√ Remaja Zaman Sekarang Sakit Mental - Adarain

Remaja Zaman Sekarang Sakit Mental

Remaja Zaman Sekarang Sakit Mental


Dalam minggu ni sahaja dah ramai remaja yang 'sakit mental'.  Tak mnggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya tanpa memikirkan akibatnya. Berikut adalah senarai remaja yang 'sakit mental'

Perempuan Dan Video


Dah tenguk belum video keek macam comel je, macam comel je, nak kena lempang? Heboh sekarang tentang video ni. Kalau sebelum ni couple seminggu.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Hari ini hari Isnin, ini dah bermakna dah seminggu kita bercouple and bla. bla. bla. kata budak perempuan baru couple seminggu dalam videonya.

Hairan betul aku dengan remaja perempuan sekarang. Asal jumpa kamera je mesti perangai pelik-peliknya yang nak dibuat, macam dah tak ada benda lain yang nak dibuat agaknya.

Pemangsa sekarang dok perhatikan perempuan yang buat video macam ni, kita tak tahu suatu hari nanti perempuan macam ini akan jadi habuan 'pemangsa' gara - gara beraksi comel di video. Menyesal memang tidak berguna.

Sila berhati hati jika ingin merakam video dan jangan bajet cantik.

Remaja lelaki pun ada


Bobo sorang tu yang popular di youtube siap dapat kontrak dari company MIG lagi. Hebat tak hebat. Aku tak tahu tang mana yang hebatnya dengan bobo ni. Tak adalah hebat mana aku tengok video  bobo ni,  macam dah kena rasuk dengan hantu pun ada.

That is not talented.

miming dan Menari hentam sembrono tu siapa yang nak tengok, orang tengok pun tak sampai sepuluh saat dah tutup terus. Nak menari biar macam chris koo.

Buat video macam Mah lutfi


Banyak nasihat dan pesanan yang disampaikan oleh Mahlutfi atau anwar Hadi yang berguna untuk penontonnya ditambah pula dengan lawak jenakanya. Itu lagi banyak manfaatnya dari buat perkara tersebut yang tidak mendatangkan faedah.

Remaja Menari Depan Kubur Cina


Inilah susah sangat kalau dah sakit mental sampai sanggup menari depan kubur cina. Tension sampai menari depan kubur. Agak-agak la kalau ya pun nak menari depan kubur. Benda ni sensitif, sekali orang dah lapor memang buang sekolah terus.

Banyak lagi tempat boleh menari, kubur juga korang pilih.. Macam-macam.

Isu Menari Di PLKN


Siapalah yang upload video remaja lelaki buat harlem shake di PLKN secara umum. Kasi simpan buat kenangan sudahlah tak payah dok tayang video yang tak bermoral. Siap ada yang pakai seluar dalam dalam video tersebut, dah dapat dosa sebab aurat terbuka.

Aku faham sangat, biasalah remaja nak bersuka ria dan hilangkan tension semua.

Jujurnya masa aku duduk asrama dulu ada juga rakam video tapi tak adalah sampai tidak menutup aurat. Masa tu tak ada harlem shake lagi jauh sekali, miming je dengan lagu hujan dari Noh siap bergaya semua.

Tapi sampai sekarang masih lagi simpan dan tidak mendedahkan kepada umum. Aku ada sifat malu dan Menjaga sentiviti orang ramai. Tak payah nak upload mencari publisiti murahan.

Perempuan pun tak terkecuali


Aku tak tahu sebab apa mereka menari, mungkin sempena majlis perpisahan atau majlis kebudayaan mingguan. Bab perempuan ni aku tak sokong dengan menarinya yang penuh menggairahkan.

Kesha kata, came on lah!

Buat apa nak ikut majlis orang barat sana dengan berjoget sana sini dengan penuh menggairahkan lagi-lagi bila perempuan yang menari.  Macam mana tak kena rogol kalau dah perangai macam tu.

ala, bro tak sporting ar

Banyak la ko tak sporting, dalam Islam ada garis panduannya tak boleh sesuka hati berhibur dengan cara berlebihan. Ada cara lain nak berhibur macam berpantun, berpuisi, teka teki dan macam-macam lagi.

Dalam PLKN tu ada pelbagai bangsa,di situ boleh wujudkan suasana dengan berkongsi cerita tentang agama sesama kita. Banyak lagi yang boleh diperaktikan dengan penuh sopan.

Mohon PLKN selepas ini lebih peka berkenaan dengan modul yang disediakan.


Kesimpulan


Benda yang bengarut, benda yang ntah pape, benda yang tidak berfaedah itulah yang remaja ikut. Benda lain yang berfaedah seperti beribadah, memancing, baca buku atau artikel,  dan macam-macam lagi itulah yang diabaikan. Macam aku tulis sebelum ni segelintir remaja memang sakit mental.

Get notifications from this blog

39 comments

  1. Assalam
    Saya masih belum lihat video-video tersebut. Cuma dapatlah sedikit gambarannya.
    Perkara sebegini, yang melibatkan remaja , sebenarnya adalah antara 'mimpi ngeri' untuk kita, masyarakat dan amnya negara Malaysia tercinta ini.
    Semoga ada jalan dan panduan dapat menyelamatkan bakal-bakal aset negara kita itu.

    ReplyDelete
  2. wah ada video hot baru ya hehe

    ReplyDelete
  3. makin hari makin pelik tengan media yang mudha capai, rakan taulan itu mereka jadi "tidak tentu arah" dengan teknologi yang sedia ada ni.

    ReplyDelete
  4. maca,2 la diorang ni kan, setakat nih aku wara slagi lah

    ReplyDelete
  5. Macam2.. Kalau buat video yang berfaedah, okaylah jugak kan.. hee

    ReplyDelete
  6. Rasanya tak payah tengok pun tak apa, cukup sekadar ambil iktibar sahaja.

    ReplyDelete
  7. Memang ada video hot tetapi perangai buruk. haha

    ReplyDelete
  8. Makin pelik sekarang, jangan lepas ni benda ni nampak macam biasa sudah. kira orang dah tak ambil peduli pasal ni. Bahaya juga tu.

    ReplyDelete
  9. Masalah zaman siber mudah untuk disebarkan bagi tujuan berniat jahat.

    ReplyDelete
  10. sukar nak bendung masalah ni.. semuanya di depan mata.. tekan-tekan dan upload..
    satu dunia melihat!
    mungkin keberanian mereka terlampau tinggi,
    mungkin mahu cepat famous,
    mungkin untuk suka-suka..

    ReplyDelete
  11. zaman skrg terlalu terdedah dgn teknologi di hujung jari, semoga dijauhkan dari perkara sebegitu

    ReplyDelete
  12. Kerana nila setitik habis susu sebelanga... saya masih lagi rasional.. Hehe

    ReplyDelete
  13. setuju. memang ramai yang sakt mental sekarang ni. tak faham dibuatnya aku..

    ReplyDelete
  14. malu itu sebahagian daripada iman
    payah la kalau tak ada rasa malu

    ReplyDelete
  15. tu yang malas nak tengok benda-benda yang menyakitkan hati.......

    ReplyDelete
  16. nak femes lettew...bukan tak tau budak muda sekarang ..pelik

    ReplyDelete
  17. Zaman sekarang remaja makin pelik dan meluat.

    ReplyDelete
  18. Naluri dan kehendak pada peringkat umur remaja sememangnya lebih agresif.....

    ReplyDelete
  19. Emm kadang2 fikir gak..teknologi tersalah guna macam ni lah..bukan ke arah kebaikan...emmm..terima kasih bro..ingtkn sy juga..hehe

    ReplyDelete
  20. Pelik-pelikla zaman sekarang ni. Macam-macam yang jadi.

    ReplyDelete
  21. Macam2 video ada rupanya ye. Makin canggih makin mental jadinya.

    ReplyDelete
  22. namanya juga masih remaja mas, remaja memang sangat susah bet diberitahu, salah pergaulan bisa terjerumus ke dalam pergaulan bebas, secara remaja itu rasa ingin tahunya sangat tinggi, lebih mengedepankan rasio ketimbang naluri.

    ReplyDelete
  23. Zaman sekarang agak pelik sedikit..haha

    ReplyDelete
  24. Macam2x perangai remaja sekarang kat video..Dah tak boleh nak kawal da..

    ReplyDelete
  25. tahap mental x terkawal tu memang dah kritikal...
    nasib baik masih ada remaja macam matlutfi tu...
    jangan ada remaja macam bobo yang membiak sudah la..
    ehehehehe

    ReplyDelete
  26. Memang meluat sekarg ni, tgk video berjogetlah, bajet kiut....

    ReplyDelete
  27. attention seeker sangat diorang ni..hehe menarik idea ni nak di kupas di blog den :D

    ReplyDelete
  28. Salam tuan,
    Pemikiran budak2 sekarang memang tak boleh masuk dgn kepala saya! Semua nak di share...bagaikan tiada maruah diri. Cabaran sungguh dalam mendidik anak2 dalam zaman ini.

    ReplyDelete
  29. cabaran untuk ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka!

    ReplyDelete
  30. penggunaan laman media sosial yang disalahgunakan oleh para remaja...mungkin kena buat pendedahan kepada mereka tentang tatacara penggunaan laman media sosial nih...

    ReplyDelete
  31. semua nk cari publisiti. buat sesuatu kena fikir. tu lah gunanya akal yg Allah bagi

    ReplyDelete
  32. satu pun den tak pernah tengok lagi , malas...

    ReplyDelete
  33. darah remaja sentiasa mahu buat benda yang baru dan inginkan perhatian. Apa yang penting kena sedarkan jangan bagi malu diri sendiri hehe

    ReplyDelete
  34. remaja nilah yang berbahaya nafsunya membuak-buak.

    ReplyDelete
  35. Ramai remaja yg jiwa kacau skrng ni.. puncanya pasti dari kurang didikan kekeluargaan ni.. wallahualam

    ReplyDelete
  36. remaja sekarang harus mendapatkan pantauan dan bimbingan secara intensif jika tidak bisa2 akan mendapatkan pengaruh negatif dari dunia luar dan termasuk teknologi dan internet ...

    ReplyDelete
  37. Itu la remaja zaman sekarang. Still masih nak enjoy sedangkan hidup di dunia makin mencabar.

    ReplyDelete