Warung Kita Dengan Nasi Manggey Di Kajang
Nasi Manggey - Fuh! dah lama kot tak share kat sini pasal makanan. Dok selalu share pasal event kali ini nak share pasal satu kedai makanan yang baru buka di Kajang iaitu Warung kita.
Mungkin ada yang dah pernah dengar nama kedai Warung Kita sebab ada cawangan lain di Klang tapi macam aku, ni first time dengar nama kedai Warung kita.
[caption id="attachment_6013" align="aligncenter" width="720"] Sumber gambar dari fb Warung kita[/caption]
Warung Kita Dengan Nasi Manggey
Bila nampak je iklan Warung Kita kat facebook terus rancang pergi ke sana sebab berdasarkan komen2x yang diberikan sangat positif.
So, apa yang bestnya dengan Warung Kita?
Yang bestnya dengan Warung Kita adalah makananya yang sangat sedap seperti Nasi Berlauk Ikan Tongkol dan Nasi Lemak Ikan Tongkol.
Tertanya plak apa tu Nasi Manggey? ada yang kata nasi memanggil la, nasi berlauk la macam2x la.
Nasi manggey ni cuma letak kuah kari dan ayam yang dipotong kecil.
Time aku ke sana tu waktu pagi jadi orderlah Nasi Lemak Ikan Tongkol.
Owh ya, kena layan sendiri means korang kena datang ke hadapan or kaunter dia untuk order makan apa yang korang nak dan secara direct korang akan dapat makanan korang.
Cara penyediaan makanan pula berbungkus walaupun korang makan kat kedai still dorang akan bungkuskan makanan beralaskan daun pisang.
[caption id="attachment_6014" align="aligncenter" width="720"] Sumber gambar dari fb Warung kita[/caption]
Nasi Lemak Ikan Tongkol Warung kita memang sedap sebab ada ikan tongkol kan. hahaha sambal pun sedap. Lain hari plak, order Nasi Berlauk Ikan Tongkol pun sedap gak, dia punya kuah tu yang sedapp sangat.
[caption id="attachment_6015" align="aligncenter" width="720"] sumber gambar dari fb Warung Kita[/caption]
Memang recommend siapa yang nak makan tu bolehlah singgah sini memenuhkan perut.
Harga makanan pun berpatutan kira berbaloi.
Waktu Operasi Warung Kita Kajang
Waktu Operasi : 7 pagi-10 malam
( setiap hari)
Infoline : 03-8912 2526
Lot 1,Jalan ST/1,Batu 18,Kawasan Industri Sg Tangkas,Kajang.
(200 M dari simpang Komuter UKM)
Boleh je waze or google maps Warung Kita Bangi.
Get notifications from this blog
Biasa dengar nasi Wanggey dekat Ipoh Perak.. Ni baru first time dengar nasi Manggey.. tapi nampak sedap juga.. boleh layan ni..
ReplyDeletetengok pon rasa terliur ni.
ReplyDeletesedap nampak, terutama nasi lemak itew
ReplyDeletenampak enak dilihat hehe makanan tradisional tuh?
ReplyDeletewah. nampak penuh keta dan moto. depan kedai... tentu sedap tu....
ReplyDeletebaru jer berborak pasal ni semalam kat group wasap..patutlah vuiral yer..kene beratur panjang katanya..
ReplyDeletekalau datang pagi tak beratur panjang, kalau tengahari hunjung minggu kena beratur panjang.
ReplyDeletetampak sederhana tapi bikin lidah goyang
ReplyDeletewaroung nasi liwet timbel
ReplyDeletesedap tuh buat makan di saat hujan
ReplyDeleteboleh coba tuh kapan-kapan
ReplyDeletekena pi pekena la dulu
ReplyDeleteboleh p ni...npk cm student ukm ja yg ramai serbu...dapnyerr nasi ikan tongkol
ReplyDeleteBudak GI pun ramai yang makan kat situ.
ReplyDeleteini kalau makan tengah hari sure penuh ni...pehhhh
ReplyDeleteSetiap hari pun penuh kedai ni, dari siang sampai ke malam
ReplyDelete