Showing posts with label Uber. Show all posts
Showing posts with label Uber. Show all posts

Saturday, 30 January 2016

Pengalaman Naik Uber Di Johor Bahru

Uber Di Johor Bahru - Kebetulan ada Temujanji kat Johor Bahru jadi terpaksa pergi Jb dari Bangi. Ingat nak kawan hantar ke Hospital Ismail dari Skudai. Tapi member ada kursus Kahwin dua (2) hari. Jadi memang tak boleh nak hantar ke sana.


Member pun suggest naik Uber dari naik Teksi. Uber sekarang pun dah ada kat Jb dan ak pun teringin nak rasa naik Uber merasai apa yang bestnya naik uber.


Uber-App



Cara Menggunakan App Uber


Nak naik Uber kena Install dulu App Uber kat Smartphone.


1) Kena Install App Uber


Install Uber DI Playstore


2) Register (Isi tempat kosong seperti nama, No telefon, Email, Password, isi No Kad Debit/Kredit dan no digit kat bahagian belakang kad yang ada 3 no sahaja.


Pertama kali daftar korang akan dapat free voucher RM20.


Pengalaman Menggunakan Uber Di Johor Bahru


Pengalaman Menggunakan Uber Di Johor Bahru


3) Enable-kan GPS, Kemudian klik Pickup Location tempat mana yang hendak di ambil dan tempat mana yang hendak dituju.


Pengalaman Menggunakan Uber Di Jb


4) Kalau sorang je pilih Uber X, tapi kalau ramai lebih dari 3 orang ambil UberXL itu kalo available. Kalau tak available kt tempat korang maknanya kawasan korang tak de Uber. Kena cuba berulang kali baru ada muncul kereta Uber. Biasanya available di Bandar seperti KL dan JB


Kalau ada nampak kereta UberX pada maps, korang klik request untuk ambil korang. Sebelum itu, kita boleh tengok fare dia berapa kalau tak suka tak payah ambil, pilih uber yang lain. Mudah kan? Dah jumpa UberX yang berkenan boleh request dan pilih. Boleh call kalo ada pape hal.


Selain itu, korang tak perlu bayar cash sebab bayar melalui kad debit or kredit. Senang kan?


Uber Malaysia



Kelebihan Naik Uber Berbanding Taxi



  1. Murah
    Memang murah. Bayangkan ak naik dari Skudai, JB ke Tebrau dalam 23KM, tempat nak dituju dah la jauh bayar dengan hanya RM31.30. Kalau naik dengan taxi dah kena bayar 2x ganda.

  2. Mesra
    Pemandu memang mesra siap berborak tanya dah berapa lama kerja Uber dan hasil pendapatan melalui Uber.

  3. Dapat Naik Bermacam Kereta
    Yang ni best, dapat naik pelbagai kereta macam BMW, Exora, Toyota Vios dah banyak lagi.


Kekurangan




  1. Harga Tinggi
    Harga akan tinggi kalau tak ada banyak Uber kat situ. Jadi, bila ada satu je Uber maka harga akan jadi mahal sedikit.

  2. Tak tahu jalan plak
    Time nak balik ke Skudai Driver plak tak tahu tempat kat mana just berpandukan WAZE. Kebiasaannya Driver baru dalam uber yang tak berapa nak tahu or pakar lagi bab jalan2x area bandar.