Thursday, 27 February 2014

Pengalaman Pertama Kali Dibedah

Serius bila dengar perkataan bedah dah buat saya takut inikan lagi bila masuk bilik bedah lagilah menakutkan dengan suasananya yang sejuk dan terang - benderang ditambah pula dengan kain hijau khusus untuk pembedahan.



Pengalaman Pertama Kali Dibedah


Pada keesokan harinya selepas menetap di Hotel Tebrau City, seawal 7.30 pagi sudah bergerak ke Hospital Pakar Sultan Ismail. Seperti biasa perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pembedahan.


Pembedahan yang dilakukan ini hanya ringan sahaja.  Ini bermakna tidak perlu tinggal di wad untuk beberapa hari. Pembedahan ini dilakukan adalah untuk meletakkan tube kecil pada bahagian dalam telinga bagi memudahkan aliran serta pendengaran menjadi lebih jelas.


Selesai pendaftaran, saya dikehendaki menukar baju kepada baju pesakit yang berwarna putih dan hijau kemudian baring katil yang telah disediakan.


Menunggu giliran dibedah sangat lama  hampir 2 jam sehingga terlelap mata di atas katil yang telah disediakan. Suasana ketika itu tersangat sejuk dan sunyi.



Bilik Pembedahan


Apabila sampai giliran, katil saya terus ditolak ke tempat pembedahan. Serius saya cakap, sangat menakutkan dengan hati yang berdegup dengan kencangnya sambil kesejukkan.




[caption id="attachment_1691" align="aligncenter" width="525"]Pengalaman Pertama Kali Dibedah sumber dari google.com[/caption]

Sebelum pembedahan bermula, Dr disitu akan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh saya dan memberitahu apa yang mereka akan buat ketika pembedahan nanti.


Pembedahan akan dilakukan ketika sedar dan doktor akan memberikan ubat bius bagi mengurangkan rasa sakit. Dalam bilik pembedahan, saya hanya dapat lihat lampu yang berada di hadapan saya dan tidak mampu menoleh ke kanan mahupun kiri.


Walaupun tidak rasa sakit tapi saya dengar bunyi seakan-akan bunyi angin kencang dan juga bunyi jahitan. Muka saya ditutup dengan kain hijau dan dibuka hanya bahagian telinga. Pembedahan selesai dalam masa satu jam sahaja.


Selesai sahaja pembedahan tersebut, saya dibawa ke wad biasa dan selepas itu saya menukar baju saya yang asal. Dan boleh balik rumah selepas mengambil ubat di farmasi.



Sudah Mula Terasa Sakit


Sejam kemudian ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, telinga saya sudah mula sakit kesan daripada pembedahan tadi. Ini kerana mungkin ubat bius yang telah diberikan tadi sudah mula hilang kesan.


INSYA ALLAH, Pembedahan berat fasa kedua akan dilakukan sekitar bulan April ini selepas mendapat pembelian alat untuk telinga yang memerlukan persetujuan dari pihak kerajaan. Semoga keadaan berjalan dengan lncar.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

44 comments:

  1. salam..alhamdulillah semuanya berjalan lancar. saya membaca ni pun , terasa jugak cuaknya..hehe. semoga urusan akan datang berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. semoga segalanya berjalan lancar buat bro

    ReplyDelete
  3. Saya sendiri pun gerun mendengar perkatan bedah ni. Alhahamdulilah, peringkat pertama dah selesai, mungkin lepas ni kurang sikit gementarnya...dah ada pengalaman. :)
    Semoga anda dilindungi dan dipermudah segala urusan.

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T.. In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. seraiu juga bedah dalam keasaan sedar ini..semoga kembali pulih yer.

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya berjalan dengan baik bro

    ReplyDelete
  7. jangan kan di bedah, sampai sekarang saja saya masih takut sangat dengan yang namanya jarum suntik mas, trauma saat sekolah dasar dulu, ada pengalaman yang tak dapat saya lupakan.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam, terima kasih mendoakan saya

    ReplyDelete
  9. Ya, mungkin tak segementar sebelum ini. :) AMIN~

    ReplyDelete
  10. INSYA ALLAH. memang seriau habis bila bedah dalam keadan sedar. Macam-macam boleh jadi.

    ReplyDelete
  11. Sampai trauma pada jarum suntik tu mesti ada penglaman yang tak dapat dilupakan.

    ReplyDelete
  12. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya lancar.
    Bedah ni pun aku pun jenis kuat risau jugak, takut jumpa doktor.. banyakkan selawat , istifar , insyaallah debar2 tu kurang..

    ReplyDelete
  13. wah operation masa sedar..mencabar ni..terasa ngilu dia.semoga semuanya berjalan lancar ya!!

    ReplyDelete
  14. INSYA ALLAH, dipermudahkan urusan selepas ini.

    ReplyDelete
  15. Semoga semuanya baik bro. Bro sakit apa sebenarnya ni?

    ReplyDelete
  16. AMIN~ Tak ada sakit cuma ada masalah sikit dengan pendengaran telinga.

    ReplyDelete
  17. mesti kena full bius kan... saya dulu bius separuh badan..... siap kena cucuk kat tulang sum sum... hohoho

    ReplyDelete
  18. Semoga admin pulih seperti sediakala,saya cukup seriau dengan bilik bedah + alat2 operatedan sebagainya

    ReplyDelete
  19. Semoga tabah dan cepat sembuh bro. Ngeri pulak bila baca cerita-cerita bedah ni.

    ReplyDelete
  20. kecut perut bila tengok jarum..ake pernah patah ibu jari.pastu jahit.masa tengah sedar lagi..seriauu..moga cepat sembuh bro.

    ReplyDelete
  21. semoga pembedahan yg seterusnya berjalan lancar....

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah..semua berjalan dgn lancar..saya takde lagi la pengalaman kena bedah..dengar bedah je rasa nak lari lintang pukang..hahaha

    ReplyDelete
  23. Assalam
    Kejayaan pembedahan pertama Encik Bahrain di syukuri dengan alhamdulillah. Mudah-mudahan pembedahan kedua nanti berjalan baik-baik sahaja ya. Amin.

    ReplyDelete
  24. semoga semuanya baik-baik sahaja buat bro...

    ReplyDelete
  25. Dikenakan bius pada bahagian telinga sahaja.

    ReplyDelete
  26. Memang seriau gila. hahaha

    ReplyDelete
  27. ye je lari lintang pukang. haha

    ReplyDelete
  28. Baru sekali saya rasa pengalaman kena bedah, iaitu masa kena bedah gusi utk cabut gigi geraham. Perghh.. ya allah sakitnya tuhan je tau sebab doktor tu bius sikit saja. Ngeri..

    ReplyDelete
  29. Pengalaman tu.. saya pernah juga dibedah, tetapi sedikit shj dulu. Mmg terasa sakit & berdenyut bila bius dah berkurangan.. harap2 pil pain killer tu membantu mengurangkan kesakitan. Bahrain mmg seorang yg tabah... semoga dipermudahkan, selamat & cepat sembuh ye... aamiin.

    ReplyDelete
  30. Fuhh!! siap dapat rasa / lalui pembedahan lagi.. rasa nyilu gak :)

    MJ ritu masa kena 'tebuk' Doktor bg 'pengsan' terus :D

    ReplyDelete
  31. seram dgr perkataan bedah...xpernah lalui lagi.. rasa mcm menakutkan.. hehe :)

    ReplyDelete
  32. InsyaAllah para doktor semua expert :) hehe 1st join surgeon buat open heart surgery pun seram inikan yang nak dibedah .. sera sejuk jadinye

    ReplyDelete
  33. Semoga cepat sembuh..saya dibedah 1st time tahun 2005..di PPUM..mase tu umur 24 kot..ganglion..minor surgery jer..tapi bius penuh..punyelah nak tunjuk berani..tak ajak ahli keluarga teman pun..just mintak kawan hantar kat PPUM pastu petang kang dia datang ambik..day care surgery jer..3 jam jugak tido xsedar kawan datang ambik..esoknye dah mule sakit..xtahan call kakak datang ambik huhu..

    Sedang Hangat Diperkatakan

    ReplyDelete
  34. Semoga bro cepat sembuh.. Khai belum penah kena bedah (harap2 xpernah la),
    So agak takut bila difikir2kan.. maklumlah Khai takut jarum suntikan.. huhu

    ReplyDelete
  35. Terima kasih, ALHAMDULILLAH sudah sepenuhnya.

    ReplyDelete
  36. alhamdulillah berjalan dgn lancar... sy pon pnah 2 kali pembedahan...mmg takoyt sgt2

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon