√ Misteri Di Sebalik Tragedi Dalam Movie Pompeii - Adarain

Misteri Di Sebalik Tragedi Dalam Movie Pompeii

Kota Pompeii ditubuhkan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat di Itali.

Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau. Kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan iaitu homeseksual.

Aktiviti maksiat berlarutan sehingga perkara yang tidak diingini berlaku secara tiba-tiba di mana gunung berhampiran kota mereka yang diberi nama Vesuvius meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota tersebut.

Tiada sesiapa pun yang terselamat dari bencana tersebut dan kebanyakan mereka telah bertukar menjadi batu

Misteri Di Sebalik Tragedi Dalam Movie Pompeii
sekadar gmbar hiasan


Sinopsis Filem Pompeii


Filem ini mengisahkan di mana seorang budak kecil bernama Milo yang terpaksa hidup berdikari sejak kecil lagi kerana kedua iba bapanya telah mati dibunuh oleh tentera Rom. Beberapa tahun kemudian, Milo telah dijadikan sebagai hamba serta gladiator dan dipaksa untuk berlawan dengan hamba-hamba yang lain bagi meneruskan kehidupan.


Pada suatu hari, Milo telah dibawa ke Kota Pompeii bersama hamba-hamba yang lain untuk memberikan perkhidmatannya di sana. Di sana juga, Milo telah bercinta dengan seorang perempuan yang diberi nama Cassia anak kepada raja dan pemaisuri kota Pompeii.

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Milo antaranya ialah terpaksa bertarung nyawa melawan tentera Rom dalam gelanggang di hadapan rakyat Kota Pompeii dan tertekan dengan Senator Rom yang ingin berkahwin dengan Cassia.

Kejadian tidak diingini berlaku apabila letusan gunung berapi sudah mula mengeluarkan lava dan menuju ke kota Pompeii. Ramai rakyat lari bertempiaran demi untuk menyelamatkan diri daripada lava tersebut. Milo dan Cassia juga tidak ketinggalan untuk menyelamatkan diri tetapi telah dihalang oleh senator dari Rom yang ingin berkahwin dengan Cassia.

Adakah pasangan Milo dan Cassia terselamat dari bencana letusan gunung Berapi? Saksikan sendiri kesudahan filem ini.

Review Filem Pompeii


Filem Pompei baru sahaja ditayangkan pada hari ini iaitu 20 Februari 2014 di seluruh pawagam Malaysia.

Bila cakap pasal Kota Pompeii, sudah pasti kita akan terbayang akan kota tersebut dengan penuh maksiat yang berleluasa tetapi tidak untuk filem ini. Filem ini ditunjukkan hanya kemajuan yang ada pada kota Pompeii.

Filem ini menumpukan kisah kehidupan seorang hamba dan percintaan yang mungkin lebih kurang sama dengan filem Titanic. Seorang hamba bercinta dengan anak raja manakala kalau di filem Titanic adalah percintaan antara kelas bawahan dengan Kelas atasan. Tidak ada satu pun babak-babak yang menggairahkan apatah lagi babak homoseksual.

Suasana persekitaran Kota Pompeii dalam filem tersebut memang sama dan tidak banyak perbezaan kalau dilihat gambar kota Pompeii yang sekarang.

Best Ke Tidak Filem Pompeii?

Bagi  saya filem ini BEST! walaupun lebih kurang sama dengan kisah percintaan yang lain akan tetapi filem ini berjaya menonjolkan babak cemas di samping grafik CGI yang real ketika letusan gunung berapi berlaku.

Tidak rugi untuk anda melihat filem ini. Saya bagi 3.8/5 bintang. 

Get notifications from this blog

53 comments

  1. Kawe tak tahu pun pasal filem ni ehh. Sapa pelakon dan pengarahnya?

    ReplyDelete
  2. Mungkin kisah Pompeii ini difilemkan bagi mengalih persepsi negatif keadaan sebenar. Mereka ni tak mahu diingati dgn perkara negatif sebab itu ditonjolkan kemajuan Pompeii berbanding keburukan moral mereka sehingga dibalas Allah dgn bencana yg memusnahkan Pompeii.
    Untuk hiburan dan kecanggihan teknologi perfileman, memang ianya boleh dipuji.

    ReplyDelete
  3. Jalan cerita macam best..Honestly kita tak pernah tau pasal filem Pompeii ni sebelum ni..

    ReplyDelete
  4. Pngarah filem pompeii adalah Paul W.S Anderson yang pernah mengarah filem popular seperti Death Race, Alien Vs Predator, Resident Evil dan banyak lagi. Pelakon filem pompeii antaranya Kit Harington dan Emily Browning. Dalam banyak-banyak pelakon yang saya kenal dalam filam ini adalah Emily Browning dan watak-watak antagonis yang lain. Hero dan Yang lain saya tak berapa kenal sangat.

    ReplyDelete
  5. Saya sokong dengan BM, memang sengaja dibuat jalan seperti itu yang tidak memaparkan keruntuhan moral di kota Pompeii.

    ReplyDelete
  6. Setakat ni ramai yang memberi review Pompeii yang positif. Saya pun tak pernah tahu akan kewujudan filem ini dan hanya mengetahui dari rakan saya melalui instagram.

    ReplyDelete
  7. Kenapa tak buat jalan cerita pasal kisah benar kota tersebut je. Hehe

    ReplyDelete
  8. sepertinya jalan cerita mengikut filem sekuel undeworld "rise of lycan"

    ReplyDelete
  9. haha, tu kena tanya pengarah filem ini.

    ReplyDelete
  10. kalau tak baca artikel ni tak tahu pun ada filem ni,hehehehe!!

    ReplyDelete
  11. ada rupanya cerita pompeii nih..kena tengok nih..

    ReplyDelete
  12. bunyinyer macam menarik aje cerita pompeii ni. Unik. Nak kena cuba tengok ni, hehe :D

    ReplyDelete
  13. kalau belum tengok aku tak berani nak ulas pasal Pompeii ni, menarik, film listing 2014 bluray :D

    ReplyDelete
  14. Ramai juga yang tak tahu dengan kewujudan filem ini.

    ReplyDelete
  15. Memang menarik jalan cerita pompeii ni.

    ReplyDelete
  16. Cuba try pergi tengok sendiri :)

    ReplyDelete
  17. sounds great :) !nak g tengok lah jugak >__<

    ReplyDelete
  18. lbih kurang kisah pcintaan dua darjat..
    blehlah menonton nanti..mnarik..

    ReplyDelete
  19. Assalam
    Filem - filem hollywood dan eropah yang berlatarbelakang epik sungguh mengagumkan. Bagi Pompeii ini , bagus juga tidak mengenengahkan adengan seks sejenis. Jadi ia mudah untuk di tonton oleh semua lapisan . Terima kasih ya En Bahrain sudi review.

    ReplyDelete
  20. orang Barat pandai je nak cover line ye.. benda keruntuhal moral mereka buatkan agar boleh diterima akal..

    ReplyDelete
  21. Hurmm.... lepas ni boleh tengok citer filem SEJOLI pulak.... menarik gak bro....

    ReplyDelete
  22. pastinya kisah benar akan terus kekal dalam catatan sejarah

    ReplyDelete
  23. disebalik kemajuan pompei.. ada cerita mengenai keruntuhan moral di kota Pompeii.

    ReplyDelete
  24. x tengok lagi citer pompei ni..

    ReplyDelete
  25. much watch MOVIE!!

    btw jemput singgah http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  26. wah...ada citer best kat panggung!

    ReplyDelete
  27. Ada masa aku pi tengok, kalau tak dak tunggu next version on the web atau Astro Best je lah.. ehehe

    ReplyDelete
  28. ni keluaran sony pictures.
    aku tunggu nak download je la..hehe

    ReplyDelete
  29. Akan terus kekal slama-lamanya.

    ReplyDelete
  30. Waalaikumussalam. Sama-sama, sahaja share kepada orng ramai.

    ReplyDelete
  31. tahu pasal tragedi kota pompeii masa baca mastika dulu. tapi tak sangka pula diorang buat filem pasal tragedi ni. biasalah, orang barat akan sembunyikan kebenaran yang memalukan dalam filem-filem mereka.

    ReplyDelete
  32. Tahu pun meraka ne bahayanya gejala seksual melampau ne. Tak tengok lg filem ne

    ReplyDelete
  33. pengarah top ni, biasanya memang bestlah, macam kena tengok nanti ni.

    ReplyDelete
  34. tang berperang jer aku suka..hehe

    ReplyDelete
  35. untuk 3 tahun lepas saya buat kisah ini dalam belog segmen kisah agama sayang entri tiada dala blog sekaranglah..tak silap buat sampai part III

    ReplyDelete
  36. Sayangnya kalau dah tak ada. Sejara lama penuh pengajaran.

    ReplyDelete
  37. aku pun suka dengan filem berperang. :)

    ReplyDelete
  38. Pengarah memang top dan kebanyakkan filemnya memang awesome.

    ReplyDelete
  39. kena ambil tahu tapi dalam filem ini tak ditunjukkan bab keruntuhan moral.

    ReplyDelete
  40. Kalau macam tu, filem ni sesuai untuk tontonan seisi keluarga la yer. Risau jugak sebelum ni nak ajak famili tengok filem ni. Takut terkeluar scene bukan-bukan, naya jer. Maklum lah, Pompeii ni semua orang tau yang dulunya adalah sebuah kota maksiat.

    ReplyDelete
  41. Emm baca sinopsis pun dah nampak menarik..tak sabar rasanya nak tengok citer ni..hehe

    ReplyDelete
  42. Baca sinopsis macam best je citer ni.. nak kena nengok la ;)

    ReplyDelete
  43. Sememangnya BEST!. tengok jangan tak tengok. :)

    ReplyDelete
  44. Sebuah cerita nak bangun kesadaran bahwa hidup semata sesaat.... Semoga tetap berjaya dunia akhirat...

    ReplyDelete
  45. tak pernah pulak dengar pasal citer nie but since kata berbaloi tngok boleh gak cari nanti..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  46. cari jangn tak cari. Best cerita ni.

    ReplyDelete