√ Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan - Adarain

Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan

Aku mahu berkongsi dengan korang berkenaan dengan perbelanjaan kita seharian. Adakah kita mengikut kemampuan, di luar kemampuan atau di bawah kemampuan. Apakah yang dimaksudkan dengan Hidup di luar kemampuan?

 Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan


Rata-rata manusia akan cakap hidup mestilah di luar kemampuan. Kita kena fikir balik apakah betul jika kita mesti hidup di luar kemampuan. Korang sebenarnya faham tak maksud hidup di luar kemampuan. Ok, aku bagi contoh: Ahmad ada gaji RM3000 sebulan, pakai kereta import BMW, kemudian beli alat perkakasan rumah secara hutang, belum lagi masuk barang-barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, beras, gula dan macam-macam lagi

Walhal, gaji sebulan RM3000 sahaja, ada hutang di keliling pinggang, kena bayar duit kreta BMW (BMW kalau murah tak apa, ini RM100,000 lebih tu, mampu ke nak bayar balik), perkakasan umah lagi dan macam-macam lagi.

Semuanya nak kena bayar. Adakah kita betul-betul mampu bayar balik segala hutang yang kita pinjam dengan hanya RM3000 sebulan. kalau kira semuanya mungkin dalam RM4000 lebih. Fikir balik. Duit kalau RM12,000 sebulan tak apalah juga.
Hidup kalau mengikut kemampuan kita pun tak boleh jugak. Cukup je kira ngam-ngam RM3000 sebulan habis, kemudian tunggu duit masuk dari kerajaan atau swasta. Tidak ada simpanan untuk masa depan pun susah jugak

Sebab itu kalau nak hidup biarlah berada di bawah kemampuan atau bersederhana. Beli barang mengikut di bawah kemampuan kita. Jangan terlalu mengikut nafsu sahaja nakkan barang yang mewah sahaja. Kemudian bila kita hidup bersederhana, kita boleh simpan duit untuk masa depan kita juga untuk anak-anak kita yang mungkin di timpa kecelakaan, siapa tahu. Semuanya nak kena pakai duit tu mana ada benda semuanya free. Lagi-lagi Minyak naik RM0.20

Biar Bersederhana Janji Hidup bahagia


Jadi sebagai kesimpulan, hidup biarla bersederhana atau di bawah kemampuan kita. Jangan berlebihan dalam perbelanjaan kehidupan kita seharian. Hidup bersederhana bukan bermakna kita tidak boleh menjadi kaya, tetapi mengajar diri untuk hidup bersedehana dalam perkara yang tidak perlu bagi kita dan tidak berlebih-lebihan.

 Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan
sumber gambar dari nakbebel. 

Get notifications from this blog

9 comments

  1. kalau ikutkan hati mati...

    ReplyDelete
  2. betol2..jangan sesekali amal konsep biar papa asal bergaya..nanti merana tak sudah..

    ReplyDelete
  3. Betul ru bro,tpi memang susah nak control nafsu beli brg keperluan ni..huhu

    ReplyDelete
  4. gaji RM3K tu...cukup untuk hidup secara sederhana...lainlah kalau RM30k sebulan baru hidup selesa

    ReplyDelete
  5. Jangan ikut nafsu..belanja apa yg patut

    ReplyDelete
  6. Tapi banyak yang berlaku sekarang ni sebaliknya lah..hehe

    ReplyDelete
  7. Nak hidup luar biasa tindakan juga kena luar biasa.. ikut buat kemampuan.. bukan berbelanja ikut nafsu...

    Tak nak ikut cara orang biasa2... buat cara luar dari biasa atas usaha sendiri..

    ReplyDelete
  8. […] Berbelanja mengikut kemampuan dan bukannya belanja diluar kemampuan. […]

    ReplyDelete