Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Monday, 9 September 2019

20 Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an

Nasihat kewangan untuk umur 20an :


1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.

2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan.

3. Cari pendapatan sampingan, tak tahu nak jual apa? Kau tulis je dekat komen ni “ada kerja kosong?” Insha allah ada orang offer tu.

4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.

Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an
sekadar gambar hiasan
5. Baca buku kewangan. Tapi takde feel baca buku. Pergi seminar kewangan. Banyak je, tak sampai ratus pun.

6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook ni. Banyak ilmu free.

7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut dengan dia. Belanje kopi secawan.

8. Sedekah sekurang kurang nya hari jumaat tu. syiling pun boleh. Takyah malu. Janji ikhlas.

9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.

10. Pergi mohon PRS. Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.

11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.

12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni merokok. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.

13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan.

14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.

15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.

16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam macam apps ada untuk monitor simpanan.

17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Jangan kedarah megi dan pamah je, kesian perut.

18. Usahakan bayar PTPTN tu. Namanya hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.

19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah lah kutuk member niaga. Kau pun duit nan hado jek.

20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.

Tuesday, 22 September 2015

Perkara Yang Membuatkan Lelaki Nampak Menarik

Ada beberapa perkara yang membuatkan lelaki nampak menarik di mata wanita. Berikut adalah tarikan lelaki :



Lelaki Nampak Menarik Apabila Ada 6 Pekara:


1.Apabila Lelaki Potong Rambut


Kebanyakkan lelaki memang malas nak gunting rambut kecuali ketika dalam keadaan terdesak atas sebab kerja ataupun teguran. Tapi bila lelaki pergi kedai gunting rambut barulah korang tahu betapa kacaknya lelaki bila mana rambut gumpal dan serabai kini menjadi kemas selepas pergi potong rambut.


Perkara Yang Membuatkan Lelaki Nampak Menarik
Sumber gambar dari Instagram

Masa itulah, ramai yang tegur "pergh! smart bro", "smart rambut", "nampak hensom hari ni"


2.Bila lelaki pentingkan Kebersihan


Lelaki yang mementingkan kebersihan juga menjadi tarikan untuk wanita kerana wanita suka lelaki yang menjaga kebersihan. Kebersihan di mata wanita apabila memakai baju yang smart serta bau yang wangi.


3.Apabila Lelaki memakai Wangi-Wangian


Bau memainkan peranan yang besar dalam tarikan - dalam satu tinjauan baru-baru ini lebih daripada 1,000 wanita menunjukkan wanita sanggup untuk lebih dekat dengan lelaki berdasarkan bau sahaja.


4.Apabila Lelaki memakai Suit


Tak dinafikan kalau lelaki pakai suit, wanita mesti akan suka dan terpikat dengan gaya yang dipakai oleh lelaki.


Perkara ini pun dapat dibuktikan apabila mana-mana artis lelaki yang pakai suit di acara karpet merah automatik jadi lebih handsome.


Tapi Suit jarang lelaki pakai kat Malaysia melainkan untuk majlis tertentu kalau nak buat dating tu buang tabiat namanya. Wanita hanya mampu bermimpi sahaja la kalau ada lelaki nak propose dengan pakai baju suit. Ada ke?


5.Apabila Lelaki menunjukkan Sifat Gentlemen


Setiap lelaki ada sifat gentlemen yang tersendiri. Ianya hanya berlaku untuk waktu tertentu je.


Wanita suka kalau lelaki bukakan pintu rumah untuk wanita, mengambil berat dan perkara yang paling simple ialah sanggup dengar apa yang wanita nak cakap serta memberi jawapan yang matang.


6.Apabila Lelaki Jaga Kesihatan


Kebanyakan lelaki tidak kisah apa yang mereka nak makan senang cerita main makan je janji sedap. Tetapi apabila lelaki menjaga kesihatan mereka akan mula memikirkan makanan yang menyihatkan dan mengurangkan pemakanan yang tidak menyihatkan.


Ini menjadikan lelaki nampak menari, matang dan bertanggungjawab pada tubuh badan. Kematangan dan tanggungjawab ini membuat lelaki jadi satu tarikan buat wanita.


Kesimpulan


Apa yang penting ialah lelaki yang lengkap dengan ilmu pengetahuan tentang agama dan dunia adalah lelaki yang menarik sebab orang yang ada ilmu dan memperaktikkan ilmu yang ada tahu mana yang terbaik untuk diri lelaki ataupun tidak. :D


Wednesday, 27 August 2014

Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki

Kalau dulu perkataan metroseksual amat sinonim dengan lelaki yang merujuk kepada lelaki yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk lebih bergaya dan tampak kacak di khalayak orang ramai.

Golongan seperti ini adalah mereka yang mempunyai pendapatan yang agak lumayan dan menetap di bandar. Golongan seperti ini tahun demi tahun semakin meningkat dan tidak hairanlah dengan penampilan tersebut pada abad ini.


Budaya Spornoseksual Cetus Fenomena


Pada tahun ini pula muncul perkataan spornoseksual yang khusus untuk lelaki. Perkataan tersebut yang digabungkan dari perkataan 'sport' dan 'porno' merujuk kepada lelaki bertubuh sasa yang obses dengan berselfi sambil menayangkan badan mereka di laman sosial.


Perkataan yang ditujukan khas untuk lelaki selalu ada perkataan 'seks'. Tiada perkataan lain yang sesuai agaknya sehingga menggunakan perkataan seks.

Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki
Sumber gambar dari Instagram

Kebanyakkan mereka sangat gemar bergambar ketika di dalam gym dan juga dilihat selalu mengenakan singlet, baju V dan tidak berbaju.


Selfie pertama kali muncul dalam satu kemaskini forum di Australia pada 2002.  Perkataan selfie sangat popular pada tahun 2013 malah dalam instagram sahaja, perkataan selfie yang dilakukan dalam hastag kini mencecah sehingga 162 juta pos.

 

Bukan sahaja model malah pelakon lelaki pada abad ini sudah mula menitik berat dalam menjaga dan membina badan dan ini dapat dilihat pelakon dari India seperti Shah rukh khan dan amir khan manakala Malaysia pula iaitu Norman hakim,  Remy Ishak dll.


Mereka seperti ini sanggup berhabis duit, waktu dan tenaga demi mendapatkan badan yang cantik dan mantap. Tubuh badan yang berketul-ketul manakala rambut, kumis dan jambang pula dikemas rapi menonjolkan sisi maskulin yang mampu mencairkan hati wanita.



Baik Buruk Budaya Spornoseksual


Dengan aktiviti dalam gym yang menyihatkan badan mampu memberikan impak yang positif dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya dari sudut positif.


Manakala dari segi negatifnya, budaya seperti ini nampak seperti bermegah diri dan obsesi diri ini tidak bagus malah menyerlahkan sisi bongkak.


Ramai yang memberi tanggapan buruk bahawa budaya seperti ini adalah lelaki yang gay. Terpulang kepada anggapan orang ramai terhadap budaya seperti ini dan tak semua yang mengamalkan budaya seperti ini adalah gay.



Kesimpulan


Setakat ini di kalangan rakan saya sendiri tidak pernah mengamalkan budaya spornoseksual yang semakin menular di seluruh dunia termasuk saya sendiri.


Budaya spornoseksual seperti ini ada baik dan buruknya bergantung kepada niat seseorang. Sama ada tujuan yang dilakukan sekadar suka-suka, memberi motivasi kepada orang lain atau membangga diri dengan badan yang ada.


Kalau Metroseksual dan Spornoseksual ditujukan khas untuk lelaki sahaja tetapi bagaimana pula dengan panggilan atau perkataan yang sesuai untuk perempuan yang sanggup berbelanja duit yang besar demi kecantikan di tambah pula selfie dengan badan yang cantik dan sasa.