Ini Adalah 9 Amalan Sebelum Tidur
Manusia akan tidur apabila menjelang waktu malam serta di lain situasi pula, manusia akan tidur apabila berasa sangat penat dan juga pengaruh persekitaran seperti cuaca mendung dan hujan.
Mungkin ada di kalangan kita barangkali lupa untuk melakukan beberapa amalan sebelum tidur. Tetapi ada juga yang mengambil ringan tentang perkara ini.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Amalan Sebelum Tidur
Ada 9 Amalan sebelum tidur yang perlu kita lakukan. In Sya ALLAH, kita akan mendapat keberkatan jika kita melakukan amalan yang diterangkan sebentar nanti
- Tidur Lebih Awal
- Berwudhu
Satu Sunnah jika kita mengambil wudhu sebelum tidur. Bukan sahaja dapat membersihkan segala kotoran malah malaikat akan mendoakan perlindungan tatkala kita sedang tidur.
- Menutup pintu dan Padam Api (lampu)
“Padamkanlah api di malam hari apabila kamu hendak tidur. Tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapa bejana, dan tutuplah makanan serta minuman.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Sebab perkara ini dilakukan adalah supaya tidak berlakunya kecurian mahupun kebakaran yang tidak diingini berlaku. Zaman dahulu menggunakan pelita api dan sekarang sudah moden dengan lampu.
Tutup lampu ketika tidur dapat menjimatkan kos elektrik di rumah.
- Mengibas selimut di tempat tidur
Perkara ini jarang dilakukan oleh kita semua sebagai Muslim. Amalan ini bukan sahaja membersihkan kotoran pada tempat tidur tetapi juga membersihkan perkara yang kita tidak nampak.
Kita tidak sedar, tempat tidur kita telah menjadi 'permainan' makhlus halus yang kita sendiri tidak nampak di tempat tidur kita.
Sambil mengibas selimut di tempat tidur ucapkanlah (بسم الله). Lakukan secara 3 kali berturut-turut. Ucapan seringkas itu sudah memadai.
- Berbaring pada posisi yang betul
Seeloknya tidur menghadap kiblat, kalau tidak boleh tidak mengapa yang penting tidak membelakangi kaabah. Jangan amalkan tidur tertelungkup.
- Bermuhasabah: bersyukur dan bertaubat.
Maafkan semua orang sebelum tidur serta bersyukur dan mengingati kembali apa yang kita lakukan pada hari ini.
- Membaca beberapa surat
Antara surat-surat seperti Surat 4 kul dan ayat Kursi sudah memadai. Ini bagi mengelakkan kita dari terkena sihir serta mendapat keberkatan.
- Baca doa sebelum tidur
- Berzikir Sehingga tertidur.
Kesimpulan
Waktu mati kita tak tahu melainkan ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T boleh tarik nyawa kita pada bila-bila masa sahaja walaupun ketika tidur. Alangkah indahnya jika kita mati dengan amalan-amalan yang kita lakukan di atas sebelum tidur.
Ada banyak amalan sebelum tidur tetapi cukuplah sekadar ini sahaja. Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua. Jika ada kesilapan pada entri ini mohon ditegur.
Get notifications from this blog
Terima kasih di atas perkongsian info... Amalan yang baik eleoklah kita kongsikan dan amalkan, supaya lebih ramai orang mendapat manfaat daripadanya... In Shaa Allah...
ReplyDeleteselalu sebelum tidur minum air masak dulu, untuk hilangkan eye bag :)
ReplyDeletetips yang bermanfaat abg bahrain :) terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeletehuhu.. kena try ikut ni..
ReplyDeleteSebelum tidur aku main henfon... kah3
ReplyDeleteCantiklah tu tips yg diberi...aku pun dah nk tido ni...boleh try sket yg patut..nice sharing tuan !! O/ gnite smua
ReplyDeletedengan membaca perkongsian yang mencerahkan ini semoga tak terlupa lagi dengan amalan sebelum tidur terimakasih
ReplyDeleteSama-sama, In Sya ALLAH.
ReplyDeletebagus juga minum air masak sebelum tidur. Ada orang kata nak sihat selalu minum sebelum pukul 11 malam.
ReplyDeleteSAma-sama.
ReplyDeleteBoileh diamalkan selalu, In Sya ALLAH jadi suatu kebiasaan.
ReplyDeletesama la kita bro :)
ReplyDeletetepat pada masa..
ReplyDeletebagus info ni...saling ingat mengingati...tq
ReplyDeleteSama-sama
ReplyDeleteyang udah berkeluarga sebaiknya komunikasi yang romantis sebelum tidur
ReplyDeletesebelum tidur..kena mengantuk dulu..
ReplyDeletesalam perkenalan tuan. terima kasih atas perkongsia peringatan ini. sangat bermanfaat. :)
ReplyDeletethansk 4 sharing..berdasarkan tips nie ade amalan yang sy buat dan ade yang tidak...insyallah nanti boleh cuba amalkan semua..heheh
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
peringatan untuk kita yang selalu lupa
ReplyDeletesemoga amalan kita semua di terima Allah SWT...
ReplyDeleteKESUKARAN SAYA IALAH TIDUR AWAL MELAINKAN PENAT..
ReplyDeleteTuntutan yang sering diamalkanoleh Rasulullah...semoga selepas ini kita semua selalu mengamalkan langkah2 ini.
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeletePanduan dan amalan yang mulia ini. Terima kasih ya infokan.
Thanks, bagus maklumat ni... Kalau letak sumber lagi kukuh...
ReplyDeletemasuk tandas dulu sebelum tidur
ReplyDeletebestnya tidooo... ahhh... ekon...
ReplyDeletedatang klik nuffy sini...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
amalan yang cukup bagus untuk diamalkan...
ReplyDeleteBanyak hal yang harus kita lakukan ketika hendak tidur, semoga kita tidak berat mata dan lupa untuk ketika melakukannya
ReplyDeleteTerima kasih, izin bookmark ya ..
sesekali ada juga ketikanya payah nak lelap mata
ReplyDeletePart 'kibas selimut di tempat tidur' tu aku baru tau. Means xpernah amalkan. Patut la masa kecik-kecik dulu pernah Nampak bapa kibas selimut di katil sebelum tidur.
ReplyDeleteRamaijuga yang tak tahu, bolehlah lepas ni dimanfaatkan.
ReplyDeleteKadang2x mmg payah nak lelapkan mata walaupun dah diamalkan untuk mudah mengantuk
ReplyDeleteGosok gigi..
ReplyDeletealhamdulillah, berwudu sebelum tidur tu selalu den amalkan, sebab sebelum tidur biasanya den akan buat solat isyak sebab selalu balik kerja smpai lewat, jadi sebelum tidur biasanya akan isyak.
ReplyDeletethanks atas perkongsian mengenai mengibas selimut sebelum tidur.. baru tahu pasal tu
tambahan
ReplyDeletesaya amalkan solat taubat, surah al-mulk dan al-waqiah sebelum tidur
masa nak tidur tu baca ayat kursi hembus kat tpk tangan kemudian sapu dari kepala ke hujung kaki
subhanallah 33x, alhamdulillah 33x allahuakbar 33x
amalkan walaupun sedikit.. saya pun masih belum perfect (istiqamah) lagi
biasanya duk renung ipad je..online kejap-kejap, tengok video smpai bosan..pastu tido..:D
ReplyDeletenice share.. skrg dah nk musim exam.. tdo pun dh x menentu.
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi ilmu.
ReplyDeletesama-sama. Yang penting bagi aku sebelum tidur adalah dengan berwudhu.
ReplyDelete