√ Cari Kesalahan Orang Pandai Tapi Salah Diri Tak Nampak - Adarain

Cari Kesalahan Orang Pandai Tapi Salah Diri Tak Nampak

Sebagai manusia biasa, kita memang susah nak tengok salah sendiri. Tapi, kalau salah orang lain. Pergh, sepantas kilat je kita dapat detect.

Contoh,

kalau tengok match bola. Masa tu mula la kita maki hamun pemain bola tu:
"Woii, sepak la kiri sket. Baru bleh gol" "Eh, eleh. Macam tak reti main je. Opah aku main lagi terer kot"
Ataupun, masa kita tengok kuiz kat TV.
"Kan aku dah kata. Jawapan dia mesti B punya. Kau jawab A pasal pe? Adoii"
Atau bila tengok kereta accident:
"Ha, tu la. Time hujan bawak laju lagi. Kan dah terbabas" "Bodoh betol la kereta tu masuk tak bagi signal. Nasib baik tak terlanggar"
Secara teorinyaa, manusia ni memang tahu macam mana nak hidup dengan cara yang perfect. Tapi, secara praktikalnya, tiada seorang pun manusia yang perfect.

Jadi, kalau kita dapat kesan kesalahan orang. Tak payah nak bermegah yang kita jumpa kesalahan dia. Tapi, yang paling penting adalah kita ambil kesilapan dia, dan serapkan dalam diri kita. Supaya jadi peringatan kat kita, jangan buat kesilapan yang sama macam dia.

Belajar daripada kesalahan orang lain pun boleh dijadikan pengajaran untuk diri kita. Tak semestinya kita kena laluinya sendiri baru nak belajar. Ye tak?

Cari Kesalahan Orang Pandai Tapi Salah Diri Tak Nampak
sekadar gambar hiasan

Get notifications from this blog

15 comments

  1. kalau kita 1st time try something tanpa error, mungkin adalah nasib baik. tapi tak semua orang mampu lari dari melakukan kesiapan. hehe dari contoh diatas pun dah terasa, saya selalu dipersalahkan kalau buat kesilapan ketika bermain futsal, padahal yang selalu detect an error tu pun selalu buat silap dan saya diamkan sahaja.

    ReplyDelete
  2. secara mudahnya kita suka melihat kesalahan orang lain berbanding mengakui kelemahan diri sendiri

    ReplyDelete
  3. cuma kekadang, kita susah nak terima pendapat orang lain. hoho

    ReplyDelete
  4. Salam.. Sewajarnya kita mengucapkan terima kasih kepada orang yang membuat salah tersebut kerana memberi pengajaran berguna kepada kita :)

    ReplyDelete
  5. sama situasi dengan aku, kadang2x diam je orang buat salah..

    ReplyDelete
  6. yap, kadang2x orang tak boleh nak menerima kesalah sendiri, tu yang payanh

    ReplyDelete
  7. Hakikatnya kan adarain, kita ni kadang teralpa dengan keadaan disekeliling , sebenarnya betul adarain cakap tu, kalau orang buat saah cepat je kita nampak dan kadang2 kita tunjuk perasaan sinis, tanpa kita sedar kita pernah buat kesalahan seperti tersebut kan,

    ReplyDelete
  8. itu memmang dah lumrah orang kebanyakan , memang suka salahkan orang lain

    ReplyDelete
  9. pendek kata jangan cari salah orang lain kerana kita sendiri pun tak sempurna.

    ReplyDelete
  10. Kesalahsn org kita suka tgk..keslahan sendiri kita cuba sorok...kita ubah sempena ramadhan ni

    ReplyDelete
  11. Paling baik jika kita nampak salah orang, kita cuba beritahu secara tersirat atau lembut supaya tidak terasa di hati :)

    ReplyDelete
  12. Haha..setuju..mata masyarakat kita dah trend dia mcm ni kot bro..hehe

    ReplyDelete
  13. Selalunya benda ni berlaku pada lelaki, sebb lelaki ni ego tinggi .. hoho ... setuju?

    ReplyDelete
  14. setuju, lelaki kalo tak ego memang tak sah tapi sekali sekala mengalah tak bermakna hilang kejantanan.

    ReplyDelete