√ Shila Amzah Gagal Raih Gelaran Juara I Am Singer Musim Kedua - Adarain

Shila Amzah Gagal Raih Gelaran Juara I Am Singer Musim Kedua

Tahniah diucapkan kepada Juara I Am Singer 2 iaitu Han Lei dari China diikuti naib juara jatuh kepada penyanyi Hong Kong, G.E.M manakala Shila Amzah  mendapat tempat ketiga.

Juri Profesional:
1. Han lei
2. Shila amzah
3. Gary chow

Undian Penonton:
1. Han lei
2. GEM
3. Shila amzah


Walaupun Shila gagal raih gelaran Juara namun sudah cukup hebat apabila shila berjaya menempatkan diri di peringkat akhir dan seterusnya meraih tempat ketiga. Shila beruntung dapat ke peringkat akhir kerana finalis artis yang menyertai program I Am Singer pun bukan calang-calang artis.
Pada malam akhir, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Pada pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi hebat China, Huang Qishan menerusi lagu 'When You Believe' yang pernah dipopularkan Whitney Houston dan Mariah Carey. Di atas persembahan itu, Shila menerima undian ketiga tertinggi dan mara ke pusingan kedua untuk aksi solo.

Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul 'Mama' nyanyian asal Exo-M.

Shila menyertai program realiti nyanyian paling popular di China itu bermula minggu ketujuh pertandingan pada 21 Februari lalu - sumber dari yahoo.com

Cebisan Pendapat Tentang Grand Final Shila Di I Am Singer


Agak mengecewakan bagi pendapat saya berkenaan dengan lagu berduet dengan lagu pilihan When You Believe. Saya suka dengar lagu tersebut namun penyanyi cina Huang Qishan tidak sesuai berduet dengan Shila dengan suaranya seperti opera. Tetapi di penghujung lagu tersebut saya suka cara mereka berdua bertentangan mata sambil beradu lagu tersebut.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Untuk Lagu kedua pula, saya menyangkakan Shila akan menyanyikan lagi Halo dari Beyonce seperti yang telah dihebohkan oleh pihak media sebaliknya Shila membawakan lagu Mama yang dipopularkan oleh Kumpulan EXO. Lagu tersebut agak mencabar ditambah pula dengan tarian k-pop. Dari segi persembahan memang terbaik tetapi untuk nyanyian agak kurang sedikit. Shila tidak sesuai membawakan lagu K-Pop namun cabaran yang dipertaruhkan cukup baik.

Trivia Shila Amzah di Pertandingan ‘I Am Singer’


• Shila menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh dengan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ dan mendapat tempat kedua.
• Minggu kelapan, Shila mendapat tempat keempat (4) dengan lagu ‘Zui Chang De Dian Ying’.
• Minggu kesembilan, Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu ‘Listen’.
• Minggu kesepuluh, Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu ‘Forever Love’.
• Minggu kesebelas, Shila mendapat tempat pertama (1) dengan lagu ‘Rolling In The Deep’.
• Minggu kedua belas (minggu separuh akhir), Shila mendapat tempat keenam (6) dengan lagu ‘Yang Chong’.
• Minggu Akhir, Shila mendapat tempat Ketiga dengan lagu 'When You Believe' dan 'Mama'

Get notifications from this blog

32 comments

  1. Kekuatan Shila Amzah ni terletak pada keunikan vokalnya. Walaupun terkenal di negara luar, di Malaysia sambutan dari peminat hiburan agak kurang kerana kebanyakan peminat di Malaysia masih mementingkan populariti berbanding bakat.

    ReplyDelete
  2. takpe. dah kira ok dah tu..

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pendapat anak askar pencen, baru je semalam dgr lagu shila amzah dan terfikir perkara yang sama, apapun shila dah buat yg terbaik kan

    ReplyDelete
  4. tahniah buat beliau sampai le final. mesti hebat tu.

    ReplyDelete
  5. wah pengulasan yg lengakp bro..tabik spring la...
    aq x pnah tgok ptandingan ni.. tapi dripada bayak feedback aq baca
    kat blog yg si shila ni ramai haters..tambah2 kat malaysia..
    byak komen hentam dia.. tapi aku suka je.. bangga dgn pencapaian..dia
    at lease beranii kluar dari zon selesa,,
    tahniah.. shila oh la..la..
    komen iklas.. wlaupun bkan hard fan dia :P

    ReplyDelete
  6. Sekalung tanniah buat beliau walaupun pada kedudukan no 2.

    ReplyDelete
  7. Syabas dan tahniah kepada shila hamzah..

    ReplyDelete
  8. Dalam bertanding ada masa dipuncak ada masa dibawah..kira dia dah ok sangat dah ni..:)

    ReplyDelete
  9. bukan senang nak ke final... kalau dulu juara asianwave 2102.. cabaran kali ini lebih sengit..

    ReplyDelete
  10. tak apa shila hamzah masih juara bagi malaysia.

    ReplyDelete
  11. silap pilih lagu kot. tapi takpe la. dpt no 3 pun kira okay lettew.

    ReplyDelete
  12. jadi ingin lihat gaya shila menyanyi, ada videonya tak ya ?

    ReplyDelete
  13. kira terbaik juga begitu kerana bukan mudah bersaing dengan penyanyi antarabangsa yang sememang popular dikalangan mereka

    ReplyDelete
  14. lihat perkataan yang ada underline, di situ ada videonya.

    ReplyDelete
  15. mungkin bkn rezeki dia musim ni. dapat top 3 pun dah dikira terbaik n dah cukup membanggakan malaysia :)

    ReplyDelete
  16. tahniah juga untuk tempat ke-3....!

    ReplyDelete
  17. Emm dah lama tak tengok shila menyanyi..tak apa..ada masa leh cuba lagi..hehe

    ReplyDelete
  18. Mungkin tempias MH370 sebab tu Shila x menang. Setuju tak dengan pendapat sy ni?

    ReplyDelete
  19. wahh minat betul bro ngan Shila Hamzah, tapi aku akui dia memang cantik.. sore sedap lak tu.. Hahahab tahniah pada dia, kira ok la tu, dia bawk nama Malaysia di mata dunia.. Dulu kita ada Dato CT je.. kira pelapis lah ni..

    ReplyDelete
  20. bukan rezeki Shila Amzah nak bergelar juara...tapi no 3 tu da kira OK la tu...ingat senang ke nak dapat...hee

    ReplyDelete
  21. Betul, memang susah nak dapat.

    ReplyDelete
  22. Shila tetap terbaik di mata saya. Eh

    ReplyDelete
  23. Saya peminat EXO :D
    Thanx Shila sbb nyanyi lgu fevret xD
    Congratz!

    ReplyDelete
  24. EXO sekarang pun dah senyap sekarang.

    ReplyDelete
  25. Apapun tahniah buat Shila Amzah :D

    ReplyDelete
  26. rata2 slepas kes MH370 tu,rmai yang agak kurang senang kot dgn Malaysia...
    so,xpe la shila.....keep it up....
    anyway,thanks utk perkongsian info ni ;)

    ReplyDelete
  27. Shila ni memang best aku minat dia. Tapi biasalah orang selalu underate dia. kesian shila susah berjaya di negara sendiri. Tapi lepas shila masuk OIAM dan keluar dengan single 3 suara baru orang makin menghargai bakat dia.

    ReplyDelete
  28. Lagu LET IT GO yang dia nyanyi tu mmg serious best gila ! berkali-kali dgr hahaha

    ReplyDelete
  29. memang sedap Shila bawa lagu tu.

    ReplyDelete