√ Ini Adalah 9 Amalan Sebelum Tidur - Adarain

Ini Adalah 9 Amalan Sebelum Tidur

Manusia akan tidur apabila menjelang waktu malam serta di lain situasi pula, manusia akan tidur apabila berasa sangat penat dan juga pengaruh persekitaran seperti cuaca mendung dan hujan.

Mungkin ada di kalangan kita barangkali lupa untuk melakukan beberapa amalan sebelum tidur. Tetapi ada juga yang mengambil ringan tentang perkara ini.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Terpulang kepada individu sama ada buat atau tidak. Siapa yang mahu dapatkan ganjaran lebih digalakkan ikut, siapa tidak mahu mereka yang rugi.

Amalan Sebelum Tidur


Ada 9 Amalan sebelum tidur yang perlu kita lakukan. In Sya ALLAH, kita akan mendapat keberkatan jika kita melakukan amalan yang diterangkan sebentar nanti
  • Tidur Lebih Awal
Pada zaman Nabi-nabi dan Ulama-ulama, mereka akan tidur awal selepas solat Isyak jika mereka tiada apa perkara yang hendak dilakukan.

  • Berwudhu

Satu Sunnah jika kita mengambil wudhu sebelum tidur. Bukan sahaja dapat membersihkan segala kotoran malah malaikat akan mendoakan perlindungan tatkala kita sedang tidur.
  • Menutup pintu dan Padam Api (lampu)
“Padamkanlah api di malam hari apabila kamu hendak tidur. Tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapa bejana, dan tutuplah makanan serta minuman.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Sebab perkara ini dilakukan adalah supaya tidak berlakunya kecurian mahupun kebakaran yang tidak diingini berlaku. Zaman dahulu menggunakan pelita api dan sekarang sudah moden dengan lampu.

Tutup lampu ketika tidur dapat menjimatkan kos elektrik di rumah.

  •  Mengibas selimut di tempat tidur

Perkara ini jarang dilakukan oleh kita semua sebagai Muslim. Amalan ini bukan sahaja membersihkan kotoran pada tempat tidur tetapi juga membersihkan perkara yang kita tidak nampak.

Kita tidak sedar, tempat tidur kita telah menjadi 'permainan' makhlus halus yang kita sendiri tidak nampak di tempat tidur kita.

Sambil mengibas selimut di tempat tidur ucapkanlah (بسم الله). Lakukan secara 3 kali berturut-turut. Ucapan seringkas itu sudah memadai.
  •  Berbaring pada posisi yang betul
Posisi yang betul adalah dengan berbaring pada bahagian kanan dan bukannya pada bahagian kira. Jika kita tidur pada bahagian kiri ditakuti akan menyebabkan jantung kita nanti tidak stabil dan mudah mendapat sakit untuk jangka masa panjang.

Seeloknya tidur menghadap kiblat, kalau tidak boleh tidak mengapa yang penting tidak membelakangi kaabah. Jangan amalkan tidur tertelungkup.

  •  Bermuhasabah: bersyukur dan bertaubat.

Maafkan semua orang sebelum tidur serta bersyukur dan mengingati kembali apa yang kita lakukan pada hari ini.
  •  Membaca beberapa surat

Antara surat-surat seperti Surat 4 kul dan ayat Kursi sudah memadai. Ini bagi mengelakkan kita dari terkena sihir serta mendapat keberkatan.
  • Baca doa sebelum tidur

  • Berzikir Sehingga tertidur.

 Kesimpulan


Waktu mati kita tak tahu melainkan ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T boleh tarik nyawa kita pada bila-bila masa sahaja walaupun ketika tidur. Alangkah indahnya jika kita mati dengan amalan-amalan yang kita lakukan di atas sebelum tidur.

Ada banyak amalan sebelum tidur tetapi cukuplah sekadar ini sahaja. Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua.  Jika ada kesilapan pada entri ini mohon ditegur.

Get notifications from this blog

41 comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian info... Amalan yang baik eleoklah kita kongsikan dan amalkan, supaya lebih ramai orang mendapat manfaat daripadanya... In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  2. selalu sebelum tidur minum air masak dulu, untuk hilangkan eye bag :)

    ReplyDelete
  3. tips yang bermanfaat abg bahrain :) terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. Sebelum tidur aku main henfon... kah3

    ReplyDelete
  5. Cantiklah tu tips yg diberi...aku pun dah nk tido ni...boleh try sket yg patut..nice sharing tuan !! O/ gnite smua

    ReplyDelete
  6. dengan membaca perkongsian yang mencerahkan ini semoga tak terlupa lagi dengan amalan sebelum tidur terimakasih

    ReplyDelete
  7. bagus juga minum air masak sebelum tidur. Ada orang kata nak sihat selalu minum sebelum pukul 11 malam.

    ReplyDelete
  8. Boileh diamalkan selalu, In Sya ALLAH jadi suatu kebiasaan.

    ReplyDelete
  9. bagus info ni...saling ingat mengingati...tq

    ReplyDelete
  10. yang udah berkeluarga sebaiknya komunikasi yang romantis sebelum tidur

    ReplyDelete
  11. sebelum tidur..kena mengantuk dulu..

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan tuan. terima kasih atas perkongsia peringatan ini. sangat bermanfaat. :)

    ReplyDelete
  13. thansk 4 sharing..berdasarkan tips nie ade amalan yang sy buat dan ade yang tidak...insyallah nanti boleh cuba amalkan semua..heheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. peringatan untuk kita yang selalu lupa

    ReplyDelete
  15. semoga amalan kita semua di terima Allah SWT...

    ReplyDelete
  16. KESUKARAN SAYA IALAH TIDUR AWAL MELAINKAN PENAT..

    ReplyDelete
  17. Tuntutan yang sering diamalkanoleh Rasulullah...semoga selepas ini kita semua selalu mengamalkan langkah2 ini.

    ReplyDelete
  18. Assalam
    Panduan dan amalan yang mulia ini. Terima kasih ya infokan.

    ReplyDelete
  19. Thanks, bagus maklumat ni... Kalau letak sumber lagi kukuh...

    ReplyDelete
  20. masuk tandas dulu sebelum tidur

    ReplyDelete
  21. bestnya tidooo... ahhh... ekon...

    ReplyDelete
  22. datang klik nuffy sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  23. amalan yang cukup bagus untuk diamalkan...

    ReplyDelete
  24. Banyak hal yang harus kita lakukan ketika hendak tidur, semoga kita tidak berat mata dan lupa untuk ketika melakukannya
    Terima kasih, izin bookmark ya ..

    ReplyDelete
  25. sesekali ada juga ketikanya payah nak lelap mata

    ReplyDelete
  26. Part 'kibas selimut di tempat tidur' tu aku baru tau. Means xpernah amalkan. Patut la masa kecik-kecik dulu pernah Nampak bapa kibas selimut di katil sebelum tidur.

    ReplyDelete
  27. Ramaijuga yang tak tahu, bolehlah lepas ni dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  28. Kadang2x mmg payah nak lelapkan mata walaupun dah diamalkan untuk mudah mengantuk

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah, berwudu sebelum tidur tu selalu den amalkan, sebab sebelum tidur biasanya den akan buat solat isyak sebab selalu balik kerja smpai lewat, jadi sebelum tidur biasanya akan isyak.

    thanks atas perkongsian mengenai mengibas selimut sebelum tidur.. baru tahu pasal tu

    ReplyDelete
  30. tambahan

    saya amalkan solat taubat, surah al-mulk dan al-waqiah sebelum tidur

    masa nak tidur tu baca ayat kursi hembus kat tpk tangan kemudian sapu dari kepala ke hujung kaki
    subhanallah 33x, alhamdulillah 33x allahuakbar 33x

    amalkan walaupun sedikit.. saya pun masih belum perfect (istiqamah) lagi

    ReplyDelete
  31. biasanya duk renung ipad je..online kejap-kejap, tengok video smpai bosan..pastu tido..:D

    ReplyDelete
  32. nice share.. skrg dah nk musim exam.. tdo pun dh x menentu.

    ReplyDelete
  33. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  34. sama-sama. Yang penting bagi aku sebelum tidur adalah dengan berwudhu.

    ReplyDelete