√ Antara Hujan Dan Panas - Adarain

Antara Hujan Dan Panas

Ada orang suka pada yang panas, ada yang suka hujan. Tapi kebanyakkannya memerlukan kedua-dua keadaan cuaca tersebut mengikut keperluan peribadi masing-masing. Mereka akan mengeluh jika satu daripada cuaca tersebut menghalang aktiviti yang telah dirancang mahupun aktiviti harian.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Contohnya, tengah bersemangat nak pergi berkhemah bersama keluarga di Gunung Ledang setelah lama merancang, tiba-tiba hujan pula turun, kalau setakat renyai ok lagi, ini hujan turun dengan lebatnya maka terbantutlah rancangan nak berkhemah di Gunung Ledang. Pasti ada keluhan atau rasa tak puas hati akan keluar daripada mulut seseorang tak terkecuali aku sendiri.
Itulah ketetapan ALLAH S.W.T kata Ustaz Fathul Bari.

Antara Hujan dan Panas adalah Seimbang


Antara hujan dan Panas bagi aku sama sahaja. Kedua-duanya adalah rahmat yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T. Tidak perlu dikeluhkan hanya kerana hujan dan panas kerana kedua-duanya memberi manfaat pada manusia. Bezanya ialah hujan memberi kelembapani dan satu lagi panas membawa kekeringan pada bumi. Walaubagaimanpun, kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.

Tapi, kadang-kadang aku tak faham dengan segelintir manusia. Hujan salah, panas pun salah. Semuanya serba tak kena. Entah apa yang dimahukan pun aku tak tahu. Kita kena ingat setiap perkara ada kekurangan dan kelebihan. Bumi kita ini tidak selengkap SYURGA di sana.

Cuba bayangkan kalau bumi kita dijadikan untuk Hujan sahaja, mestilah bumi ini akan banjir dengan melimpahnya dan ramai yang akan mati kerana banjir begitu juga kalau bumi dijadikan untuk panas sahaja maka semua makhluk di bumi ini akan mati kerana ketidaktahanan kepada panas. Hidup kita sekarang sebenarnya seimbang dengan adanya antara hujan dan panas di bumi ini.

Tidak perlulah nak marah kerana hujan ataupun panas kerana ia bukan di bawah kawalan kita. Bila difikirkan balik, bila kita marah pada hujan atau panas secara automatiknya kita telah marah pada penciptanya.

Kita sebenarnya tidak tahu, bahawa ada orang lain yang sebenarnya sedang berdoa mengharapkan hujan supaya tanamannya subur selepas sekian lama ditimpa panas?  Pernahkah kita terfikir dikala kita tak memerlukan panas yang membakar kulit sebenarnya ada orang yang sedang berdoa mengharapkan panas sampai ke petang supaya baju di ampaiannya kering?  Tak!..kita tak pernah terfikir dan tak pernah ambil kisah pun sebenarnya soal itu semua. Kita hanya mementingkan diri sendiri.

Bersyukurlah dengan rahmat yang diberikan.

Get notifications from this blog

30 comments

  1. Tapi ramai orang mengeluh, panas cakap panas, hujan cakap hujan je.. hoho best tu g Gunung ledang.. lama tak p...

    ReplyDelete
  2. dah selalu juga dengar macam tu termasuklah aku sekali.. setiap perkara ada hikmahnya kan..memang best pg gunung ledang dah lama tak pergi, tp bila nak pgi terbantut plak sebab hujan. tu yang terfiki nak buat entry..

    ReplyDelete
  3. Kene Redha - itu semua ketetapan Allah... Kan... Fenomena lam tu betul ketetapan Allah... Malas nak campur isu lain...

    ReplyDelete
  4. Begitulah Allah ciptakan alam semesta sentisa bergerak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Semuanya berlaku dengan sempurna dan sentiasa balance. Hujan dan panas sudah lumrah...ini adalah unutk dinikmati oleh penduduk di muka bumi. kita harus banyak2 bersyukur..Alhamdulillah..di atas nikmat yang Allah berikan.

    ReplyDelete
  5. teringat masa kecil sama kawan2
    kami suka main panas dan main hujan

    apa yang tak bestnya
    balik rumah kena rotan

    ReplyDelete
  6. yap..kita kena sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
  7. Hujan atau panas itu urusan Allah, ada hikmah disetiap kejadian. Jangan mengeluh atau merungut krn ianya umpama tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Bersyukurlah...

    ReplyDelete
  8. Allah pasti tahu apa yg terbaik utk kita.

    jadi, kalau apa yg kita harapkan tak menjadi, pasti ada hikmahnya...kalau bukan utk kita, utk org lain...

    kita menghirup udara yg sama, tapi harapan kita pasti berbeza =)

    ReplyDelete
  9. Pengajarannya..perlu ada keseimbangan dalam setiap perkara..

    ReplyDelete
  10. hujan ke panas ke semua tu rahmat, hujan pun suka, sejuk sikit....panas pun ok...kering baju yang aku basuh tu....hehe

    ReplyDelete
  11. tak pernah pula sy kene rotan masa main hujan, best parent ever hehehe

    ReplyDelete
  12. Walau hujan, walau panas, mahupun hujan panas.. itu asas yg Allah beri kpd manusia sbg latihan utk kita redha kpd ketentuanNya. Dia yg berhak mengatur segalanya & mengetahui yg lebih baik buat kita. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  13. manusia mane penah puas hati.. ade je yg tak kene... tengah berusehe utk membetulkan diri dan bersyukur je sentiasa atas ape pun... :)

    ReplyDelete
  14. memang manusia memang macam tu termasuklah saya, mesti ada perkara yang tak puas hati. sama2x kita berfikiran positive.

    ReplyDelete
  15. yap, betul tu.. setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  16. bersyukur lebih baik dari merungut.

    ReplyDelete
  17. samalah dulu, balik je kena rotan sebab main hujan dan lecak..haha

    ReplyDelete
  18. suka dua - dua kalau hujan suasana jadi sejuk kalau panas pakaian cepat kering

    ReplyDelete
  19. Ni la manusia. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dah ada. Sentiasa tidak puas.

    ReplyDelete
  20. Assalam Bahrain. Salam berkenalan. Saya ada bercucuk tanam . Maka hujan dan panas adalah sebahagian dari pertanian. Nyata sangat di perlukan.

    ReplyDelete
  21. Setuju sangat, bila suka bersyukurlah, bila duka bersabarlah...

    ReplyDelete
  22. Lama betul tak jejakkan kaki di gunung ledang ni...

    ReplyDelete
  23. kita kena lebihkan bersyukur dan kurangkan mengeluh kan :)

    ReplyDelete
  24. hujan itu satu rahmat pastinya walaupun ada yang mengeluh sama ada suka mahupun tidak.. wahh dah lama x main hujan..seronoknya

    ReplyDelete
  25. betul tu.. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang Allah bagi.. kerana hanya Dia yang lebih mengetahui.. :D

    ReplyDelete
  26. hujan best, leh tido lena2 sambil peluk bantal golek...krohh krohh

    ReplyDelete
  27. perlu ada keseimbangan seperti lelaki dan perempuan atau siang dengan malam..pendek kata begitulah hukum alam ciptaan Allah SWT

    ReplyDelete
  28. Di setiap tetesan hujan dan teriknya panas, Allah SWT menyimpan rejeki-nya untuk kita. Setuju sekali, kita wajib mensyukuri keduanya :)

    ReplyDelete
  29. Hujan dan Panas sudah menjadi hukum alam, saling membutuhkan sangat hujan bila panas sekali, begitu pula sebaliknya.

    ReplyDelete