Showing posts with label Tp-link wireless. Show all posts
Showing posts with label Tp-link wireless. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

Wifi Lembab Jadi Laju

Wifi Lembab kerana Jarak Jauh


Sesiapa yang belum baca lagi berkenaan dengan post sebelumnya boleh baca di sini. Memang teruja dapat komputer baru tetapi kalau wifi lembab pun susah juga. Komputer tanpa internet memang membosankan.

Lainlah kalau pengguna itu ada install game berat seperti PES, The SIM dan sebagainya, dapat juga menghilangkan kebosanan tatkala internet tiada. Kalau macam aku ni, baru dapat komputer, software dan game pun tak terpasang lagi.

Dapat 2 komputer, komputer pertama letak di dalam bilik adik aku, komputer yang kedua letak di kedai berhadapan dengan rumah aku. Jaraknya sejauh 10 meter sahaja berhadapan dengan rumah.

Komputer pertama boleh terima wifi tetapi komputer yang kedua ni tetiba lembab dan adakalanya tiada terus.

Penat juga aku mencari punca kelembaban line internet, tak mungkin disebabkan server sebab kalau guna laptop ok je tak ada masalah, jauh tak jauh kelajuan memang sama. Mungkin disebabkan terlalu jauh walhal jauh dalam lebih kurang 10 meter sahaja.

Sampai pergi ke kedai komputer berkali-kali tak juga elok-elok. Siap format komputer. Keputusannya tetap sama.

Selepas itu, aku tanya group-group facebook yang mungkin lebih arif berkenaan dengan IT. Ada yang bagi cadangan pakai modem router yang ada 2 sesungut, ada juga memberikan cadangan supaya memasang signal king dan tak kurang juga kata suruh beli WLAN switch N+.

Terus aku pergi ke kedai komputer lagi sekali bertanyakan tentang masalah sebenarnya dan terus tauke itu mencadangkan router seperti gambar di bawah. Dah berkali-kali aku pergi kedai komputer yang sama. Baru inilah tauke kata ini router Tp-Link terbaik yang boleh tarik wifi yang jauh menjadi laju.

Mula-mula rasa ragu-ragu nak beli tetapi bila tauke kata:
lu beli ini dulu, kalau sama juga boleh trade ini balik ini router.

terus aku beli dengan yakin dan pasang terus di kedai. Harga sebenar RM90, bila minta kurang dapatlah RM80 sahaja. Kecil je pun mahal. Nak tarik wifi punya pasal. Router Tp-Link yang aku beli seperti gambar di bawah.


Cuma sebuah router yang kecil plus comel. Dalam kotak tu ada  batang signal, router kecil dan wayar usb yang akan disambungkan kepada komputer. Bila hendak disambungkan kepada komputer, macam biasa kena install driver.

Install pun senang sahaja macam kacang goreng. Klik dan klik and DONE. Dah biasa install guna TP-Link sebab router atau modem wifi pun pakai jenama Tp-Link. Kalau rosak pun beli modem jenama Tp-link juga. Kiranya hanya percaya pada produk Tp-link.


Jadi lepas ni, bolehlah install mana patut yang berguna pada komputer. Antivirus mesti letak kalau tak letak jahanam komputer diserang virus.

Hati pun dah lega memikirkan masalah wifi sudah selesai dan mood nak blogging pun bertambah semangat.