√ Kenapa Presiden Obama Datang Ke Malaysia? - Adarain

Kenapa Presiden Obama Datang Ke Malaysia?

Sebentar tadi, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama telah sampai Ke Malaysia pada hari ini dengan selamat pada pukul 5.00 petang tadi. Ketibaan Presiden Obama telah disambut oleh Yb Khairy Jamaluddin serta ramai dif-dif kehormat disamping pengawal keselamatan, pegawai peribadi dan sebagainya.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Kedatangannya telah dikawal ketat mengalahkan Perdana Menteri dari negara lain begitu juga dengan Putera William dan Puteri Kate. Sehingga mengundang ketidakpuasan hati serta keluhan dari rakyat Malaysia melalui laman sosial Facebook kerana aktivti tergendala gara-gara kedatangan Presiden barrack Obama. Malah, kedatangan Presiden Obama dilakukan pula secara langsung di beberapa stesen televisyen.

Ini adalah kali pertama Presiden Obama datang ke Malaysia selepas kedatangan Presiden Amerika Syarikat terdahulu iaitu Lyndon B Johnson pada tahun 1966, 48 tahun yang dulu.

Tujuan Presiden Obama Datang Ke Malaysia


Sebelum kedatangan Presiden Obama lagi sudah mengundang persoalan dari rakyat Malaysia berkenaan dengan tujuan kedatangannya ke Malaysia. Rata-rata, ramai di kalangan kita yang memberi persepsi atau pendapat yang negatif berkenaan dengan tujuan kedatangan Presiden Obama.

Apapun, saya mengambil isu ini dengan perkara yang positif tanpa memikirkan helah kedatangan Presiden Obama datang ke Malaysia. Ini kerana, tujuan yang dilakukan oleh obama ke Malaysia adalah atas dasar lawatan negara/kerja sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang lain seluruh dunia iaitu mengeratkan lagi hubungan 2 hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Di samping itu, mengukuhkan lagi kerjasama antara ekonomi bersama antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Dikhabarkan, kedatangan Presiden Obama selama 3 hari ini akan mengadap Yang Di Pertuan Agung dan Majlis Makan Malam Negara, mengunjungi Masjid Negara, merasmikan satu pertubuhan dana bagi anak muda atau Youth di Universiti Malaya, Pertemuan Dua Hala dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, merasmikan beberapa acara di Malaysia disamping merasmikan tabung dana, berkunjung ke Putrajaya dan sebagainya.

Kaitan TTPA Dengan Presiden Obama

Ramai menggembar-gemburkan perkhabaran tentang kaitan tentang perdagangan Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Perjanjian TPPA dirundingi antara Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. Seperti North America Free Trade Agreement (NAFTA) yang dianggotai oleh AS, Kanada, dan Mexico, Amerika ingin mewujudkan suatu perjanjian eknomi serantau dalam kalangan negara Asia Pasifik yang dipenuhi dengan tanggungjawab dan komitmen. - http://ecoknights.org.my/

Sama ada kes ini dibawa dalam perbincangan nanti ataupun tidak, saya yakin Malaysia tidak akan menandatangani suatu perjanjian yang akan membawa keburukan kepada Malaysia apatah lagi mengenepikan perniagaan bumiputera sendiri.

Kemenangan Obama Tidak Membawa Perubahan.


Jangan mudah percaya perkara yang boleh dianggap logik pada pandangannya tetapi bila dilihat secara keseluruhannya agak tidak munasabah malah banyak mengarut teori yang dibuatnya.


Walaupun Presiden Obama yang dikatakan ketika kemenangannya dalam pilihan raya pada masa dulu memberi masa depan yang cerah kepada negara Islam terutamanya di kawasan Asia Barat dan Palestin tidak memberi apa-apa perubahan di kawasan tersebut malah permasalahan semakin rancak yang berlaku di kawasan tersebut dengan peperangan yang berlaku.

Ini jelas menunjukkan bahawa Amerika Syarikat adalah suatu negara yang masih ikut telunjuk rejim Yahudi agar menjatuhkan Negara Islam yang kaya dengan pelbagai sumber asli.

Diharap kerjasama yang kukuh dapat diwujudkan dalam organisasi OIC agar dapat digeruni oleh pihak barat serta memparbaiki permasalahan dengan secara menyeluruh.

Get notifications from this blog

28 comments

  1. Bagus sekali pendapat saudara Bahrain..ape pun semoga lawatan President Obama ke Malaysia berjalan lancar tanpa menimbulkan sebarang masalah..

    ReplyDelete
  2. Semoga kehadiran president Obama ke Malaysia memberi kebaikan kepada Malaysia. .

    ReplyDelete
  3. pada mama, kedatangan Obama ini adalah untuk mengeratkan silaturahhim je, tak lebih dari itu, kenapa lah ada isu negatif kan, pelik lah. Yang penting negara kita menjalinkan hubungan baik cukuplah..

    ReplyDelete
  4. Obama datang ke Malaysia ni mesti ada agenda tersendiri. Kalau takde apa2 memang dia tak datang sini.

    ReplyDelete
  5. Obama oh Obama... bersangka baik je kan... mudah2an membawa kebaikan kpd kita seluruh rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  6. Doakan yang terbaik ajelah..semoga ada kebaikan kepada kedua-dua pihak..

    ReplyDelete
  7. Artikel yang menarik. Saya suka baca !

    ReplyDelete
  8. sejujurnya,, muja mmg takut dgn kedatangan dia nih,, tapi berusaha untuk bersangka baik,, husnudzon sahaja yang mampu

    ReplyDelete
  9. startegi meraih sokongan orang kita juga nih

    ReplyDelete
  10. terpulang kepada rakyat Malaysia..sama ada berfikir negatif atau bersangka baik kedatangan Obama ke Malaysia..bagi saya Amerika Syarikat bukan negara yang terlalu asing kepada kita..jadi apa salahnya Presiden mereka datang ke sini.

    ReplyDelete
  11. memang ada agenda yang tersurat dan tersirat... kita negara kecil sangat... tak boleh nak buat apa.. huhu

    ReplyDelete
  12. Zaman mahathir pun x pernah presiden amerika datang. Kalau x de penting yg tersirat memang tipu ar. UM sampai tutup 2 hari. Takde org boleh masuk. Apa cer. Khazanah apa yg US mau dari Malaysia? Semua ni sebab MH370.

    ReplyDelete
  13. Dia mahu pekena mee rebus kot? :D
    Apa-apa pun, surely ada sbb penting utk dia dtg terutamanya bila ada persaingan dgn China skrg, which buat ramai syak something fishy mengenai MH370. Do read chedet punya posting mengenai MH370. Ada byk tersirat ehhh...

    ReplyDelete
  14. apakah ingin mempengaruhi masalah pesawat jatuh

    ReplyDelete
  15. TPPA masih blum ditandatangani... alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. Walau siapa pun yang memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat, agenda kapitalism New World Order yang menjadi wajah baru imperialisme tetap diteruskan. Pemimpin-pemimpin dunia perlu bijak dalam hal percaturan politik ini supaya tidak jatuh ke perangkap dan muslihat kuasa-kuasa besar dunia ini.

    ReplyDelete
  17. gua takde hal dia nak datang. Cuma jangan bagi gua terjumpa dia aje..

    ReplyDelete
  18. kedangan beliau bukan sekadar lawatan sahaja...mungkin ada sebab lain gua rasa...

    ReplyDelete
  19. Moga perkongsian Obama bersama PM tempoh hari memberi impak positif buat negara.

    ReplyDelete
  20. harapnya begitula.. perjanjian TPPA lebih banyak membawa mudharat dari kebaikan kepada rakyat kita..

    ReplyDelete
  21. datang membawa kebaikan memang amat kami hargailah

    ReplyDelete
  22. susahnya nak kata sebab tak tahu hujung pangkal dia hadir sini

    ReplyDelete
  23. perkongsian yang menarik...terima kasih di atas perkongsian ini sahabat...

    insyaALLAH, banyak manfaatnya nanti...

    bersangka baik..bersangka baik...

    ReplyDelete
  24. Tak dapat nak mengelak daripada berfikir hal2 yang tersembunyi... cuma bersangka baik sajalah :|

    ReplyDelete
  25. Yap, memang nak bersangka baik dengan apa yang berlaku.

    ReplyDelete