√ Bahagia Itu Sederhana Dalam Kehidupan - Adarain

Bahagia Itu Sederhana Dalam Kehidupan

Beberapa hari yang lepas, dapat satu kiriman mesej melalui whatsapp berkenaan dengan kebahagian dalam kesederhanaan. Mesej tersebut sangat menarik minat buat saya yang kadang-kadang lupa tentang erti bahagia sebenar dalam kehidupan.



Bahagia Itu Sederhana Tanpa Disedari.


Antara kandung mesej bahagia itu sederhana seperti dibawah:




  • Mendengar isteri membebel di rumah, bererti saya masih punya keluarga.

  • Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti saya masih punya suami.

  • Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti saya masih punya mak ayah.

  • Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti saya mampu bekerja keras.

  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti saya punya teman. Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti saya makan cukup.

  • Mencuci dan menyetrika renyukan baju, itu berarti saya memiliki pakaian.

  • Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu berarti saya memiliki tempat tinggal.

  • Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti saya dipercayai dapat melakukannya.

  • Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih loyal dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

  • Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti saya boleh mendengar

  • Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bererti saya masih hidup.


Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

[caption id="attachment_2005" align="aligncenter" width="600"]Bahagia Itu Sederhana Dalam Kehidupan sumber gambar dari http://media.salon.com/[/caption]

Biarpun kita mempunyai pangkat, kedudukan serta harta kekayaan yang melimpah ruah, janganlah mudah kita rasa bangga diri dengan apa yang kita ada kerana ia tidak menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat jika tidak menggunakan dengan sebaik-baiknya. Nikmat yang diberikan pula hanyalah pinjaman daripada ALLAH S.W.T yang mempunyai hak mutlak mengambil semula hak-NYA pada bila-bila masa.




Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perkara adalah yang paling sederhana.” (Riwayat Imam Tirmizi)



Cukuplah sekadar bahagia dalam sederhana melihat keadaan sekeliling kita. Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tidak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Bahagia itu sederhana menurut Islam dengan menghargai setiap apa yang ada dalam kehidupan.


Jom kurangkan berat badan


Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Ameen

Get notifications from this blog

23 comments

  1. Bersederhana dan sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada. Tetapi kini ramai orang dah lupa akan sifat bersederhana ni.

    ReplyDelete
  2. luas pengertian beserderhana, biarlah bersederhana dalam kehidupan di dunia.
    terima kasih dengan perkongsiannya ini.

    ReplyDelete
  3. mensyukuri apa yg kita ada dan Allah beri itu sudah membahagiakan kita ...

    ReplyDelete
  4. segalanya kita ada tapi sering kita tak renung benar-banar tapi kita mengeluh

    ReplyDelete
  5. sama-samalah kita bersyukur dengan segala pemberian Allah yang tak terhitung banyaknya..

    Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi

    ReplyDelete
  6. syukur masih ade jari jemari untuk menulis comment ini..

    ReplyDelete
  7. bahagia itu sangat subjective definasinya...kekadang melihat orang lain nampak bahagia belum tentu kita akan merasa bahagia kalau kita berada ditempatnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Terkadang kita lupa kebahagian sudah pun dikecapi

    ReplyDelete
  9. Dunia tempat persinggahan. Tempat untuk mengumpul bekalan ke dunia Akhirat. Bersederhanalah dalam kehidupan. Terlalu sikit atau banyak sesuatu itu ada keburukan dan kebaikannya. Hargai ruang dan masa yang dipinjamkan kepada kita.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, perkongsian ini dapat sedarkan kita bahawa kita sebenarnya bahagia :)

    ReplyDelete
  11. Semoag bahagia didunia dan akhirat itu milik kita semua...

    ReplyDelete
  12. Ikutkan nafsu manusia dalam diri kita ni, bagi apa pun tak pernah rasa cukup. Ketamakan manusia itu sendiri yang banyak menyebabkan berlakunya kezaliman di atas muka bumi ini.

    ReplyDelete
  13. yupp betul tu.. syukurah atas apa yang kita ada...

    thanks sudi join segmen mia.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya banyak kebahagiaan dalam hidup kita tetapi kita tidak pandai untuk menilainya. Selalu fikir positif. Macam mana nak bahagia kan?

    ReplyDelete
  15. sederhana dlm segala hal terutama makan..

    ReplyDelete
  16. Ya, saya setuju dengan artikel bro :)

    ReplyDelete
  17. Sederhana memang indah. Luas maknanya. Mat Saleh kata minimalist.

    ReplyDelete
  18. mantap sunguh mesej yang diberikan itu

    ReplyDelete
  19. Salam pada tuan rumah dan sahabat semua...semoga kita selalu ikuti jejak Rasullullah s.a.w dan para sahabat2 beliau serta leluhur kita.beliau serta para sahabat beliau seperti bintang2 di langit dan penerang jalan kehidupan ini....

    Saya tertarik dengan aktikel tuan rumah serta menyetujui pendapatnya serta komen para sahabat lainnya....

    Sebagai tambahan ringkas komen dari saya....
    رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا

    [Aku redha Allah sebagai Rabb ku, dan Islam sebagai agamaku dan Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai Nabi ku]

    maka wajib bagi Allah untuk meredhainya.” (HR. at Termizi)

    Kesimpulan:
    Hendaklah Allah SWT redha setiap tindak tanduk kita kerana kebahagian berasal dari Dia...beruntunglah kepada sesiapa yang diberikanNya kebahagiaan itu.

    ReplyDelete
  20. Sangat beruntung buat mereka yang berbahagia walaupun dalam kesusahan. ;)

    ReplyDelete
  21. At this time it seems like BlogEngine is the top blogging
    platform available right now. (from what I've read) Is that what
    you are using on your blog?

    ReplyDelete