Tiba - tiba rasa nak tulis pasal kejayaan dua artis yang berjaya mengharum nama Malaysia dalam dunia industri Muzik. Ini semua gara-gara keyword yang terdapat dalam blog ini.
Satu nama yang cukup besar dalam industri muzik pada masa dulu sehingga kini tidak siapa mampu menganggu gugat takhta penyanyi no 1 Malaysia iaitu siti Nurhaliza. Satu lagi bintang yang semakin meningkat naik di Malaysia malah di Cina iaitu Shila Amzah.
Mampukah Shila Amzah Menandingi Siti Nurhaliza?
Mereka berdua mempunyai aura, karakter serta kelebihan yang tersendiri dalam dunia Muzik. Kalau hendak dibandingkan dengan kejayaan yang dimiliki dalam industri muzik Malaysia, sudah pastinya siti nurhaliza mendahului Shila Amzah.
![]() |
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Dengan kelembutan dan kelunakan suaranya itu mampu membuatkan rakyat Malaysia tertarik dengan persembahannya sehingga bergema di dewan Royal Albert, London dan menerima banyak jemputan dari luar negara seperti Cina, Jepun, Indonesia, brunei dan Singapura walaupun beliau tidak fasih dalam bahasa Inggeris.
Lain pula dengan Penyanyi Shila Amzah yang fasih dalam bahasa Inggeris dan cina sehingga berjaya mencipta nama yang cukup luar biasa di negara Cina dengan kemenangannya melalui program Asian Wave. Shila Amzah menumpukan kerjayanya di Cina sama situasinya dengan Penyanyi Yuna yang mengambil pendekatan dengan berhijrah ke US untuk meneruskan karyanya untuk mencapai status yang lebih tinggi.
Pada pendapat saya sendiri, Shila Amzah kurang mampu menandingi kehebatan Siti Nurhaliza atas beberapa sebab. Antaranya ialah kurang menghasilkan album, banyak menyanyikan lagu penyanyi lain yang mungkin boleh menjejaskan statusnya dan banyak lagi.
Memang di akui nyanyian memang menarik dan unik tapi rugilah kalau tidak digunakan bakatnya dengan sebaik mungkin. Saya perhatikan, shila popular atas dasar program pertandingan yang disertainya serta lagu yang dinyanyikan dengan cara tersendiri dari penyanyi lain dari cina dan bukan lagunya sendiri.
Lagu untuk cover dari lagu inggeris pun tidak kurang hebatnya, lagi hebat jika shila mampu membawa satu lagu inggerisnya sendiri. Siapa tahu lagi hebat dari Yuna. :)
Apa pun, saya rasa populariti yang dicapainya mungkin hanya bersifat sementara dan kerana itulah shila perlu mencipta lagu yang mampu memberi kesan kepada peminat di Cina dan juga Malaysia seperti lagu Patah Seribu tidak kiralah dalam bahasa Melayu mahupun Cina.
Saya rasa untuk kategori penyanyi Wanita Paling Popular yang akan di adakan tidak lama lagi pasti akan jatuh kepada Shila Amzah. Itu sahaja pendapat saya takut kalau tulis lebih ada pula yang menghentam.
42 Comments
Bab suara jer saya lebihkan siti..hehe..
Kedua-duanya sama hebat dan pernah menempa nama di peringkat antarabangsa.. Cuma yang membezakan, mungkin dari segi pengalaman... ;)
Buat masa ni nampaknya Siti masih mendahului..
Siti otai bro... Tiada tandingan... Hahahahahhahaha :)
Kita pun rasa Shiela belum boleh menandingi aura siti coz peminat siti dari budak kecil sampai makcik-makcik..shiela walau berjaya di china tapi masih kurang berpengaruh di dalam negara. Nway she's a good singer. masih jauh perjalanan dia..
Kurang berpengaruh dalam Negara kerana banyak mengadakan program di Cina. Bukan senang nak menyelam sambil minum air.
Memang otai sukar nampak kesilapan ketika menyanyi. Tak dapat dinafikan. :)
Yap, siti masih mendahului tapi bila siti sudah berundur atau tidak ada mungkin sukar mencari penyanyi sehebat dia.
Yap betul, Pengalaman yang penting dan fasih dalam bahasa asing satu kelebihan.
suara dia memang dah mantap. :)
Dari segi bakat, Shila Amzah dan Siti Nurhaliza ada keunikan masing-masing. Cuma Shila tak boleh beat imej innocent dan zuhud Siti pada awal kemunculan beliau selepas menang Bintang RTM dulu.
Adehh, kawe ketinggalan zaman lak. Minat Sheila Majid.. he he.. Sinaran...
saya tak minat dua-dua..hehehe..saya minat dengan saloma..hahaha
Dua2 unik, tapi dari segi suara, bagi saya Siti lebih banyak. Boleh bersuara tinggi, boleh bawa lagu2 asli yang tak ramai penyanyi boleh.
Dan saya rasakan imej Siti lebih bersih pada zaman muda, xde aksi cintan cintun melampau.
Both diuruskan oleh keluarga yang mahir bidang seni, lucky for them.
Boleh lah. lg sedap shila hamzah!
shila amzah hebat jugak....boleh ckp cina lg...
Shila ada kekuatan dia sndr..kalo dia trus bersikap humble mcm skng ni, insyaAllah dia boleh pegi lebih jauh..
cc: Shila Amzah
Siti lagi sedap suara...hehe
suka suara mereka best harap mereka akan kelak arena pentas masing-masing
Kalau ikutkan pengalaman dato' siti belum boleh dikalahkan oleh semua pop singer malaysia,lain hal kalau rock.
tahun lepas kategori penyanyi wanita popular jatuh kat shila amzah.....
kedua-duanya sama hebat, tapi dari segi pengalaman, dato' siti lebih lagi, shila masih baru lagi, have time to improve lg :)
Banyak benda yang perlu diperbaiki untuk SHila. Ada potensi untuk maju ke hadapan.
Tahun ni dia mungkin dapat lagi
Ella still ratu rock. :)
Saya harap suatu hari nanti ada persembahan bersama Yuna, shila dan Siti nurhaliza.
Memang tak dapat disangkan dengan vokal siti.
itu satu kelebihan pada shila yang fasih lebih dari satu bahasa.
Setiap orang ada pandangan masing-masing. Saya pun suka dengan suara shila.
Betul juga tu, siti boleh bawa mana-mana lagu dengan cara tersendiri termasuk lagu tradisional.
Pergh, klasik benar ni. haha
Dua2 ada kelebihan masing2 tapi setakat nie Siti masih mendahului..peringkat umur ramai meminati Siti hehe......suara boleh tahan.
shila amzah kena banyak belajar lagi... lagu baru diperlukan..
Banyak lagi yang perlu dipelajari. Lagu baru pun still tak ada lagi.
Walaupun siti dah meningkat umur tapi still suara masih sedap walaupun tak boleh nak tarik tinggi sangat seperti zaman muda dia dahulu.
maklumlah..tapi siapa saloma tu ? hahaha
ni dah kena pergi hospital gila..hahaha
secara keseluruhan.
Siti.
Imej lebih bersih. Lebih kaya. Lebih cantik. Lebih sopan sikit.
saya minat zaiton sameon
bagi saya, shila ada potensi.. tapi rasanya siti tetap tak dapat ditandingi... hehe
Saya bukan peminat fanatik, tapi dua2 saya suka. Ada personaliti tersendiri
CT nyanyieee,,lgu Tamil,fuuuhhh, Terbaik ,..