Showing posts with label merempit. Show all posts
Showing posts with label merempit. Show all posts

Friday, 10 January 2014

Samseng Jalanan Di Malaysia Makin Teruk

Jaga Pertuturan Ketika Memandu


Bukan nak mengutuk atau bukan nak mengeji, tapi kalau korang perhatikan sesetengah orang yang memandu pasti ada barannya. Tak kiralah tua mahupun muda. Bawak bagai orang gila, mulut pula laser. Setiap kali kalau bertemu dengan pakar driver atau kononnya yang berpengalaman ni, mesti ada cacian dan makian pada orang yang kononnya tak reti bawak kereta atau kenderaan lain. Macam dia sahajalah yang terror.

Lupa diri macam dunia ini diri seorang yang punya.

Sebenarnya dah lama aku perhatikan sebab ada kalanya rakan sendiri pun tak terlepas kata-kata yang kurang enak. Maklum sahajalah, darah orang muda.

Walaupun masih baru atau dah lama, pasti semua nak tunjuk belang dan kononnya dialah raja di jalanan.

Bawa Laju Tak ingat Dunia


Bercakap tentang pengalaman menaiki kenderaan rakan, waktu itu aku bersama rakan-rakan yang lain baru pulang dari kompleks membeli-belah. Sedang rakan aku memandu, tiba-tiba kereta rakan aku dipotong oleh sebuah kereta besar berwarna hitam sedangkan di depan tu ada lori besar. Pergh!, mentang-mentanglah kereta rakan yang aku bawa tu kecil, dia sesuka hati je nak cilok sana-sini. Tapi kalau tak lepas, dia pula buat emergency brek, tak ke dengan rakan-rakan aku sekali yang kena nanti.

Paling bengang kalau jenis driver yang suka mencucuk. Rasa macam nak cucuk je muka dia.

Kemudian pengalaman ketika menaiki kenderaan bersama keluarga dan saudara dalam perjalanan menuju ke LCCT. Di lebuh raya tetiba kami di potong dengan laju-selajunya oleh kereta jenama Toyota Vios, masa itu kami sekeluarga guna kereta toyota estima terkejut dengan kelajuan tersebut siap boleh cilok sehingga hilang dari pemandangan kami. 


sekadar gambar hiasan


Kemudian jalan lebuh raya jammed, sekali kami lihat kereta yang bawa laju tadi kemalangan teruk dengan tayar yang sudah lari dari tempat asal dan remuk teruk.  Boleh dikatakan kereta tu totally lost. Pemandunya adalah perempuan. Kelihatan bersama pemandu perempuan mungkin maknya yang kelihatan mengigil dan mungkin trauma dengan kejadian itu.

Perempuan pun tak terkecuali bawa kenderaan dengan laju. Nasib perempuan tu masih hidup kalau tidak memang nyawa dah melayang begitu sahaja. Adakah dia samseng Jalanan?

Mesti korang ada pengalaman yang sama mcam aku. Kadang-kadang traffic light dah hijau pun tak boleh jalan terus, dah kena perhatikan bahagian kiri dan kanan. Takut-takut ada kenderaan pecut laju.

Bukan setakat itu sahaja, driver bas atau lori yang bawak kenderaan berat itu pun lebih kurang sama perangainya. Bukan main lajunya, sedangkan diorang tak boleh bawa lebih daripada 90 km/j kalau di jalan persekutuan. Tapi kelajuannya mengalahkan kereta yang bawa 110 km/j.

Jangan Jadi Samseng Jalanan


Jadi apa yang nak aku nasihatkan di sini korang kena sentiasa berhati-hati di jalan raya sebab aku tak mahu tengok yang muda-muda macam aku ni jadi mangsa jalanan (mangsa jalan raya) oleh samseng jalanan.

Lagipun zaman sekarang ini, terlalu banyak berita kemalangan yang dipaparkan. Nyawa senang-senang je nak melayang kalau tak jaga betul-betul, Sedih pun ada tapi nak buat macam mana. kalau orang dah tak dengar kata,

umpama bercakap dengan kera

Macam itu juga kepada yang suka merempit, tak ada faedah dengan tabiat itu yang merugikan. Jangan menyesal di kemudian hari sudah la!