Mostly ramai orang kita suka pergi shopping di pasaraya besar macam Tesco, Carefour, Giant, Econsave, Aeon dan banyak lagi. Kesemua pasaraya kebanyakkan kemudahan tu memang ok tapi kalau bab kemudahan ruang solat tu 'fail'. Fail bagi saya ruangnya yang agak sangat terhad sedangkan Kedai dan tandas lagi besar dari surau.
![]() |
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Company Pasaraya Besar Tapi "Miskin"
Begitu dengan luahan penulis media sosial berkenaan dengan Pasaraya yang terkenal dengan jualan pelbagai perabot moden iaitu IKEA.
Nama ja company besar dan kaya...tapi "miskin" adab budaya......
.
Den rasa amat sedih bila tengok Surau lelaki n perempuan kat IKEA Cheras.....
.
Nampak sgt kedaifan fasiliti di IKEA nie untuk org Islam....den rasa amat sedih bila tgk tang fasiliti lain tip top tp tang Surau sama mcm bilik stor....kecik sgt....toilet lagi besaq....
.
Ikut size bilik solat tu x sampai 20 org leh solat....bayangkan masa den kat IKEA nie time tgh peak hour ramainya manusia dan masing2 menuju ke bilik solat yg sempit nak menunaikan tanggungjawab pada Sang Maha Pencipta....selang masa magrib dan isyak x lama....bayangkan berapa ramai yg leh terkantoi solat sbb isu nie....
.
Den berani jamin ramai yg x sempat nak solat Magrib td sbb ruang kecik dan jemaah ramai....den sendiri ngan salah sorang brader nie terpaksa solat kat kaki lima tu pun jenuh pujuk bangla yg jaga kat situ...
.
Surau pompuan pulak x banyak telekung disediakan.....sapa nak pahala leh la pi sedekah kat surau IKEA maklumlah depa "miskin" nak sediakan telekung....
.
Nama saja company International tp miskin dr segi adab....
.
Harapkan "Branding" jer gah tp adab pemahaman budaya dan sosio agama ke laut......
.
Harap pihak pengurusan IKEA dpt sediakan surau yg lebih selesa....
.
Begitu juga keadaannya di TBS keadaan kemudahan suraunya yang agak kecil dan memang sesak time maghrib dan Isyak hingga terpaksa menunggu giliran untuk menunaikan kewajipan.
Salute dengan Terminal Larkin yang menyediakan kemudahan Masjid dan salah satu pasaraya terkemuka di bandar JB saya dah lupa yang menyediakan solat yang besar dan boleh solat jumaat di situ.
Kalau boleh keutamaan ruang solat dibesarkan mengikut kesesuian pengunjung serta memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang pasaraya. Kalau tandas ada di setiap tingkat apa salahnya buat sekali surau setiap tingkat Tak kisahlah kecil ke yang penting setiap tingkat tu ada surau.
One more thing sajadah juga perlu diberi perhatian memandangkan saya pergi sebahagian pasaraya sejadahnya macam tak pernah basuh setahun, bau 'hacingg' belum masuk pengalaman perempuan, telekung surau yang berbau busuk.