Pada ahad yang lepas, blog tidak dapat access login wordpress setelah berkali-kali mencuba namun hasil tetap sama. Kemudian, terus buka laman blog www.adarain.com dan apa yang mengejutkan ialah background yang asalnya berwarna biru bertukar menjadi hitam dan di bahagian footer terdapat kod-kod yang pelik.
Kali pertama mengalami situasi seperti ini. Dan aku yakin bahawa blog adarain telah di-hack oleh pihak tertentu.
Siapa tak gelabah kalau kena hack kat blog sendiri. Kalau blog orang lain memang aku tak kisah tapi ni blog sendiri yang kena.
Apa Yang hebatnya adarain.com sampai kena Hack?
Tak tahu tang mana yang hebatnya tentang adarain.com, blog cikai-cikai je tak setaraf dengan blogger yang hebat di luar lagipun blog ni tak adalah kaya sangat sampai boleh jana kewangan beribu-ribu.
Aku syak, hacker ini sengaja menguji keselamatan blog aku sama ada boleh dipecah masuk ataupun tidak. Akhirnya, hacker ni berjaya membolosi blog aku.
Setakat ni, tak ada pape yang hilang, semuanya ok.
Aku try tanya pihak hosting, lambat pula diorang balas so aku buat sendiri betulkan blog aku kepada yang asal. Buat sendiri, mesti kena tanggung risiko. Hasil bantuan google, semuanya kembali normal dan bernasib baik blog tak bertambah teruk.
Mana tahu hacker dari Indonesia?
Bila dah selesai, tryla taip nama blog sendiri, dari beberapa list yang keluar dalam first page google, terjumpa www.adarain.com hacked. Notified by TOGEL3739. Aku klik link tersebut tanpa ragu-ragu sebab nak tahu punya pasal.
Keluar tentang maklumat blog adarain telah di hack. Togel adalah hacker yang hack blog adarain.com
Pada hari tersebut iaitu 21 Disember 2014 bukan sahaja blog adarain dihack malah ada juga beberapa blogger Malaysia yang telah berjaya dihack seperti anuarali.com. Berikut adalah senarai yang telah berjaya dihack.
Security Lemah
Dari segi security, nampak sangat blog adarain sangat lemah sehingga berjaya ditembusi oleh hacker. Perkara ini sebenarnya boleh di atasi kalau sentiasa peka dengan blog seperti mencipta password yang lebih kuat, kemaskini theme dan sebagainya. Semoga menjadi pengajaran buat diri-sendiri untuk masa akan datang.