.T


Di hari raya ini jugalah semangat untuk berkunjung ke rumah sanak saudara ataupun rakan bertambah kuat. Dengan alasan sudah lama tidak berjumpa ataupun ingin bertanya khabar. Di sebalik kunjungan di rumah saudara atau rakan jarang sekali berkunjung Rumah ALLAH untuk menunaikan solat secara berjemaah.


Sesungguhnya kita telah melakukan banyak bosa di hari Mulia Hari Raya.

Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya 2013

 

Apabila sebut pasal raya, pasti semua orang tengah sibuk pulang ke kampung tak kurang juga ada yang sibuk dengan persiapan raya seperti membuat kuih muih, mencuba baju baru, tukar langsir baru, cat rumah, pasang pelita dan sebagainya. Yang penting semuanya serba baru dan lengkap bagi memeriahkan suasana hari raya.

Tiba hari raya pula, ramai umat islam akan menunaikan Solat Sunat aidilfitri kemudian menjamu selera dengan makanan yang wajib disediakan pada waktu raya iaitu ketupat, rendang, lemang, udang & ayam masak merah dan sebagainya. Pada masa inilah, ramai saudara mara yang jauh datang bertandang dan menjadi tradisi apabila tiba sahaja waktu raya orang islam datang menziarahi kubur.

Pada tahun ini juga,  aku beraya tanpa atok mahupun nenek, jadi agak janggal sedikit bila datang ke kampung tanpa kelibat atok dan nenek belah abah ataupun mak . Terkenang karenah mereka semua yang sangat mencuit hati, kalau nak cakap mesti nak kuat macamlah kita duduk jauh daripada dia walhal kita duduk sebelah dia je. Tema

Bila dah besar, rayanye lain macam tak bersemangat seperti masa kecil dahulu, Dulu masa kecil, boleh tak nak tidur sampai raya, pastu main mercun dengan sepupu, kenangan yang memang tak dapat dilupakan. Tumpang simpati kepada mereka yang mendapat kecelakaan ketika bermain mercun. Hati-hati bermain mercun pastikan mendapat kawalan daripada ibu bapa, lagi bagus kalau tidak bermain mercun, jimat duit.

Aktiviti berkunjung ke rumah jiran mahupun rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Inilah masanya untuk kita mengeratkan sillaturahim. Selepas berkunjung tu, jangan lupa ambil gambar buat kenangan bersama sepanjang zaman.

kepada mereka yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang tersayang, singgah mana-mana kedai jikalau rasa mengantuk. Makan pula, jangan makan dengan sekenyang-kenyangnya, makanlah dengan bersederhana jangan pula tamak macam tak pernah makan setahun.

Akhirnya, Selamat Hari Raya 2013/ 1 Syawal 1434H kepada umat Islam dan rakan-rakan yang mengenali diri ini, Mohon maaf zahir dan batin seadainya penulisan blog ini banyak mengguris perasaan hati korang semua. Semoga raya tahun ini memberi seribu makna kepada keluarga korang semua.

[caption id="attachment_401" align="aligncenter" width="451"]Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya[/caption]