Showing posts with label motivasi kehidupan. Show all posts
Showing posts with label motivasi kehidupan. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

Manusia Mudah Lupa

Manusia Mudah Lupa


Manusia mudah lupa? Manusia lupa pada apa? Lupa pada asal-usulnya? Lupa Penciptanya? Lupa betapa kecilnya dia? Tak sedar ke betapa kecilnya kita sebagai manusia? Kebelakangan ini aku banyak berfikir. Berfikir tentang kehidupan. Berfikir tentang gelagat-gelagat dan juga perangai manusia di sekeliling aku. Sekali-sekala aku berfikir juga tentang perangai diri aku sendiri. Memang betul zaman sekarang ni ramai manusia yang lupa untuk bersyukur. Diorang ni memang lupa  atau memang tak tahu nak bersyukur?

[caption id="attachment_666" align="aligncenter" width="600"]Manusia Mudah Lupa Sumber gambar dari google.com[/caption]

Sebagai Manusia, kita sepatutnya tak lupa mensyukuri nikmat yang diberikan kepada kita. Ini kerana tanpa nikmat yang kita dapat tu kita akan hidup susah. Cuba lihat nasib sesetengah manusia? Ada yang hidup yang lebih teruk daripada kita. Tanpa perlindungan, tanpa makanan, tanpa kemewahan, dan banyak lagi. Jadi, janganlah sesekali kita lupa akan asal-usul diri kita dan sentiasalah bersyukur dengan kehidupan kita sekarang ni.
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”(Surah Ibrahim 14:7)

Ada sesetengah orang yang merasakan dirinya dah cukup hebat dan cukup besar. Perlukah kita bersikap riak sebegitu? Sedangkan kita hanyalah hamba Pencipta yang kecil sahaja. Dengan sikap riak tu, manusia senang menjadi lupa tentang asal-asulnya. Ada kalanya  ia bakal mendorong seseorang it untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Mana taknya, kalau dah rasa diri tu begitu hebat, tentu diorang akan rasa apa sahaja yang diorang lakukan tu dah cukup bagus dan tak salah. Jadi, sebelum korang nak lakukan apa sahaja, korang sepatutnya berfikir dengan lebih panjang. janganlah suka bertindak melulu dan mengikut nafsu sahaja.

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah yang dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Peluang Berniaga secara Online Bersama TackThis


Kematangan dalam berfikir adalah perkara paling penting untuk seseorang itu mengatur kehidupannya menjadi lebih baik lagi. Bila korang banyak berfikir  dan berfikir secara adil, seseorang itu akan dapat melihat dirinya sendiri. Dengan itu dia akan ersedar bahawa betapa kecilnya dia jika nak dibandingkan dengan Yang Pencipta. Jika kita berfikir dengan bijak, hidup kita bakal teratur dan tenang sentiasa.

Thursday, 12 September 2013

Fantasi Dan Realiti Kehidupan

Antara Fantasi Dan Realiti Kehidupan


Kehidupan tak datang dengan manual atau panduan, kehidupan umpama lebuh raya yang panjang. Bila kita tengah sedap memandu di lorong kanan seolah-olah tidak ada penghalang walaupun sekadar memandu kerete MyVi. Kita tetap gembira macam kita tengah memandu lamborgini. Tapi akan tiba detik bila kita terpaksa perlahan dan bertukar lorong. Mungkin sebab kita diasak kereta dari belakang ataupun jalan yang kita lalu itu tak elok

[caption id="attachment_645" align="aligncenter" width="532"]Fantasi Dan Realiti Kehidupan Sumber gambar dari google.com.my[/caption]

Macam itulah kehidupan, bila kita rasa semuanya berjalan lancar akan tiba satu hari yang kita sendiri tak pasti apa punca dan penyebabnya tiba-tiba hidup kita jadi kelam-kabut, banyak cabaran dan halangan yang entah dari mana datangnya. Yang paling penting jangan cepat melatah, pujuk hati dan tanya diri betul-betul ke kita nak mengalah hanya sebab benda-benda remeh temeh. Apatah lagi kehidupan ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan pemikiran yang negatif.

Permulaan kehidupan kita dulu pun bukannya calang-calang  kejadian, kita terpaksa menjadi survivor dan berjuang untuk terus bertahan selama sembilan bulan dalam tempat yang paling selesa di dunia iaitu perut ibu kita. Tapi itu semua dulu dari bertatih kemudian pandai berjalan hingga berlari, kita semakin mendekati realiti. Tahun demi tahun berlalu, peningkatan usia bukan sahaja membawa pengalaman tetapi juga mengajar kita tentang pengajaran.
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

Baik atau buruk kehidupan, kita yang putuskan. Bukan ke mudah kalau hidup kita ini ada direktori. Asal ada sahaja masalah, selak sahaja, tengok muka surat berapa, cari penyelesaiannya. Kalaulah hidup semudah itu. Tapi kalau hidup aman sejahtera sahaja tidak best juga kan?
 tak ada thrill! kata orang putih.

Gaya hidup yang mudah tak semestinya menjanjikan kesempurnaan dan gaya hidup yang susah itu tidak semestinya mencerminkan kepayahan.

Kita tak boleh hidup bersandarkan fantasi semata-mata. kita perlu bangun dan gapai impian itu dengan betul-betul. Jangan sekadar harapan tinggal  kenangan sahaja. Aku bagi contoh:

[caption id="attachment_642" align="aligncenter" width="448"]Zalora Malaysia sumber gambar dari google.com.my[/caption]
Sebagaimana yang kita tahu Zalora merupakan satu perniagaan online yang semakin popular di Malaysia dengan pakaiannya yang cantik-cantik di tambah pula dengan harga yang berpatutan. Sudah tentu ramai orang di luar sana terpikat dan menyimpan perasaan untuk membeli barangan di Zalora. Tidak mustahil jika  kita sediakan tabung khas untuk umtuk membeli barangan dari Zalora. Pepatah ada mengatakan Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dengan tabungan itu kita mampu untuk membeli barangan dari Zalora. Maka impian menjadi realiti dan bukan sekadar harapan sahaja.

Jika kita benar-benar mahukan sesuatu, maka lakukan sesuatu ke arah itu.
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Untuk akhirnya, bangunlah dengan senyuman dan hadapi kehidupan dengan ketabahan. Jangan dibiarkan masalah-masalah kecil mengacau hidup kita. Hidup ini terlalu singkat, Jadi bergembiralah selagi berkesempatan. Semua halangan yang mendatang kita sambut dengan fikiran terbuka. Fantasi boleh menjadi realiti jika kita berusaha.