√ Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata - Adarain

Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata

Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata


Berdiam Diri Lebih Baik: Ramai orang termasuklah rakan kita sendiri bila bercakap atau tak puas hati mesti akan keluarkan kata-kata yang kesat dan penggunaan kata-kata yang kesat itu pasti mengguris perasaan seseorang.


Dan ramai orang juga suka mengeluarkan pendapat tanpa menggunakan akal fikiran dan fakta. Ikut sedap mulut bila bercakap. Berdiam diri tidak semestinya kita takut kerana salah tapi kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat serta mengelakkan diri  dari mengaibkan orang.




[caption id="attachment_677" align="aligncenter" width="292"]Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata sumber gambar dari: google.com[/caption]

Kita kena ingat semakin kita banyak bercakap semakin jelas menampakkan diri kita di dalam orang yang kurang ilmu dan mudah terjerumus ke dalam api neraka. Apa yang aku maksudkan banyak bercakap ialah bercakap tentang perkara yang tidak membawa faedah seperti mengumpat dan mengutuk.


Ramai di kalangan kita bila bab mengumpat dan mengutuk mereka sangat suka sehingga mereka lupa mereka telah memakan darah daging saudara sendiri di akhirat nanti. Pada masa yang sama juga kita telah memberi pahala kepada orang yang kita umpat itu.


Bukan sahaja mengumpat dan mengutuk, fitnah juga tidak terkecuali. Fitnah inilah yang membuatkan seseorang itu teraniya kerana salah anggap dari orang yang membawa cerita tidak benar dan tersebar meluas kepada rakan-rakan.


Sebab itulah bila kita banyak bercakap kita kena berhati-hati. Kebarangkalian untuk untuk kita menipu dalam percakapan sangat besar dengan memberi maklumat yang salah.




Berikut adalah kata-kata hikmah dari Bilal bin Saad: "Sekiranya anda melihat seseorang yang pintar berbicara, suka membantah dan suka membanggakan pendapatnya, maka ketahuilah bahawa kerugiannya telah sempurna."


Kata- kata hukama: "Diam mengandungi 7000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimah dalam setiap kalimah mengandungi 1000 kebaikan."



Diam itu:


1) Ibadah tanpa susah payah (tanpa Modal).
2) Perhiasan tanpa perlu berhias.
3) Kehebatan tanpa kerajaan.
4) Benteng tanpa pagar.
5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.
6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.
7) Menutupi segala keaiban atau diam itu keindahan bagi orang. alim dan penutup bagi orang yang bodoh.


Untuk Akhirnya,  makan boleh sebarang makan , cakap jangan sebarang cakap buruk padahnya.

Get notifications from this blog

40 comments

  1. tapi ramai yang tak sedar dengan menganggap orang xbanyak bercakap tu kureng pandai...padahal orang yang duk banyak bercakap tu kadang2 terlepas ayat yang menunjukkan mereka kureng pandai...bising je lebih

    ReplyDelete
  2. Betul tu bro,lebih baik kita berdiam dari berkata-kata mengikut situasi

    ReplyDelete
  3. amalkan berkata hanya ada perkara baik sahaja..

    ReplyDelete
  4. tapi kalau asyik berdiam je, nanti kena tindas. so ada pro and contra.

    ReplyDelete
  5. aku setuju sangat dengan entry nih.

    ReplyDelete
  6. Astaghfirullah...

    sama2 kita bykkan mendengar kerana kita dikurnia 2 telinga berbanding 1 mulut =)

    terima kasih bro berkongsi

    ReplyDelete
  7. hhoho..ada benarnya kata2 mu ini bro

    ReplyDelete
  8. Kalau banyak cakap benda ilmu takpa. Jangan yang merapu je.

    ReplyDelete
  9. lebih baik diam dari berkata benda yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  10. tak salah kalau nak bercakap tapi bia kene dengan tempat dan keadaan laa

    ReplyDelete
  11. kata orang kita tak boleh nak buat pe. Biarkan saje.

    ReplyDelete
  12. memang ada pro dan contra, yang penting cakap bila perlu.

    ReplyDelete
  13. ya btol tu, dengar dan beramal apa yang kita dengar jika ianya membawa kebaikan.

    ReplyDelete
  14. benda ilmu tak apa, kalo lagho kurang2xkanlah..

    ReplyDelete
  15. memang betul, takkan nak berdiam sepanjang masa pula kan...haha

    ReplyDelete
  16. Hehe..terima kasih kerana ingatkan saya yang terleka ni..saya bersyukur sebab saya jenis pendiam..hehe...

    ReplyDelete
  17. betul2. lebih baik diam. kalau bercakap tanpa ilmu lebih bodoh dr bercakap.kan.

    ReplyDelete
  18. Mulut satu dan telinga ada dua...gunakan mereka mengikut nisbah yang ada...pepatah barat

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum, maybe sebab is lama tak jenguk sini sebab tu is terlepas nak baca entri nie.

    topup satu

    ReplyDelete
  20. setuju, kadang-kadng berdiam lebih baik. lebih banyak bercakap, mungkin lebih banyak silapnya. kalau tak pasti pun boleh jadi mengumpat.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum...nice entri...peringatan dan panduan untuk kita semua... tq

    ReplyDelete
  22. Lg kita bnyk berckp, bertambah la kelihatan kebodohan kita..Tambah2 plak kalo kita berlawan ckp ngan org yg x berapa cerdik.

    So berdiam adalah memang lbh baik.

    ReplyDelete
  23. Berdiam itu memang lebih baik, tapi kena pada tempatnya...

    ReplyDelete
  24. betul jgk..byk berkata2 pon blh jd dosa..sebab bercakap lebih dr yg sepatutnya..hehe

    ReplyDelete
  25. saya suka diam diri kalau rasa banyak cakap haaa..tpi kalau utn bersembag2 macam kat taman perumahan mmg sy tak ambil port sgt takut terllu ramah nnti macam2 kisah keluar...sesekali berckp tak apa kalau byk cakap orang tak suka pula

    ReplyDelete
  26. pelik dengan gelagat mereka yang suka mengumpat tuh...

    ReplyDelete
  27. setuju dengan entry ni..kadang kala diam adalah lebih baik dari kita berkata perkara yang tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  28. betul tu.. makin banyak cakap makin banyak dosanya..
    dan makin banyak cakap makin menunjukkan kebodohan kita

    ReplyDelete
  29. Baik berdiam diri dari menyakitkan hati orang lain.

    ReplyDelete
  30. memang perlu dipastikan
    setiap kata2 kita tidak mendatangkan sebarang kerosakan

    ReplyDelete
  31. lebih baik diam drpd bercakap kosong

    ReplyDelete
  32. Diam itu tanda kita bijak sebab tak menunjukkan kebodohan kita... Tapi ada masa kita perlu bersuara untuk bertanya kalautak sesat jalan... Cuma hentikan dari berbicara yang tak membawa keuntungan :)

    ReplyDelete
  33. Untuk keadaan tertentu diam itu bagaikan emas dari banyak kata yang pada dasarnya bisa dibilang tong kosong nyaring bunyinya :)

    ReplyDelete
  34. marah, diam..
    tak puas hati, diam..

    rasa perlu tegur, baru bersuara..

    bagus entry ni bro.. harap ramai berubah ke arah lbih baik lepasni :)

    ReplyDelete
  35. berdiam bila perlu..
    bercakap pun bila perlu..

    ReplyDelete
  36. Tuhan menciptakan manuasia dengan 1 mulut dan 2 telinga , itu arti x Allah menyerukan kepada manusia bahwa lebih baik banyak mendengar dari pada berbicara...

    ReplyDelete
  37. bicara banyak yang tak guna lebih baik diam saja

    ReplyDelete
  38. diam itu ibadah, diam itu emas, jadi kita mesti menahan segala sesuatu yang dapat membuat lidah untuk berucap yang tidak baik

    ReplyDelete
  39. Keselamatan seseorang terdapat pada penjagaan lisan nya.

    ReplyDelete