√ Pengalaman Melancong Di Yogyakarta, Indonesia. - Adarain

Pengalaman Melancong Di Yogyakarta, Indonesia.

Perjalanan ke Indonesia tidak berakhir di Bandung tapi kami terus ke Yogyakarta yang boleh disimpulkan sebagai kota penuh bersejarah.

Kota yogyakarta ataupun dikenali sebagai Jogja pernah mengalami gempa bumi pada tahun 2006 dengan berskala Ritcher 5.9. Menyebabkan sebahagian daerah tertentu musnah teruk.

Tetapi itu tidak menjadi penghalang buat kami sekeluarga untuk melawati kota jogja.

Dari Bandung terus kami sekeluarga ke Yogyakarta dengan menaiki kereta api dengan harga tiket RP 270,000 (RM72). Tiket dari Jogja ke Bandung RP310,000 (RM83) tetapi dari Bandung ke Jogja pula berlainan harga iaitu RP 270,000. Walhal jarak perjalanan sama sahaja.

Bergerak ke Jogja pada pukul 11.00 malam


Hotel Mutiara, Malioboro


Sampai sahaja ke Negeri jogja lebih kurang pukul 6.00 pagi. kami sekeluarga terus Hotel Mutiara yang telah dibooking awal di Malaysia melalui agoda.com

Pada pandangan saya terhadap Hotel Mutiara adalah biasa-biasa sahaja sekadar dapat menjadikan tempat menghilangkan penat kami sekeluarga. Hotel tersebut tidak seperti Hotel California yang kami duduki di Bandung.

Serapan pagi untuk hotel tersebut biasa-biasa sahaja dan ada sebahagian makanan agak kurang sedap tapi boleh dimakanlah. Syukur apa yang ada. Betul tak?


Tapi apa yang menarik di Hotel Mutiara?


Menarik tentang hotel ini ialah sangat berdekatan dengan kedai-kedai seperti kedai batik, kedai cenderahati dan shopping complex.

Cukup dengan berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki taksi mahupun beca.

Ada beca menawarkan perjalanan mengelilingi pekan Malioboro dan Kraton dengan harga RP 15,000 (RM4) sahaja. Kami sekeluarga mengambil kesempatan tersebut pada waktu malam dengan mengelilingi pekan tersebut pada hari terakhir.


Tempat Menarik di Yogyakarta @ Jogja


Ada banyak tempat menarik di kota Yogyakarta ni, tak semua tempat kami sekeluarga dapat pergi.

Berikut adalah tempat menarik di Yogyakarta dan kenapa perlu ke tempat tersebut.


1) Pasar Beringharjo

Pasar Beringharjo adalah tempat pertama kami sekeluarga membeli-belah. Di sana terdapat banyak pakaian batik dari Malioboro yang cantik belaka. Harga boleh ditawar. kalau korang pandai tawar harga dapatlah harga murah. Pasar Beringharjo ada 3 tingkat dan kesemuanya menjual pakaian yang hampir kebanyakan sama sahaja.


2) Mirota Batik (Pusat Batik & Kerajinan)

Mirota Batik menjual pakaian batik dari jawa. Tempat ini agak eksklusif dan berair cond. Masuk sahaja kedai ni ada gambar seperti nyonya. Terasa seperti masuk kedai cina tetapi kedai jawa campur mungkin.


Kedai ini ada 3 tingkat sahaja dan setiap tingkat berlainan jualannya. untuk ground floor menjual pakaian batik, tingkat 2 menjual barangan cederehati seperti key chain, ukiran kayu dan sebagainya.

Apabila korang penat bershopping boleh berehat di tingkat 3 dan ada kedai di tingkat tersebut. Kalau nak makan duduk dengan bersila pun ada. Makanan yang di-order pula sedap-sedap.


3) Candi Borobudur

Untuk hari seterusnya, kami teruskan aktiviti kami ke candi Borobudur. Perjalanan dari hotel kami ke Candi Borobudur hanya mengambil sekitar 1 jam setengah.

Candi Borobudur kira bernasib baik kerana tidak menerima tempias gegaran gempa bumi pada 2006.

Tiket masuk ke Candi Borobudur untuk antarabangsa adalah sebanyak RP 220,000 (RM60) dan untuk pelajar RP 110, 000 (RM30) dan pastikan ada kad pelajar sebagai bukti.

Tidak perlu beli air untuk ke Candi Borobudur kerana selesai sahaja membeli tiket disediakan botol air mineral serta air teo.

Pemandangan Candi Borobudur yang merupakan tapak warisan dunia dari puncak atas sekali teramatlah cantik. Dari puncak tersebut, kami sekeluarga dapat melihat gunung merapi dari jauh.


Candi Prambanan pula tidak dapat pergi atas sebab penambahbaikan sedang berlaku kerana dikatakan candi tersebut mengalami masalah selepas terkena tempias gegaran gempa bumi. Candi tersebut merupakan yang terbesar di Indonesia. Rasa rugi tak dapat tengok.

Tetapi mak saya dapat pergi bersama mak saudara saya melawat tapak tersebut sebelum kami menjejakkan kaki sekali lagi Yogyakarta buat kali kedua bersama-sama keluarga.


4) Gunung Merapi

Ini mengikut apa yang diceritakan oleh mak saya sendiri, kita akan naik jeep untuk naik ke gunung tersebut. Dengan bergoyang sana-sini dengan keadaan tanah yang penuh dengan lecak.

Sampai sahaja atas, tidak ada benda yang menarik apatah lagi kawah. Hanya ditunjukkan barang-barang peninggalan lama sahaja. Menarik lagi Gunung Tangkuban Parahu di Bandung.

Dikatakan pada tahun depan 2014 akan meletusnya lava di Gunung Merapi. Gunung Merapi akan mengeluarkan lava 4 tahun sekali. Kali terakhir pada tahun 2010.

Baru-baru ini sahaja dapat info dari kawasan sana, gunung tersebut sudah mengeluarkan tanda buih-buih dan asap.


5) Istana Lama Keraton

Keraton dengan tempat kami Malioboro tidak berapa jauh. Jalan kaki dah boleh sampai.

Destinasi terakhir kami sekeluarga sejarah peninggalan Istana lama Keraton. Tidak berapa tahu sangat berkenaan dengan sejarah tersebut kerana terlalu banyak sejarah di sana.

Banyak peninggalan sejarah di Istana Keraton antaranya ialah skrip bertulisan jawa dan gambar raja terdahulu.

Untuk maklumat info di Istana Keraton boleh klik di sini

Tiket masuk berharga RP15,000 (RM4) untuk penduduk biasa.  Harga antarabangsa kami tidak tahu. Kerana kami ke kaunter dan menyebut kami dari Kalimantan. Dapatlah harga murah sedikit berbanding harga tiket masuk untuk antarabangsa.

Tambahan charge sebanyak RP 1,000 (RM0.20) untuk merakam video dan ambil gambar.

Kesimpulan - Kota Shopping dan Keriangan

Maka berakhirlah percutian kami selama 7 hari 6 malam Di Bandung dan Yogyakarta, Indonesia.

Antara Bandung dengan Yogyakarta, bagi saya Kota Yogyakarta adalah tempat paling seronok sebab pada waktu malam memang sangat meriah. Di samping itu, kita dapat melihat nyanyian serta mainan muzik di tepi jalan.

Pasar-pasar tepi jalan raya di buka setiap hari sehingga lewat malam pada pukul 11.00 malam.

Kalau di Bandung, suasana pada waktu malam agak sepi kerana kebanyakan kedai tutup pada pukul 5.00 petang.

Tidak rugi untuk mereka untuk melawati ke Kota Yogyakarta. Harga dijamin murah serta banyak tempat boleh dilawati antaranya candi Borobudur, hutan pinus, safari dan macam-macam lagi.

Get notifications from this blog

35 comments

  1. Bestnya dapat berpeluang bercuti dekat Indonesia. . Seronok baca pengalaman bro. . ;)

    ReplyDelete
  2. Assalam
    Percutian menjana ilmu. Bertuah di rezekikan dapat melancong. Semakin bertambah pengetahuan dan pengalaman :)

    ReplyDelete
  3. Cantik pemandangan landskap jogjakarta. Banyak tempat jalan2 dekat sana.

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsikan pengalaman ke yogkarta..memang menarik siap dengan tukaran wang asing lagi..kelas gitu..

    ReplyDelete
  5. Sama-sama, haha, senang bagi pembaca tahu harga sebenar RP dengan RM.

    ReplyDelete
  6. pecutian sgt menarik.... pemandang pon bersih... kalo di Jakarta agak kotor & sesak ....

    ReplyDelete
  7. hari tu terdetik nak pergi Jakarta tapi saudara kata keadaan di sana terlalu sesak dan jem. Itu yang kami pergi Yogyakarta je.

    ReplyDelete
  8. Menarik..In Shaa Allah one day mesti sampai ke sini..Antara tempat yang masuk dalam list selainn dari aceh!!!

    ReplyDelete
  9. wah menarik
    baru gi Medan jer
    byk tempat kena lawat lagi Indonesia ni :)

    ReplyDelete
  10. wah nak juga lah ngelencer kesini

    ReplyDelete
  11. uishh kaki jalan ke? hehe. untung laa boleh berjalan jauhh. hehe. teringin nak pergi indonesia jugak.

    ReplyDelete
  12. ALHAMDULILLAH, rezeki ada memang berjalanlah selalu :)

    ReplyDelete
  13. rindu nak gi indonesia lagi.. memang best lah.. :-)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum, salam kenal..
    saya adhi dari jogja..
    kalau berminat datang ke jogja silakan contact saya, email : adhi.pradana.ar@gmail.com

    saya bisa bantu menyediakan transport, hotel dan lain lain..

    salam, terimakasih
    wassalamualaikum..

    ReplyDelete
  15. entry yg best.. member pun ader yg dah ke sana.. dorg ckp mmg best..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wr wb. Salam kenal saya Jati dr Gresika tour Jogja. Jika menghendaki berwisata ke Jogja dapat menghubungi saya di whatsapp +62 8985101301 / telp +62 274 6688111 / blackberry messenger 32736b63. Kami berikan harga yang murah dengan pelayanan maksimal karena kami handle langsung dari Jogja.
    Berikut contoh paket wisata dari kami:
    Jogja 5D4N Tour + Dieng
    Objectives:
    Dieng Tour: Candi Arjuna, Sikidang crater, Dieng Plateau Theater, see Colour Lake of the wailing wind, Sentry Pandang Tieng (if time permits).
    Jogja Tour: the palace, the Castle, kasongan, parangtritis, Borobudur, Prambanan, batik village, malioboro / square south (optional)
    The first day
    11:30 roundtrip airport
    13:00 to 17:00 to hotel for check-in Hotel Kresna Wonosobo
    19:00 Eating dinner at Harmony Wonosobo
    Day Two
    08:00 At the meeting point of the shuttle
    8:00 a.m. to 9:00 a.m. DataranTinggi Road to the Dieng
    9:00 to 15:00 Visiting Object WisataDieng
    Dieng Tour: Candi Arjuna, Sikidang crater, Dieng Plateau Theater, see Colour Lake of the wailing wind, Sentry Pandang Tieng (if time permits). Lunch.
    15:00 to 18:00 Towards Jogja,
    (if time allows bisasinggah briefly in Substation PandangTieng)
    18:00 to 19:00 dinner at PHUKET
    The third day
    8:00 hotel shuttle Nueve
    8:00 a.m. to 9:00 a.m. towards the palace
    09:00 to 10:00 palace
    10:00 to 10:30 towards the Castle
    10:30 to 11:30 the garden sari
    11:30 to 12:30 lunch break TREE SHOP
    12:30 to 13:30 towards kasongan
    13:30 to 14:30 kasongan
    14:30 to 15:30 to the beach parangtritis
    15:30 to 17:00 parangtritis beach
    5:00 p.m. to 18:00 back to hotel
    18:00 to 19:00 dinner at a restaurant PYRAMID
    The fourth day
    8:00 hotel shuttle
    08:00 to 10:00 towards Borobudur
    10:00 to 12:00 Borobudur
    12:00 to 13:00 lunch at SATRIA RESTO
    1:00 p.m. to 2:00 p.m. to the puppet museum Kekayon
    14:00 to 15:00 Kekayon puppet museum
    15:00 to 16:00 to the Prambanan
    4:00 p.m. to 5:00 p.m. Prambanan
    5:00 p.m. to 6:00 p.m. towards malioboro
    18:00 to 20:00 malioboro + dinner at local restaurant
    20:00 drop hotel
    The fifth day
    Drop airport hotel checkout 08:00
    The price includes:
    • Private / Bus
    • Drivers (+ driver’s meal)
    • 3-star Hotels in Yogyakarta and 4 star hotel in Wonosobo
    • Dinner & lunch at local restaurant
    • Guide
    • Entrance fees to attractions listed itinerary
    • Parking of vehicles
    • Insurance
    • Mineral water
    Price: RM 575
    The price excludes:
    • Flight Tickets
    • Personal expenses
    • Any other optional tours, which is not specified in the itinerary
    • Tips for local tour guide and driver
    * Price does not apply to peek season and high season
    Jika tertarik dapat langsung menghubungi saya di telp +62 2746688111. sms / whatsapp +62 8985101301. Terimakasih
    Wassalamualaikum wr wb

    ReplyDelete
  17. dah pergi banyak tempat bro di Indonesia semoga suatu hari bisa ke Sulawesi

    ReplyDelete
  18. […] ke sini Ho Chi Minh City Vietnam. Kalau korang nak shopping beli kain-kain rasanya better pergi Jogjakarta sebab kain batik  sana sangat cantik dan murah. […]

    ReplyDelete
  19. Tolong beri cite lanjut tentang lawatan bercuti ke jogja. Terima kasih

    ReplyDelete
  20. cerita lanjut yang macam mana ya? :D

    ReplyDelete
  21. […] sama juga yang kami tempah iaitu Hotel Mutiara (3 Bintang). Hotel tersebut betul-betul berada di tengah pekan Maliobor0 dan berdekatan dengan […]

    ReplyDelete
  22. ya, ternyata sana makanannya enak dan murah banget.

    ReplyDelete
  23. […] Jalanjalan di yogyakarta, indonesia. Adarain. Satu pengalaman yang menarik dapat bercuti ke yogyakarta atau joga di indonesia. Banyak tempat menarik yang ada di yogyakarta, indonesia. Jom alami sendiri. […]

    ReplyDelete
  24. beli tiket train online atau walk in dekat sana je...

    ReplyDelete
  25. […] dengan candi Borobudur dan Istana Karaton boleh cek info [DISINI]. Hrga tiket pun dah naik skit dalam RP 240,000 dapat diskaun pun RP 10,000 je. Total RP 230, […]

    ReplyDelete
  26. […] Jalan-Jalan Di Yogyakarta, Indonesia. […]

    ReplyDelete
  27. […] Jalan-Jalan Di Yogyakarta, Indonesia. […]

    ReplyDelete
  28. […] Jalan-Jalan Di Yogyakarta, Indonesia. […]

    ReplyDelete