Majlis Konvokesyen USIM ke-11
Majlis Konvokesyen USIM diadakan selama 2 hari iaitu 30 November 2013 dan 1 Disember 2013.
Bilangan penerima Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 1,291 graduan sesi 2009/2010.
Majlis konvokesyen tersebut disempurnakan oleh canselor USIM, Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Kali pertama melihat tuanku di depan mata dan rasa bertuah kerana menerima scroll daripada Tuanku sendiri.
Tahniah kepada Pelajar yang mendapat Anugerah Pelajaran diRaja iaitu Muhammad Zaim Razak dan Mohd Nizwan Musling.
Pengalaman Berkonvo di USIM
Kali terakhir berkonvo ketika umur 6 tahun sewaktu belajar di taska dahulu. Ingatan masa dulu pun tak berapa nak ingat situasi ketika berkonvo pada itu.
Dan ini adalah kali kedua dan mungkin terakhir berkonvo di USIM.
![]() |
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Pelajar Universiti lain sedap-sedap berkonvo di dewan konvokesyen Universiti masing-masing, graduan USIM hanya mampu berkonvo di stadium Tertutup, Nilai. Dewan Konvokesyen USIM masih berada dalam pembinaan. Memang melepas nak merasa dewan Konvokesyen USIM.
Kalau sebelum ni, aku hanya lihat graduan bergembira memakai Jubah, memegang ijazah dan bunga atau hadiah masing-masing dari keluarga. Kali ini, aku merasai peluang itu. Perasaan bercampur-campur ketika itu. Gembira, risau, gelisah semua ada. Risau bukan apa, takut jatuh pentas.
Seronok bila keluarga sendiri dan saudara-mara terdekat datang ke majlis konvokesyen. Dapat pula bergambar bersama family sebagai kenangan.
Pengalaman seumpama ini memang tidak akan dilupakan.
Cabaran Bermula
Setakat ini tidak terfikir untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi kerana sekarang sedang memikirkan kerja.
Dapat berkonvo tidak menjamin graduan akan mendapat kerja yang tetap bagi meneruskan kehidupan yang lebih selesa.
Banyak graduan yang menganggur, bukan beratus-ratus tetapi beribu-ribu. Ini membuktikan betapa sukarnya mencari kerja yang sesuai dengan kos/program yang telah kita pelajari. Ini yang baru dikatakan The Real World, it's hard and harsh.
28 Comments
Tahniah bro...semoga berjaya mendapat pekerjaan yg diingini
Tahniah... semoga berjaya mendapat pekerjaan yang baik pada masa akan datang...
Terima kasih..AMIN~
jadi..bolehlah bekerja sekarang yek. hehe
Emm masa belajar dulu saya tak sempat nak lalui pengalaman menarik macam ni..huhu
bila lah aku nak konvo jugak ni. haihh. lama lagii. hehe
Tahniah bro.. Aku dah grad tahun lepas... Hoho
teruskan usaha mencari kerja..kalau tak jumpa juga buat bisnes!
INSYA ALLAH, akan cuba diusahakan.
Thanks.. :)
masih mencari-cari..
Tahniah....
fulamak... konvo ya... jadi blogger je lepas nih
Tahniah..rindu pula zaman belajar tgk gambar2 ni...
tahniah, bro
usaha kuat pasti ada hasil yang bagus
tahniah.....
Kenangan manis seorang pelajar apabila berkonvo kan :)
Selamat menempuh alam pekerjaan :D
Assalam
Subhanallah. Akhirnya berada di pentas impian. Tahniah ya. Semoga melangkah lebih jauh mengecap kejayaan.
Waalaikumussalam, Terima kasih ya saudara.
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih, AMIN~
INSYA ALLAH.
Terima kasih
tak pernah terfikir pula jadi blogger.
memang manis. terima kasih.
selamat ya dah di wisuda
Selamat ya...
Semoga cepat mendapatkan kerja yang sesuai dan nyaman di hati. Di nanti2 bisa disambung lagi nie pendidikannya ke jenjang berikutnya
Selalu sukses :)