Kita Punca Diri Kita Dibenci
Marah, Tak Puas Hati Dan Salahkan Orang Lain
Marah, tak puas hati dan salahkan orang lain itu dah jadi perkara biasa yang berlaku dalam hidup kita. Hampir setiap hari kita akan dibelenggu dengan sikap tersebut. Semuanya disebabkan oleh tekanan emosi yang sukar dikawal. Tapi, adakah ia satu sikap yang baik jika berterusan dalam hidup kita?
Aku ada seorang kawan yang sikapnya keterlaluan. Selalu marah, tak puas hati dan selalu menyalahkan orang lain. Puas aku bagi nasihat tapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sampai ke hari ini, dia tetap dengan sikap negatifnya.
Adakalanya, ia suatu sikap yang menjengkelkan, tapi kawan punya pasal terpaksalah menghadap mukanya hari-hari walaupun aku diserikan olehnya dengan sikap-sikap tersebut.
Kadang-kadang aku ada juga terfikir. Kenapa kawan aku seorang ni terus dengan sikap negatifnya. Tak pernah sekali pun aku tengokdia tenang. Adalah waktu tenang dia tapi sekejap sahaja. Kebanyakkan masanya dengan marah dengan mukanya yang sedikit bengis. Asal tak puas hati salahkan orang lain.
Bina perniagaan online di facebook
Bila tengok balik latar belakangnya, dia datang dari keluarga yang bagus, anak seorang yang senang dan ada rupa. Tapi bila dikaji sedalam-dalamnya dia mungkin sebenarnya kurang mendapat perhatian. Tak ramai yang nak berkawan dengannya kerana dia seorang yang tak pernah nak mengalah dalam apa jua hal. Dalam erti kata lain, semuanya dialah yang betul, orang lain salah.
Kalau aku tengok, sikap ni bukanlah satu perkara yang baik, bukan sahaja memberi impak pada personalitinya malah turut memberi impak pada pergaulannya, bila orang dah tak suka, mana ada orang nak berkawan lagi dengan orang macam itu.
Punca Diri Kita Dibenci
Kadang-kadang punca diri kita dibenci bukan sahaja marah, tak puas hati dan suka salahkan orang lain, tapi ada banyak lain juga yang menjadi faktor diri kita dibenci antaranya ialah sifat malas atau tidak bekerjasama dan kedekut.
[caption id="attachment_688" align="aligncenter" width="532"] Contohi persahabatan dari filem Magadascar.
Sumber dari google.com[/caption]
Ada sesiapa pembaca di sini yang berperangai macam kawan aku? Fikir-fikirkanlah diri sendiri sebelum kita menuding jari ke arah orang lain. Bukan apa, semua yang berlaku ada sebabnya. Tinggal kita sahaja nak ambil peduli atau tak dari mana kesilapan itu datang.
Apa yang berlaku semuanya datang dari sendiri. Tak ada sebab orang nak menyalahkan atau bermusuh dengan kita kalau kita menjaga adab dan perilaku.
Untuk akhirnya, rajin-rajinkanlah cermin diri agar kita kenal siapa diri kita sebenar, kemudian baikilah keadaan supaya semuanya berjalan dengan baik dalam apa jua segi kehidupan.
Get notifications from this blog
Selain kedekut, berkira dan suka mencari salah org lain jgak antara sikap yg boleh buat org membenci.
ReplyDeleteTak gitu bahrain?
harap kawan tuh suatu hari nanti berubah la...
ReplyDeletebatul tu. tang berkira tulah satu faktor diri kita dibenci. Pernah ada pengalaman macam tu dulu tapi malas nak cerita lebih.
ReplyDeleteKalau asyik nak fikir negatif dan marah2 siapa yang tidak bencikan. Harap kawan tu berubah la.
ReplyDeletekalau ada kena buang jauh-jauh.kalau boleh kawan tu kena tegur bagi nasihay memang tak jalan tapi lagi bagus jika berikan dia sokongan itu lebih baik :)
ReplyDeletejadi..jadilah seorang yang kacak dan baik hati. hoho..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya sedang dalam proses baiki diri... Bagus entri ini. Terimakasih sangat-sangat.
ReplyDeletebuang sifat negatif dalam diri
ReplyDeleteyea betul tu bro, kadang2 buat salah tapi nak salahkan orang lain pula huhu lepas tu reka cerita macam2
ReplyDeletebab reka crita tu yang aku tak suka tu..merepek pun ada..sabo je lah..
ReplyDeletekita perbaiki diri kita dan fikir positif bagaimana nak buat orang suka, sekiranya ada yang benci itu kita tolak jauh2 biarkan dia dengan dunianya yg penuh dgn aura negatif.
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeleteTerima kasih ingatan yang baik... buang sikap negatif dalam diri.. tegur2 lah andai ada kekawan kita yang tersilap.
mselim3
Kesian dengan mereka yang berperangai sebegitu.. Susah mendapat kawan..
ReplyDeleteOrg jenis kaki spin ni mmg bahaya di buat kawan saudara Bahrain.. nanti silap2 semua benda jadi kita yg salah.. berhati2lah dgn org mcm ni.. T kasih diatas peringatan ye.
ReplyDeleteBetul tu...lebih baik cermin diri dan perbaiki diri sendiri dan buka ruang seluasnya pada orang lain untuk menumpang sifat positif kita agar ianya berjangkit...insyallah
ReplyDeleteAda masalah hormon terlebih tu..he he he
ReplyDeleteMungkin ade orang tak berpuas hati dengna tindakan atau perlakuan kita menyebabkan diri kita dibenci orang lain.
ReplyDeleteKalau boleh memang nak diri ini disukai...
ReplyDeleteInsyaallah is akan jauhkan sikap dan perangai seperti ini, bukan senang nak jaga hati orang lain walaupun kadang-kadang hati kita yang terasa sakit bila berkawan nie. Semoga semua kawan2 is dijauhi sikap ini selamanya.
ReplyDeletemilkadeal
cuba perbaiki sikap negatif tu..
ReplyDeleteseboleh-bolehnya perbanyakkan doa pada Allah dalam solat untuk mintak kita "disenangi" oleh kawan-kawan. sebab yang pegang hati kawan-kawan kita ni bukan siapa, tapi Allah :)
ReplyDeletesenang cerita..kita adalah apa yang kita fikirkan..jadi fikirkan kebaikan sahaja.
ReplyDeleteEmm terima kasih bro sedarkan saya yang terleka ni..terima kasih atas peringatan ni..hehe
ReplyDeleteBerjaga-jaga dari diri dibenci :) In Shaa Allah :)
ReplyDeleteMember tu jaga tak hubungan baik dengan Allah?
ReplyDeleteSebaba biasanya orang yang jaga hubungan dengan Allah dengan sangat baik, dia juga akan menjaga hubungan baik sesama manusia
emm.. baca blog ini... alahai kena dengan nasib ak... ak pun sedang menagalmi keadaan yg parah sebegini roomate ak... terpaksa ak harus tenang dan sabar hadapi sepanjang sem ini... doakan sume lembutkan hati diA... aminn
ReplyDeleteye ke? semoga harire tabah hati menerima rakan yang macam ni. Semoga dilembutkan hatinya.
ReplyDeletesaya juga ada kawan yang bekerja di sebuah perusahaan percetakan, dimana semua karyawannya tidak suka dengan sikap bosnya, jangankan karyawannya, clientnya saja banyak yang tidak suka, bosnya suka marah2 tidak jelas, sering juga menyalahkan karyawannya dan lain2, sampai pada akhirnya semua karayawaanya keluar dari perusahaan tempatnya bekerja dan kini si bos berjuang sendirian.
ReplyDeleteSekarang bro kawan lagi tak dengan dier nie? dah kira utg bro diberi peluang jumpa dengan org mcm nie...yg lagi teruk dari nie pon ramai bro...kadang2 org mcm nie nak bg tazkirah mmg xlayan...cara lembut sket...ajak solat fardhu berjemaah...bro aa imamnya...ulang sekerap mgkin dan inshaAllah lembut hati sahabat bro tue....teringat zaman2 blajar..roomate LEBIH KURENG mcm nie gak,... :)
ReplyDelete