√ Tegar Dengan lag Pantaskah Syurga Untukku - Adarain

Tegar Dengan lag Pantaskah Syurga Untukku

Siapa yang tidak kenal dengan Tegar yang popular dengan lagunya terkini iaitu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. Lagu tersebut bukan sahaja popular di Indonesia malah Malaysia juga turut terkena tempias dengan lagu tersebut yang selalu berkumandang di radio - radio popular Malaysia.

Tegar - Pantaskah Syurga Untukku


Sedang leka membaca status rakan-rakan di facebook, tetiba terlihat ada orang share video klip buatan sendiri bukan official punya dari Tegar - Pantaskah Syurga Untukku. Terus buka video klip dan cuba mendengar lagu tersebut.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Dengar lagu terbaru dari Tegar - Pantaskah Syurga Untukku buat kali pertama, terus sudah melekat di telinga di tambah pula lirik dan melodi yang sangat sedap dan mendalam sekali.

Cuba perhatikan lirik tersebut dari Tegar - Pantaskah Syurga Untukku
Mengapa begitu berat
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema azan Subuh, aku lelap tertidur
Gema azan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema azan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah syurga untukku

Gema azan Subuh, aku lelap tertidur
Gema azan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema azan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah syurga untukku

Gema azan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan

Bila kita tengok lirik tersebut memang sangat tersentap sedikit dan mula tertanya-tanya apa yang kita buat pada masa itu iaitu ketika azan berkumandang. Adakah kita terus menunaikan solat selepas azan berkumandang atau kita menangguhkan solat ataupun kita tidak solat terus.

Adakah kita setiap hari membaca Al-Quran?Adakah kita cuba benar-benar meluangkan masa untuk membaca Al-Quran atau sibuk dengan hal duniawi.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa banyak sekali orang yang membaca Al-Qur’an, namun Al-Qur’an melaknatinya. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad).

Jangan terkejut jika Al-Quran pada akhirat nanti tidak memberi syafaat kepada kita gara-gara kita mengabaikan Al-Quran semasa kita di dunia.
“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).”
[ Al-Anbiya’, 21:1]

Peringatan sebenarnya untuk diri kita bersama yang selalu leka dengan dunia yang sementara. Minta di jauhkan dari tergolong ke dalam orang yang lalai.

Get notifications from this blog

39 comments

  1. Semakin minat plak saya kat adik tegar ni. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Ya Allah bantulah kami hamba-hamba Mu yang lemah ini.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lekaurusandunia_abaisolatfardu/Article

    ReplyDelete
  3. sungguh kena lirik lagunya ini...kritikan terus..untuk menyedarkan

    ReplyDelete
  4. Bagus lirik ni. Mmg dekat dgn cara hidup kita. Moga2 yg terkesan tu cepat2 la berubah. Dunia bukan segala2nya. Semua yg kita kejar & miliki di dunia ni akan kita tinggalkan bila sampai masanya. Akhirat jua destinasi kita.

    ReplyDelete
  5. sama-sama kita ambil teladan yang baik dari lirik lagu ni..

    ReplyDelete
  6. tak dengar lagi lagu nih..gi youtube jap.

    ReplyDelete
  7. Emm tak pernah dgr lagi lagu ni..kena dgr ni..hehe..saya rasa makin jatuh cinta jer lepas dgr lagu aku yang dulu tu..hehe

    ReplyDelete
  8. lagu terbaru ni memang sedap.

    ReplyDelete
  9. betul tu, jarang artis-artis buat lirik berbentuk ketuhanan.

    ReplyDelete
  10. lagu dari tegar memang sedap.

    ReplyDelete
  11. lirik dan melodi memang kena..

    ReplyDelete
  12. Lirik lagu sebagai peringatan & berpesan2 utk kebaikan.. Salam Aidil Adha Bahrain :)

    ReplyDelete
  13. tak pasti pernah dengar atau tidak , jap lagi den try dengar...

    ReplyDelete
  14. Memang bagus sungguh lirik lagu tu. Memberikan peringatan dan menimbulkan pertanyaan. Teringin pulak dengar irama lagunya.

    ReplyDelete
  15. lirik yang cukup mendalam maknanya.

    ReplyDelete
  16. mula2 dengar saya tak dapat nak tangkap lagu nie. tapi lirik dia btul-betul menginsafkan

    ReplyDelete
  17. Aku suka dgn lagu2 tegar, dia bermula dr orang susah hingga menjadi popular skrg ini...respect!

    ReplyDelete
  18. dah dengar dan lagu ini awesome. Double thumb up :)

    ReplyDelete
  19. ketika saya mendengar lagu ini, saya sampai bisa menangis, saya tersedar, saya jarang dan hampir tak pernah baca Al Qur'an, lagu ini sangat menginspirasinya untuk melakukan perubahan, makasih sharingnya sob bahrain

    ReplyDelete
  20. memang awesome! lirik yang penuh mesej.

    ReplyDelete
  21. Sama-sama. Semoga lagu ini dapat memberi satu peringatan buat diri kita agar terus mengingati ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  22. budak-budak sekolah memang tengah suka layan lagu budak tegar nih..

    ReplyDelete
  23. den tak berapa layan sangat budak ni. tapi lirik lagu ni bagus la

    ReplyDelete
  24. lirik lagu nih dia punya maksudnya sangat bagus sekali ya.. bisa kita ambil iktibar???

    ReplyDelete
  25. memang cukup syahdu liriknya...
    kisah hidup tegar pun cukup menarik

    ReplyDelete
  26. Memang sangat bagus dan menarik. Dan patut dicontohi kepada artis lain supaya membuat lagu yang berbentuk kerohanian.

    ReplyDelete
  27. Bagus jugak lirik lagu ni ye. Kena try dengar jugak ni.

    ReplyDelete
  28. memang syahdu lagu nie, memang kena dengan liriknya.

    ReplyDelete
  29. Samaada suka atau pun tidak suka, itulah kenyataannya. Pertanyaan yang membuatkan kita malu untuk menjawabnya. Jom join kontes pengucapan awam anjuran Kelab Pidato Perdana. Entri ada di blog saya.

    ReplyDelete
  30. memang layan sangat citer nie.. sayu rasa hati

    ReplyDelete
  31. Mak ni ketinggalan sunggh!! Tak pernah dgr lagi lagu ni but mmg sini sana kata sedap ya..

    ReplyDelete
  32. aku dgr skrg jugak, dan aku suka

    ReplyDelete
  33. Memang sedap, rugi tak dengar.

    ReplyDelete
  34. Lagunya memang sangat menyentuh, semoga lagu ini bisa menjadi pengingat kita untuk tetap menjalankan ibadah

    ReplyDelete
  35. Tertengok si Tegar ni di rancangan Meletop.. aktif jgk budaknya.. tapi yg buat sy rasa budak ni bagus kerana bila diberi peluang oleh Nabil untuk beri ucapan, "Solat jangan tinggal." Itu pesanan dia..

    ReplyDelete