√ Tema Ungu Di Hari Raya - Adarain

Tema Ungu Di Hari Raya

Kami sekeluarga telah memilih warna Ungu di hari raya. Aktiviti kami sekeluarga macam biasa seperti tahun sebelumnya iaitu menunaikan solat sunat Aildilfitri, Makan ketupat rendang semuanya, bermaaf-maafan bersama keluarga, menerima kunjungan dari rakan-rakan dan kami mengunjungi sanak - saudara  sehingga waktu malam pada raya pertama.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Kalau bab makan, memang tak boleh tahan, memang nak melahap walaupun perut penuh. Banyak  makanan sedap yang dihidangkan pada pagi raya antaranya ketupat, ketupat palas, udang masak merah, ayam masak merah, daging rendang dan kuah lodeh. Itu belum campur lagi makan kuih-muih lagi. Kenyang tak terkata. ALHAMDULILLAH.

Sebelum kami meziarahi rumah saudara-mara, kami sekeluarga sempat menonton rancangan masakan no 1 Malaysia iaitu ketuk-ketuk syawal. Rancangan yang dihoskan oleh sheila rusly pada pukul 12 tengah hari sangat kelakar kerana mengimbas kembali ketuk-ketuk ramadhan bersama artis. Bermula bagaimana sheila rusly menerjah untuk mengajak artis memasak sehinggalah melihat gelagat artis apabila terlupa puasa. Memang riuh satu rumah kami sekeluarga ketawa.

Akhirnya, untuk raya pertama & kedua memang sangat memenatkan sebab melayan tetamu yang hadir daripada budak kecil sehinggalah dewasa kemudian menziarahi saudara-mara yang terdekat. Setahun sekali kita berpenat-penat melayani tetamu dan menziarahi saudara-mara itu tidak mengapa, yang penting satu kepuasan sebab dapat berjumpa saudara-mara yang jarang benar kita jumpa serta melayani tetamu yang berkunjung ke ruma kita.

Get notifications from this blog

11 comments

  1. Kompak sekali, semua anggota keluarga memakai pakaian serba ungu di hari raya :)

    ReplyDelete
  2. Banyak pahala ziarah menziarah tu...selamat hari raya.

    ReplyDelete
  3. Awat jauh je berdiri dlm gambar tu? :D
    Tahun ni ramai jugak family pakai warna ungu dan pink.

    ReplyDelete
  4. tak perasan jauh plak ngan adik beradik..

    ReplyDelete
  5. mengeratkan sillaturrahim dapat memanjangkan umur kita.

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Cantik... Sangat sesuai jadikan warna ungu sebagai Tema...

    ReplyDelete
  7. Salam Lebaran,
    Sis sekeluarga pilih warna kelabu tahun ni ....emm hari pertama,hanya duduk di rumah shj,penat melayan tetamu kecil :)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya.
    semoga hari raya ni yang terbaik buat bro sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya bro. Bila bertema ni makin semangat di hari raya pertama kan. Hehe

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum....adarain,

    moga anda sukses dadn berbahagia di samping keluarga tercinta dan selamat berhari raya k..

    daripada mselim3 dan keluarga..

    ReplyDelete
  11. bro handsome yang tak terkalah..

    ReplyDelete