√ DiGizens Thank You Sale - Adarain

DiGizens Thank You Sale

Ini merupakan entri pertama untuk tahun 2014. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada pengunjung yang bertandang ke sini. Semoga kita dapat mengharungi segala rintangan yang lebih mencabar dari tahun-tahun yang sebelumnya.

DiGizens Thank You Sale Contest


Baru-baru ini, DiGi dengan kerjasama Nuffnang ada membuat satu contest di mana mereka yang ingin menyertai hendaklah membuat satu entri berkenaan dengan seseorang yang paling istimewa yang membuatkan korang bersyukur dengan kehadirannya dalam kehidupan korang.

Hadiahnya pula cukup lumayan dengan pemberian  2 Samsung GALAXY S4 smartphones dan 1 HTC One smartphone kepada pemenang bertuah.

Kebetulan aku pula pengguna tetap DiGi, apalah salahnya kalau aku cuba untuk memasuki contest dari DiGi dan Nuffnang.

Antara mereka yang membuatkan aku bersyukur dalam kehidupan ialah ibu bapa dan juga kawan rapat.

Pertama - ibu bapalah yang terpenting sekali yang membuatkan aku rasa sangat bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Tanpa usaha penat lelah mereka aku takkan berjaya sampai sekarang sehingga mampu mengenggam Ijazah Sarjana Muda.

kalau nak cerita semuanya pasal ibu bapa aku ni memang tak cukup. Dari Sejak kecil aku dirotan sampailah sekarang. Segala keperluan dan kehendak aku semuanya dipenuhi dan kata-kata semangat merekalah yang membuatkan aku berjaya sehingga kini walaupun tidak jemu memberikan kata-kata semangat yang sama sahaja.

Rasa rugi sebenarnya bagi mereka yang kehilangan ibu dan bapa atau kedua-duanya. Mereka telah hilang nikmat untuk mendapat kasih sayang dari ibu bapa. Tapi itulah ketentuan yang telah ditetapkan.

Kedua - hidup ini akan sunyi kalau tidak ada kawan. Merekalah tempat kita bergelak ketawa, berkongsi suka duka dan merasai pengalaman bersama.

Sejak aku sekolah menengah, aku dah mula masuk asrama dan dari situlah aku mulai mengenal kawan-kawan yang memahami dan ada juga yang sebaliknya sehinggalah ke tahap universiti.

Apabila kita menghadapi situasi yang tertekan seperti kerja rumah ataupun menjelang peperiksaan. kawanlah tempat kita bertanya tentang kerja rumah yang kita tidak faham. Dengan hasil pertolongan kawanlah aku berjaya sehingga kini.
Indahnya dunia hanya sementara,indahnya cinta hanya seketika, indahnya mimpi kadang-kadang tak pasti, tetapi indahnya persahabatan sukar di cari ganti.

Tawaran Menarik Dari DiGi


Tawaran yang menarik year end sale untuk smartphone, tablet dan plan internet.

[caption id="attachment_1308" align="aligncenter" width="294"]DiGizens Thank You sale DiGi Always the smarter choice[/caption]

DiGi Thank you sale and its amazing offer. Ketahui lebih lanjut di sini

Get notifications from this blog

18 comments

  1. rasanye masa kecik dulu tangan dengan betis tu tak sah kalo tak kena rotan ngan ayah..hehe.tapi alhamdulillah, dapat jugak jadi org berguna.

    ReplyDelete
  2. dulu den lama pakai Digi , tapi sejak berpindah rumah line Digi kat sana teruk , maka sekarang sudah bercerai dengan Digi..=)

    ReplyDelete
  3. Zaman dulu memang tak sah kalau tak ada rotan. Ada silap sikit memang rotan yang akan dicapainya. Kenangan tu. Zaman sekarang dah tak main rotan-rotan ni.

    ReplyDelete
  4. sama situasi cumanya den tukar dari maxis ke DiGi.

    ReplyDelete
  5. Macam best aje..good luck ya!!!

    ReplyDelete
  6. Alamak...menarik ni..kena cari masa ni..hehe

    ReplyDelete
  7. rasa mau tukar telefon bimbit pula ahaks..

    ReplyDelete
  8. Tahun baru, awal yang bagus untuk memulai sesuatu
    Semoga sukses memenangkan contest dari DiGi :)

    ReplyDelete
  9. menarik juga entri ini..semoga berjaya bro!

    ReplyDelete
  10. banyak gak freebies dari digi nie rupanya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. ORANG YANG TERISTIMEWA DALAM HIDUP SAYA IALAH IBU BAPA KEMUDIAN ISTERI.. :)

    ReplyDelete
  12. Untung dah berkahwin ada peneman selalu.

    ReplyDelete
  13. Assalam
    Canggih - cangih nampaknya ya gajet yang di tawarkan. Bila di lihat rasa macam hendak memilikinya :)

    ReplyDelete
  14. muja pun join menda ni,, harap menang laa,, huhuu

    ReplyDelete
  15. Nak join tapi tak terbuat-buat entry T_T Japgi time ada mood tarikh pun dah lepas hahah

    ReplyDelete
  16. Memang masih ligat lagi iklan promo nie.... anyway GOOD LUCK yea....

    ReplyDelete
  17. berapa tahun dah aku pakai Digi...masih cantek lagi takde masalah la nampaknya..:D pasal gajet plak..smartfon pertama aku S2..belum lagi rasa nak tukar, walau duit tu ada sebenarnya..:D

    ReplyDelete
  18. Selagi masih lagi elok kekal sahaja tapi kalau memang dah tak boleh dibetulkan memang kena cari pengganti barulah gamaknya. :)

    ReplyDelete