Antara Hujan Dan Panas
Ada orang suka pada yang panas, ada yang suka hujan. Tapi kebanyakkannya memerlukan kedua-dua keadaan cuaca tersebut mengikut keperluan peribadi masing-masing. Mereka akan mengeluh jika satu daripada cuaca tersebut menghalang aktiviti yang telah dirancang mahupun aktiviti harian.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Itulah ketetapan ALLAH S.W.T kata Ustaz Fathul Bari.
Antara Hujan dan Panas adalah Seimbang
Antara hujan dan Panas bagi aku sama sahaja. Kedua-duanya adalah rahmat yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T. Tidak perlu dikeluhkan hanya kerana hujan dan panas kerana kedua-duanya memberi manfaat pada manusia. Bezanya ialah hujan memberi kelembapani dan satu lagi panas membawa kekeringan pada bumi. Walaubagaimanpun, kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.
Tapi, kadang-kadang aku tak faham dengan segelintir manusia. Hujan salah, panas pun salah. Semuanya serba tak kena. Entah apa yang dimahukan pun aku tak tahu. Kita kena ingat setiap perkara ada kekurangan dan kelebihan. Bumi kita ini tidak selengkap SYURGA di sana.
Cuba bayangkan kalau bumi kita dijadikan untuk Hujan sahaja, mestilah bumi ini akan banjir dengan melimpahnya dan ramai yang akan mati kerana banjir begitu juga kalau bumi dijadikan untuk panas sahaja maka semua makhluk di bumi ini akan mati kerana ketidaktahanan kepada panas. Hidup kita sekarang sebenarnya seimbang dengan adanya antara hujan dan panas di bumi ini.
Tidak perlulah nak marah kerana hujan ataupun panas kerana ia bukan di bawah kawalan kita. Bila difikirkan balik, bila kita marah pada hujan atau panas secara automatiknya kita telah marah pada penciptanya.
Kita sebenarnya tidak tahu, bahawa ada orang lain yang sebenarnya sedang berdoa mengharapkan hujan supaya tanamannya subur selepas sekian lama ditimpa panas? Pernahkah kita terfikir dikala kita tak memerlukan panas yang membakar kulit sebenarnya ada orang yang sedang berdoa mengharapkan panas sampai ke petang supaya baju di ampaiannya kering? Tak!..kita tak pernah terfikir dan tak pernah ambil kisah pun sebenarnya soal itu semua. Kita hanya mementingkan diri sendiri.
Bersyukurlah dengan rahmat yang diberikan.
Get notifications from this blog
Tapi ramai orang mengeluh, panas cakap panas, hujan cakap hujan je.. hoho best tu g Gunung ledang.. lama tak p...
ReplyDeletedah selalu juga dengar macam tu termasuklah aku sekali.. setiap perkara ada hikmahnya kan..memang best pg gunung ledang dah lama tak pergi, tp bila nak pgi terbantut plak sebab hujan. tu yang terfiki nak buat entry..
ReplyDeleteKene Redha - itu semua ketetapan Allah... Kan... Fenomena lam tu betul ketetapan Allah... Malas nak campur isu lain...
ReplyDeleteBegitulah Allah ciptakan alam semesta sentisa bergerak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Semuanya berlaku dengan sempurna dan sentiasa balance. Hujan dan panas sudah lumrah...ini adalah unutk dinikmati oleh penduduk di muka bumi. kita harus banyak2 bersyukur..Alhamdulillah..di atas nikmat yang Allah berikan.
ReplyDeleteteringat masa kecil sama kawan2
ReplyDeletekami suka main panas dan main hujan
apa yang tak bestnya
balik rumah kena rotan
yap..kita kena sentiasa bersyukur.
ReplyDeleteHujan atau panas itu urusan Allah, ada hikmah disetiap kejadian. Jangan mengeluh atau merungut krn ianya umpama tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Bersyukurlah...
ReplyDeleteAllah pasti tahu apa yg terbaik utk kita.
ReplyDeletejadi, kalau apa yg kita harapkan tak menjadi, pasti ada hikmahnya...kalau bukan utk kita, utk org lain...
kita menghirup udara yg sama, tapi harapan kita pasti berbeza =)
Pengajarannya..perlu ada keseimbangan dalam setiap perkara..
ReplyDeletehujan ke panas ke semua tu rahmat, hujan pun suka, sejuk sikit....panas pun ok...kering baju yang aku basuh tu....hehe
ReplyDeletetak pernah pula sy kene rotan masa main hujan, best parent ever hehehe
ReplyDeleteWalau hujan, walau panas, mahupun hujan panas.. itu asas yg Allah beri kpd manusia sbg latihan utk kita redha kpd ketentuanNya. Dia yg berhak mengatur segalanya & mengetahui yg lebih baik buat kita. Thanks sharing :)
ReplyDeletemanusia mane penah puas hati.. ade je yg tak kene... tengah berusehe utk membetulkan diri dan bersyukur je sentiasa atas ape pun... :)
ReplyDeletememang manusia memang macam tu termasuklah saya, mesti ada perkara yang tak puas hati. sama2x kita berfikiran positive.
ReplyDeleteYa, betul tu. Welcome.
ReplyDeleteyap, betul tu.. setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.
ReplyDeletebersyukur lebih baik dari merungut.
ReplyDeletesamalah dulu, balik je kena rotan sebab main hujan dan lecak..haha
ReplyDeletesuka dua - dua kalau hujan suasana jadi sejuk kalau panas pakaian cepat kering
ReplyDeleteNi la manusia. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dah ada. Sentiasa tidak puas.
ReplyDeleteAssalam Bahrain. Salam berkenalan. Saya ada bercucuk tanam . Maka hujan dan panas adalah sebahagian dari pertanian. Nyata sangat di perlukan.
ReplyDeleteSetuju sangat, bila suka bersyukurlah, bila duka bersabarlah...
ReplyDeleteLama betul tak jejakkan kaki di gunung ledang ni...
ReplyDeletekita kena lebihkan bersyukur dan kurangkan mengeluh kan :)
ReplyDeletehujan itu satu rahmat pastinya walaupun ada yang mengeluh sama ada suka mahupun tidak.. wahh dah lama x main hujan..seronoknya
ReplyDeletebetul tu.. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang Allah bagi.. kerana hanya Dia yang lebih mengetahui.. :D
ReplyDeletehujan best, leh tido lena2 sambil peluk bantal golek...krohh krohh
ReplyDeleteperlu ada keseimbangan seperti lelaki dan perempuan atau siang dengan malam..pendek kata begitulah hukum alam ciptaan Allah SWT
ReplyDeleteDi setiap tetesan hujan dan teriknya panas, Allah SWT menyimpan rejeki-nya untuk kita. Setuju sekali, kita wajib mensyukuri keduanya :)
ReplyDeleteHujan dan Panas sudah menjadi hukum alam, saling membutuhkan sangat hujan bila panas sekali, begitu pula sebaliknya.
ReplyDelete