√ Singgah Di Hotel Tebrau CT - Adarain

Singgah Di Hotel Tebrau CT

Hotel Tebrau CT


Beberapa hari yang lepas, saya bersama keluarga singgah menginap di Hotel Tebrau City yang telah ditempah awal melalui online iaitu agoda.com.

Saya singgah menginap di Hotel Tebrau CT kerana pada keesokan harinya, saya ada pembedahan ringan di Hospital Pakar Sultan Ismail.

Pandang kali pertama pada luarannya Hotel Tebrau City kelihatan menarik dan tempat tersebut hanya mempunyai 2 tingkat sahaja iaitu Ground dan tingkat pertama.

Kelebihan Hotel Tebrau CT


Apa yang bestnya tentang Hotel Tebrau ialah kerana berhampiran dengan Aeon Tebrau City Shopping center yang lebih kurang dalam masa 5 minit sahaja jika berjalan kaki sahaja. Juga berdekatan Dengan Hospital Pakar Sultan Ismail.

Walaupun hotel Tebrau hanya satu tingkat sahaja tetapi mempunyai bilik yang banyak kerana bangunan yang memanjang. Bliknya juga unik dan lain daripada yang lain. Kami sekeluarga telah menempah 2 Bilik iaitu Malay Style dan Superior Four. Harga setiap bilik di bawah RM200.

Bilik Superior Four sangat besar dan muat untuk lebih 4 orang sebenarnya. Disertakan Tv Lcd, Meja, Sofa dan sebagainya.


Kekurangan pada Hotel ini ialah tidak menyediakan serapan pagi, tiada pusat fitness dan swimming pool.

Hubungi Hotel Tebrau CTTel: 07-4523555 / 07-3001355
E-mail: hoteltebrauct@yahoo.com
Website: www.hoteltebrauct.com


Makan Malam Di Johnny's Restaurant


Pada waktu malam, kami sekeluarga merancang untuk makan malam di Aeon Tebrau yang berada di belakang hotel kami sahaja.

Kamudian kami mencari restaurant yang agak menarik untuk di makan dan kami telah jumpa satu resturant yang menarik serta dipenuhi dengan ramai orang iaitu Johnny's Restaurant.


Restaurant tersebut menyediakan makanan Thailand seperti Thai Steamboat, Thai Rice & Noodle dan banyak lagi. Di restaurant tersebut, anda boleh memilih sama ada mahu makan steamboat ataupun makanan yang bergoreng.

Kami sekeluarga memilih untuk makan steamboat dan ada dikalangan kami menempah Teriyaki Chicken Rice, Thai Belacan Rice dan Hot Spicy Rice.

Dari segi perkhidmatan yang diberikan sangat pantas dan pesanan makanan dan juga minuman cepat sampai tidak lebih dari 10 minit walaupun ramai orang. Makanan pula sangat sedap dan berpuas hati dengan keenakkan makanan yang kami tempah.

Kebanyakan pekerja di restaurant tersebut merupakan pekerja asing seperti Vietnam. Mereka fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Adakah saya akan makan lagi ke Johnny's Restaurant? Ya, sudah tentu saya akan makan di Johnny's Restaurant. Harga tidak terlalu mahal dan sedap. Sudah rasa pasti datang lagi.

Get notifications from this blog

33 comments

  1. kalau di lihat dari tempatnya sangat bersih yah mas, jadi terasa nyaman

    ReplyDelete
  2. kat mana ni? berdekatan dengan selat teberau ke..?

    ReplyDelete
  3. Sarapan pagi memang satu perkhidmatan yg perlu ada dalam sesebuah hotel. Tapi biasanya kalau tak ada, maknanya kanan kiri hotel tu mesti banyak kedai makan.

    ReplyDelete
  4. Tempatnya memang bersih dan nyman sekali. :)

    ReplyDelete
  5. Kalau tidak silap di Tebrau 2. Mungkin jauh skit dari Selat Tebrau.

    ReplyDelete
  6. Kanan kiri hotel semuanya apartment. Tapi belakang hotel ada Aeon banyaklah choice nak makan.

    ReplyDelete
  7. tiada pernag lihat banyak katil macam dalam gamabr tu.dah macam duduk hostel pula heee. tempat mandi macam best.

    ReplyDelete
  8. harapnya kesihatan adarain akan beransur pulih.

    ReplyDelete
  9. Kalau hotel nie... selain kemudahan asas kalau ada internet adalah lebih bagus kan.... dan untuk makan-makan tu kalau ada gambar hidangan yang dipesan mesti lebih menarik

    ReplyDelete
  10. RM200 untuk satu malam ke bro?nampak keadaan dalam hotel tu selesa je..hehe

    ReplyDelete
  11. Lebih Kurang RM178. Dalam bilik pun lagi selesa.

    ReplyDelete
  12. Hotel ini ada kemudahan Internet. Ada gambar makanan tapi taklah begitu cantik.

    ReplyDelete
  13. Saya kali pertama lihat bilik macam tu banyak dengan katil. hehe, tapi puas hati. :)

    ReplyDelete
  14. AMIN~ terima kasih ya mendoakan. :)

    ReplyDelete
  15. nice review.. singgah sini.. :)

    ReplyDelete
  16. wah besarnya bilik..dah macam hostel..Dah lama tak makan steamboat kat Johhny!!!

    ReplyDelete
  17. Menarik info ni.. ada kesempatan bolehlah ke sana. Thanks sharing Bahrain.. :)

    ReplyDelete
  18. lama tak jalan2 kat johor bahru ni... haish dah banyak lupa jalan haha

    ReplyDelete
  19. sangat berbaloi tu..kalau harga sekitar RM200 untuk hotel yang selesa begitu!

    ReplyDelete
  20. wow..info yg sangat mnarik.
    bolehla mnginap di sana nanti.. klau ke johor..
    tapi sayang swiming pool x de :P

    ReplyDelete
  21. Jaln banyak dah buat baru. Dah macam KL. salah masuk sesat lah jawabnya

    ReplyDelete
  22. Sangat berbaloi dengan bilik yang besar.

    ReplyDelete
  23. haha, swimming pool kat bilik air ada. haha

    ReplyDelete
  24. RM200 tak ada breakfast? perghh. tapi bilik boleh tahan besar tu. rasanya lebih baik bilik standard tapi service baik. tak gitu bro?

    ReplyDelete
  25. Sampai 3 katil untuk satu bilik. Bole tido ramai2 tu. Nampak macam luas .

    ReplyDelete
  26. Memang boleh tido ramai dalam 8 lebih orang. Sangat luas.

    ReplyDelete
  27. Swimming pool takda. Tapi bathtub ada. Kalau family yang ramai anak tu, mau bath tub tu dijadikan swimming pool. Silap-silap boleh pecah kalau dah ramai sangat yang masuk dalam bath tub tu. Haha

    ReplyDelete
  28. Budak-budak suka kalau jumpa bathub, kalau boleh nak main air sampai malam.

    ReplyDelete
  29. hotel seperti itulah tak ada bedanya

    ReplyDelete