Tidak kiralah sama ada kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, kenduri tahlil, dan sebagainya sama ada bandar atau kampung turut mengambil pendekatan yang sama dengan menggunakan perkhidmatan katering
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Mengapa perkara ini boleh terjadi? Mengapa masyarakat pada hari semakin kurang bergotong-royong dalam kenduri malah mengambil jalan yang cukup mudah dengan mengupah untuk khidmat katering.
Pilihan: Katering atau Gotong-Royong?
Gotong-royong
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan aktiviti bergotong-royong dapat mengeratkan sillaturrahim malah dapat mengetahui perkembangan terkini tentang jiran se-kampung mahupun se-taman.
Namun, aktiviti bergotong-royong adalah sangat memenatkan kerana perlu meneliti kesemuanya seperti kuantiti makanan dan khemah untuk kenduri nanti termasuk kos perbelanjaan yang tidak menentu. Selepas kenduri berlangsung, mereka perlu membasuh semula pinggan yang digunakan dan menurunkan khemah untuk dikembalikan ke tempat asal.
Keadaan semakin berubah, manusia semakin busy dengan kerja dan kehidupan yang di alami. Kebanyakkan mereka bekerjaya berbanding pada zaman dahulu.
Katering
Perkhidmatan katering yang semakin popular pada hari ini menawarkan harga yang menarik mengikut kenduri yang diadakan. Mengapa perkhidmatan katering semakin popular?
Perkhidmatan katering sangat mudah ini kerana segala urusan kenduri akan diuruskan segalanya oleh perkhidmatan katering yang telah ditempah. Katering sekarang bukan sahaja menyediakan makanan malah menyediakan tempat seperti hotel dan khemah.
Pihak tuan rumah tinggal hanya perlu bayar kos pembelanjaan sahaja untuk service katering dan menumpukan untuk layanan terhadap tetamu disamping dapat beramah-mesra dengan mereka.
Namun, perlu berhati-hati dengan perkhidmatan katering yang ditempah sama ada makanan masih elok dan makanan boleh tahan basi untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana, kita tidak tahu dimana dan bagaimana mereka membuat makanan tersebut.
Kesimpulan
katering atau gotong-royong ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Namun, pada zaman sekarang masyarakat kita lebih suka mengambil pendekatan yang mudah dan tidak meletihkan dengan mengupah perkhidmatan katering berbanding gotong-royong. Malah, di kampung saya sendiri sudah mula mengambil perkhidmatan katering.
15 Comments
katering sangat memudahkan terutamnya dibandar, kadang-kadang fakor kerja buat jiran suah nak tolong masa kenduri.
Kalau dikampung tentulah kenduri gotong royong tapi kalau dibandar...elok katering ajelah.
Tak bestla kalau semua upah katering sekarang ni. Takde kerjasama antara orang2 kampung.
salah satu cara yg baik... gabungkan kedua-dua nya...
benda ni, jiran saya penah buat....
tempah katering lauk asas... pastu, tuan rumah buat lauk2 tambahan.... Jiran2 pon tolong...
meriah jugak... dan tidak terlalu penat ...
masa akak kawen dulu masih lagi buat gotong royong. Sbb kat kampung kan. Akak dah bg cdgn pada mak utk buat katering, tapi cadangan ditolak. Buat catering mcm lagi kemas, dan tak penat. Tapi mungkin org tua lain pemikiran dia. Rasa nak suasana tu kan. Lagipun takut lauk tak cukup.
Orang kg lebih suka dengan cara gotong-royong kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.
Idea jiran memang bagus.
saya ada adik beradik yang berkhawin menggunakan katering dan juga gotong royong..secara peribadinya saya lebih merindui suasana gotong royong walaupun ia agak memenatkan...hehehe
Regards,
-Strider-
mmg seronok kalau kenduri dan merewang ni, tp skrg ni kebanyakannya semua guna khidmat katering
yup dua2 ada baik dan buruknya
tapi bagi aku smuanya ikut keadaan dan situasi kewangan..
mcm kami sty kampung..memng amlkan gotong royong..
tapi sbabkan x nak mnyusahkan rg kampung sestngah tu akan
guna katering..terasnya smua ikut bajet sendiri
salam
memang ramai sekarang ini yang lebih gemar memilih katering...
Gotong -royong memerlukan kesepakatan yang kuat antara ahli masyarakat
boleh katakan hampir 100% kenduri aku pergi..memang katering sepenuhnya sebab xyah nak susah nak basuh basuh lepas kenduri..:D
Kalau ada 'pemimpin yg arif' dalam dapur, gotong royong mmg lebih best, jimat & meriah. Tapi kalau x, lebih baik katering sbb lebih teratur & org rmh pun lebih tenang.
sebab catering lebih praktis dan tetap enak rasanya
Rasanya pakai catering je kot zaman sekarang ni kan :) Hihi senang