√ Parti Gila Di Bukit Bintang Sempena Tahun Baru - Adarain

Parti Gila Di Bukit Bintang Sempena Tahun Baru

Baru-baru ini aku ada buat satu entry mengenai samseng jalanan Di malaysia, dan beberapa hari kemudian ada hamba ALLAH send e-mail memberi reaksi tanda setuju berkenaan dengan entri tersebut. Lalu aku balas dengan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca artikel yang tidak seberapa. Pengirim tersebut adalah seorang perempuan berdasarkan alamat emailnya.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Kemudian dia membalas lagi dengan penuh panjang lebar berkenaan pengalamannya menyambut akhir tahun di KL serta di akhir ayat tersebut menyuruh aku sebarkan kepada orang ramai dengan memasukkan dalam blog ini siap pesan jangan letak nama lagi.

Tertarik dengan pengalaman beliau, aku sendiri baca pun dah naik takut dengan suasana yang diceritakan oleh beliau. Jadi apa salahnya aku kongsikan pula untuk korang baca. Artikel dia banyak short form, jadi aku ubah sedikit ayat-ayatnya yang lebih sedap dibaca untuk tatapan korang. Di harap dapat dijadikan sebagai pedoman.

Parti Gila Di Kuala Lumpur


Salam rain, saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya ketika menyambut tahun baru di kuala lumpur beberapa tahun lepas.  Masa tu, saya dengan kawan-kawan berhasrat untuk berjalan kaki di sepanjang malam tahun baru tanpa menaiki kenderaan awam mahupun kenderaan sendiri.

Kereta pun ditinggalkan di rumah, kononnya nak merasa macam mana agaknya berjalan kaki a.k.a exercise sebenarnya. Mungkin bunyinya agak gila, tapi berjalan kaki ni dah umpama jadi uacara tahunan di setiap tahun baru untuk penduduk-penduduk asal serta nomad di kuala lumpur ni.

Kami masa tu berjalan kaki dari rumah kawan minah, tut... (rahsia) hinggalah ke kawasan Bukit Bintang, lebih kurang 40 km, gila tak gila, tapi disebabkan kawasan sepanjang jalan yang ramai orang jadi tak terasa sangat penatlah. Bila tiba je di Bukit Bintang, fulamak terasa macam parti liar pula.

Dari golongan senior ke junior semuanya jadi parti haiwan. Sembur-menyembur dengan botol tin parti spray menjadi senjata peperangan dorang malam itu. Bunyi-bunyi lagu orang menyanyi di tengah kawasan Bukit Bintang menambahkan lagi suasana parti malam itu.

Masa tu kami semuanya dah berkobar-kobar nak tengok macam mana keadaan malam itu. Tapi baru nak start berseronok je, macam-macam karenah orang yang terlampau gembira ni membuat saya dan kawan-kawan rasa tak selesa. Sedang kami berjalan, ada mamat yang dah mabuk baling botol dari atas jejantas ke bawah. nasib baik kitaorang baru je lepas lalu kat situ, kalau tak...mau botol tu hempap kat kepala kitaorang.

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku. Tapi paling last straw, bila ada seorang mamat ni datang ke arah kawan saya pasal nak bertanyakan jam pukul berapa. Tup-tup mamat tu spray ke muka kawan saya. Ha....mana tak kena makan penampar. baru balik berseronok, mood dah lari. Bila dah jadi macam tu, kitaorang terus tinggalkan tempat yang umpama zoo safari tu dan balik ke rumah dengan air muka tak gembira.

Berseronok Biar Berpada-Pada


Aku sendiri tak pernah pergi melihat sendiri Bukit Bintang, tapi dengar-dengar daripada rakan-rakan yang pernah pergi katanya suasana waktu malam memang teruk lagi-lagi selepas pukul 1 pagi. Boleh dikatakan sebagai pusat maksiat siap ada kata jual badan lagi tak termasuk kelompok gay.

Aku tahu ada dikalangan kita ni bila berseronok memang lupa diri.Tapi agak-agaklah, berseronok tu biarlah berpada-pada sebab takut nanti jadi bala suatu hari nanti.  Daripada korang join parti gila macam itu, baik korang sambut tahun baru dengan makan bersama keluarga ke, tonton tv yang best-best ke bersama keluarga atau kawan-kawan ke tak pun solat hajat supaya tahun baru ini dipermurahkan rezeki yang melimpah-ruah, kan itu lebih baik.

Get notifications from this blog

23 comments

  1. tak pernah pergi lagi bukit bintang nih..

    ReplyDelete
  2. Assalam
    Begitu rupanya suasana di sana. Terima kasih kepada pengirim email tersebut. Dan juga kepada En Bahrain sudi kongsikan di sini.

    ReplyDelete
  3. Belum pernah lagi rasai pengalaman sebegitu di negara kita. Tapi pernah ikuti cara orang Perancis sambut pesta malam tahun baru dan lain-lain pesta. Nampaknya budaya di sini dah sama saja dengan budaya di sana...! entahlah apa nak jadi?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam, tempat yang menakutkan bagi kita tapi bagi mereka 'indah' belaka.

    ReplyDelete
  5. pelik kan? kalo ikutkan perkembangan semasa dimana-mana saja kita boleh mendengar orang melaungkan tentang agama sana sini. tapi pada masa yang sama boleh plak bermaksiat. kadang2 tu la yg x faham sgt. kita terlampau ekstrem dengan bangsa lain sampaikan kesalahan sendiri x nampak.


    errr.. jangan disalahertikan kata-kata ku ini... :)

    ReplyDelete
  6. macam-macam benda pelik sekarang ni. haih bukit bintang

    ReplyDelete
  7. Memang makan penampar sesuai kot mamat tu..haha...entah la..saya pun tak suka keadaan dan suasana mcam ni..

    ReplyDelete
  8. Assalam Bahrain.. mmg betul acara spt itu ada diadakan biasanya di BB atau di Bangsar.. pejabat saya mmg di BB & utk membendung perkara2 mcm tu mmg agak susah kerana ada juga org2 kita yg tak faham dosa pahala turut terlibat dan menyokong sama. Malah berlebih2 lagi.. wallahualam.. mudah2an diberi jalan kekuatan agar dpt membenterasnya.. aamiin..

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam. bukan senang nak tegur mereka yang lari dari ajaran Islam yang sebenar. Makin ditegur makin kuat dia menentang. Hanya doa sahaja yang termampu dan berharap pihak berkuasa perlu ambil tindakan secara bijak. Tak berani den ke tempat tersebut takut-takut jauh tersasar. Dunia oh dunia.

    ReplyDelete
  10. Satu pengalaman baru apabila dapat melihat suasana ketika menyambut tahun baru di luar negara. Nampaknya parti gila di Malaysia sukar dibendung.

    ReplyDelete
  11. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sendiri banyak melakukan kesilapan dan sibuk menyatakan kesalahan orang lain.

    ReplyDelete
  12. Mungkin bagi kita pelik tapi bagi diorang satu keseronokan dan kenikmatan. Minta dijauhkan.

    ReplyDelete
  13. Kalau aku ada suasana macam itu memang dah pengsan lama. Aku tak boleh berada di tempat yang terlalu ramai orang.

    ReplyDelete
  14. Yang paling semangat tu, wah jalan 40km..kalah marathon

    ReplyDelete
  15. pernah lalu tapi tak singgah pun uh takut...

    ReplyDelete
  16. sekadar dengar nama sahaja..pergi belum lagi maa..

    ReplyDelete
  17. Bukit bintang tu memang sarang maksiat........serbu dah banyak kali........tutup trus je selesai masalah

    ReplyDelete
  18. Sbb tu tak suka bwk anak2 bersiar2 di sekitar BB atau bangsar klu dah mlm2. Bnyk pemandangan yg susah kita nak explainkan pd anak2 klu mereka bertanya..

    ReplyDelete
  19. tak pernah sampai lagi bukit bintang dengar kata syok kat sana hehe

    ReplyDelete
  20. syok memang syok, sakit mata tengok. haha

    ReplyDelete
  21. apasih hebatnya tahun baru tuh ,hanya menambah dosa ja tuh

    ReplyDelete
  22. Itulah jadinya kalau pengaruh barat menguasai minda kita.

    ReplyDelete