Banjir Besar Di Kuantan, Pahang - adarain

Sunday, 8 December 2013

Banjir Besar Di Kuantan, Pahang

Banjir Besar Di Kuantan, Pahang


Jarang kita dengar negeri pahang dilanda musibah yang besar seperti banjir. Kebiasaannya, banjir besar berlaku di negeri kelantan, terengganu dan Johor. Punca yang menjadi banjir besar di Kuantan, Pahang adalah kerana hujan lebat yang tidak berhenti selama 12 jam dan telah menyebabkan longkang serta sungai melimpah keluar.


Dikatakan banjir yang berlaku di Kuantan, Pahang adalah yang terburuk sejak 30 tahun yang lalu.


Banjir besar tersebut telah melumpuhkan semua perniagaan di sana serta telah memutuskan jalan utama. Hampir 5000 mangsa berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mengikut ramalan cuaca, berlakunya gelombang kedua yang mungkin lebih dahsyat dari sebelumnya.


Itu baru Kuantan, Pahang, belum di negeri lain tidak termasuk tempat aku sendiri di kawasan Ledang juga turut terjejas tetapi tidak berapa teruk sangat berbanding di Kuantan, Pahang.



Pengalaman Menghadapi Banjir


Pada tahun 2011, kampung aku di Ledang pernah mengalami banjir besar yang sebelum ini tidak pernah berlaku. Pada waktu itu, Keadaan Muar dan Ledang yang paling terjejas teruk. Habis terputus hubungan jalan utama ke tempat lain. Ingat lagi pada waktu malam ketika itu, kami sekeluarga berehat di rumah dan tetiba terdengar bunyi yang kami sangkakan hujan Lebat lalu kami abaikan bunyi tersebut.


Kemudian, Ayah aku cuba untuk mencari sesuatu di luar rumah dan apabila dibuka pintu utama rumah, alangkah terperanjatnya ayah aku masa itu sambil menjerit banjir. Rupa-rupanya air deras dengan laju seperti air terjun, bunyi pun seakan-akan sama. Apa lagi, terus kami sekeluarga mengemaskan barang, naikkan barang mana yang patut kemudian alihkan kereta ke tempat lebih selamat.




[caption id="attachment_1178" align="aligncenter" width="720"]Banjir Besar Di Kuantan, Pahang Ledang - Banjir yang berlaku di rumah ketika tahun 2011[/caption]

Tidak Ada Privacy


Apabila sempat semua barang di selamatkan, terus kami berkejar ke tempat yang lebih selamat iaitu dewan Serbaguna. Sebenarnya kami sekeluarga tidak berapa gemar dengan situasi yang berada di dalam dewan serbaguna kerana tiada privacy. Khemah pula tidak disediakan mungkin tiada pengalaman lagi. Terus kami berhubung saudara terdekat kebetulan Mak saudara tinggal seorang sahaja. Kemudian bergegas ke sana, barulah kami rasa aman dan tinggal untuk beberapa hari.



Apa Perlu Buat Ketika Banjir Melanda


Kongsi tips serba sedikit apabila menghadapi banjir.




  1. Kemaskan barang secepat yang mungkin. Naikkan barang yang berelektrik seperti peti ais, kipas dll

  2. Tutup/Matikan semua suis yang hidup.

  3. Alihkan kenderaan secepat yang mungkin. Kalau tidak sempat, biarkan sahaja.

  4. Ikat dengan ketat barangan-barangan ringan yang mungkin mudah dibawah arus ketika banjir.

  5. Bawa barang keperluan sahaja seperti baju dan makanan. Sedikit sahaja tidak perlu banyak.

  6. Kalau ada bela haiwan peliharaan, bawa sekali tetapi tidak dibenarkan masuk ke pusat pemindahan banjir. Mungkin boleh diletakkan sementara di pusat jagaan haiwan.

  7. Pergi ke tempat yang selamat seperti tempat yang tinggi ataupun di pusat pemindahan banjir ataupun singgah sementara di rumah saudara yang berdekatan jika tidak selesa dengan pusat pemindahan. Tetapi pastikan, beritahu kepada ketua kampung ataupun pengawal di pusat pemindahan bagi memudahkan urusan mangsa ketika banjir.


Itu sahaja tips yang boleh dikongsikan bersama. Semoga bermanfaat.




[caption id="attachment_1180" align="aligncenter" width="720"]Situasi kucing ketika banjir Ledang - Kucing juga tidak terkecuali cuba menyelamatkan diri dari banjir.[/caption]

Comments

34 komentar

Banjir ni memang leceh dan memenatkan. Dulu masa saya tinggal di Kluang pun, berlaku kejadian yang hampir serupa. Sebelum ini Kluang jarang dilanda banjir, tapi akhir-akhir ni ia makin kerap berlaku. Macam ada sesuatu yang tak kena dengan aliran air di sekitar daerah Kluang.

saya sedih bila degar berita ini tapi doakan mereka tabah dan hujan banjin akan reda amin

Kena ada sesuatu yang tidak kena, perlu periksa sama ada kelancara ok ataupun tersumbat. Maklumlah sekarang ni sampah buang merata tempat.

Sama-sama kita doakan yang terbaik supaya mangsa yang ditimpa musibah dalam keadaan selamat serta tabah menghadapi ujian.

ya ALLAH selamatkan mangsa banjir dan permudahkan urusan mereka

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat kepada mangsa-mangsa banjir... In Shaa Allah...

haha part kucing terselit kat tayar tu kelakar. alhamdulillah rumah aku area atas bukit jadi air tak masuk kawasan rumah.

mudahan mangsa banjir besar kali ini sabar dan tabah hadapi ujianNya.

kesian tengok mereka yang sedang ditimpa musibah ini..tapi pada masa yang sama saya juga sakit hati dengan orang yg asyik nak salahkan itu ini...isk..isk..isk..

Regards,
-Strider-

Letih nak menghadap banjir, nak mengemas lagi

memang meletihkan dengan bau busuknya..

memang kesian, itulah dugaan besar buat mereka di penghujung tahun.
Biasalah manusia, mana pernah sempurna, salahkan sana sini memang takkan habis punya.

hehe, kucing dah tak boleh nak lari mana dah, tu yang selit kat tayar je tu. ALHAMDULILLAH.

IN SYa ALLAH, semoga bermanfaat kepada pembaca.

Thank you for sharing. Permission nak share :)

cuba utk bikin loteng atas buat simpan barang

memang hati kene tabah hadapi dugaan banjir yang melanda...

kuat banjir kali nih...tak tahu le camne depa bleh harungi banjir nih

huhu..tip terbaik..jie prnah xsempat agkt barang time banjir dulu.

mesti laju banjir masa tu kan sampai tak sempat nak angkat barang semua.

Kesabaran dan redha tu yang penting

Zaman dulu-dulu pernah alami fenomena banjir, tp skrg dah tak nak air kt kampung...rindu pulak :D

Syukur banjir tak sampai kat kg

semenjak pahang dah start terlibat bencana banjir ni, area Jengka pun banyak yang terbabit sama. Banjir di sana-sini walaupun tanah bukit bukau.

Memang hairan tapi tak perlu panik sebab sekarang ini musim hujan dan tempat tadahan air pasti melimpah. Sistem perparitan juga perlu dibaiki sebaik-baiknya.

Selepas ni memang perlu diperbaiki sistem perparitan semua agar tidak berlaku lagi.

bila banjir memang banyak kerugian.. kena sentiasa bersiap sedia agar tidak memberi kerugian yang besar

Semoga dibalik bencana yang terjadi di Kuantan, Pahang bisa makin merapatkan persatuan dan solidaritas masyarakat Malaysia

kesian melihat anak kecil, ibu mengandung dan orang tua ketika menghadapi banjir

Dugaan ketika banjir besar melanda..


EmoticonEmoticon