√ Mampukah Shila Amzah Menandingi Siti Nurhaliza? - Adarain

Mampukah Shila Amzah Menandingi Siti Nurhaliza?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Tiba - tiba rasa nak tulis pasal kejayaan dua artis yang berjaya mengharum nama Malaysia dalam dunia industri Muzik. Ini semua gara-gara keyword yang terdapat dalam blog ini.

Satu nama yang cukup besar dalam industri muzik pada masa dulu sehingga kini tidak siapa mampu menganggu gugat takhta penyanyi no 1 Malaysia iaitu siti Nurhaliza.  Satu lagi bintang yang semakin meningkat naik di Malaysia malah di Cina iaitu Shila Amzah.

Mampukah Shila Amzah Menandingi Siti Nurhaliza?


Mereka berdua mempunyai aura, karakter serta kelebihan yang tersendiri dalam dunia Muzik. Kalau hendak dibandingkan dengan kejayaan yang dimiliki dalam industri muzik Malaysia, sudah pastinya siti nurhaliza mendahului Shila Amzah.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Banyak anugerah yang diterima oleh siti Nurhaliza pada suatu masa dulu sehingga tercatat dalam Malaysia Books of record yang sehingga sekarang tiada mampu menandingi bilangan anugerah yang beliau dapat.

Dengan kelembutan dan kelunakan suaranya itu mampu membuatkan rakyat Malaysia tertarik dengan persembahannya sehingga bergema di dewan Royal Albert, London dan menerima banyak jemputan dari luar negara seperti Cina, Jepun, Indonesia, brunei dan Singapura walaupun beliau tidak fasih dalam bahasa Inggeris.

Lain pula dengan Penyanyi Shila Amzah yang fasih dalam bahasa Inggeris dan cina sehingga berjaya mencipta nama yang cukup luar biasa di negara Cina dengan kemenangannya melalui program Asian Wave. Shila Amzah menumpukan kerjayanya di Cina sama situasinya dengan Penyanyi Yuna yang mengambil pendekatan dengan berhijrah ke US untuk meneruskan karyanya untuk mencapai status yang lebih tinggi.

Pada pendapat saya sendiri, Shila Amzah kurang mampu menandingi kehebatan Siti Nurhaliza atas beberapa sebab. Antaranya ialah kurang menghasilkan album, banyak menyanyikan lagu penyanyi lain yang mungkin boleh menjejaskan statusnya dan banyak lagi.

Memang di akui nyanyian memang menarik dan unik tapi rugilah kalau tidak digunakan bakatnya dengan sebaik mungkin. Saya perhatikan, shila popular atas dasar program pertandingan yang disertainya serta lagu yang dinyanyikan dengan cara tersendiri dari penyanyi lain dari cina dan bukan lagunya sendiri.

Lagu untuk cover dari lagu inggeris pun tidak kurang hebatnya, lagi hebat jika shila mampu membawa satu lagu inggerisnya sendiri. Siapa tahu lagi hebat dari Yuna. :)

Apa pun, saya rasa populariti yang dicapainya mungkin hanya bersifat sementara dan kerana itulah shila perlu mencipta lagu yang mampu memberi kesan kepada peminat di Cina dan juga Malaysia seperti lagu Patah Seribu tidak kiralah dalam bahasa Melayu mahupun Cina.

Saya rasa untuk kategori penyanyi Wanita Paling Popular yang akan di adakan tidak lama lagi pasti akan jatuh kepada Shila Amzah.  Itu sahaja pendapat saya takut kalau tulis lebih ada pula yang menghentam.

Get notifications from this blog

42 comments

  1. Bab suara jer saya lebihkan siti..hehe..

    ReplyDelete
  2. Kedua-duanya sama hebat dan pernah menempa nama di peringkat antarabangsa.. Cuma yang membezakan, mungkin dari segi pengalaman... ;)

    ReplyDelete
  3. Buat masa ni nampaknya Siti masih mendahului..

    ReplyDelete
  4. Siti otai bro... Tiada tandingan... Hahahahahhahaha :)

    ReplyDelete
  5. Kita pun rasa Shiela belum boleh menandingi aura siti coz peminat siti dari budak kecil sampai makcik-makcik..shiela walau berjaya di china tapi masih kurang berpengaruh di dalam negara. Nway she's a good singer. masih jauh perjalanan dia..

    ReplyDelete
  6. Kurang berpengaruh dalam Negara kerana banyak mengadakan program di Cina. Bukan senang nak menyelam sambil minum air.

    ReplyDelete
  7. Memang otai sukar nampak kesilapan ketika menyanyi. Tak dapat dinafikan. :)

    ReplyDelete
  8. Yap, siti masih mendahului tapi bila siti sudah berundur atau tidak ada mungkin sukar mencari penyanyi sehebat dia.

    ReplyDelete
  9. Yap betul, Pengalaman yang penting dan fasih dalam bahasa asing satu kelebihan.

    ReplyDelete
  10. suara dia memang dah mantap. :)

    ReplyDelete
  11. Dari segi bakat, Shila Amzah dan Siti Nurhaliza ada keunikan masing-masing. Cuma Shila tak boleh beat imej innocent dan zuhud Siti pada awal kemunculan beliau selepas menang Bintang RTM dulu.

    ReplyDelete
  12. Adehh, kawe ketinggalan zaman lak. Minat Sheila Majid.. he he.. Sinaran...

    ReplyDelete
  13. saya tak minat dua-dua..hehehe..saya minat dengan saloma..hahaha

    ReplyDelete
  14. Dua2 unik, tapi dari segi suara, bagi saya Siti lebih banyak. Boleh bersuara tinggi, boleh bawa lagu2 asli yang tak ramai penyanyi boleh.

    Dan saya rasakan imej Siti lebih bersih pada zaman muda, xde aksi cintan cintun melampau.

    Both diuruskan oleh keluarga yang mahir bidang seni, lucky for them.

    ReplyDelete
  15. Boleh lah. lg sedap shila hamzah!

    ReplyDelete
  16. shila amzah hebat jugak....boleh ckp cina lg...

    ReplyDelete
  17. Shila ada kekuatan dia sndr..kalo dia trus bersikap humble mcm skng ni, insyaAllah dia boleh pegi lebih jauh..

    cc: Shila Amzah

    ReplyDelete
  18. Siti lagi sedap suara...hehe

    ReplyDelete
  19. suka suara mereka best harap mereka akan kelak arena pentas masing-masing

    ReplyDelete
  20. Kalau ikutkan pengalaman dato' siti belum boleh dikalahkan oleh semua pop singer malaysia,lain hal kalau rock.

    ReplyDelete
  21. tahun lepas kategori penyanyi wanita popular jatuh kat shila amzah.....

    ReplyDelete
  22. kedua-duanya sama hebat, tapi dari segi pengalaman, dato' siti lebih lagi, shila masih baru lagi, have time to improve lg :)

    ReplyDelete
  23. Banyak benda yang perlu diperbaiki untuk SHila. Ada potensi untuk maju ke hadapan.

    ReplyDelete
  24. Tahun ni dia mungkin dapat lagi

    ReplyDelete
  25. Saya harap suatu hari nanti ada persembahan bersama Yuna, shila dan Siti nurhaliza.

    ReplyDelete
  26. Memang tak dapat disangkan dengan vokal siti.

    ReplyDelete
  27. itu satu kelebihan pada shila yang fasih lebih dari satu bahasa.

    ReplyDelete
  28. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Saya pun suka dengan suara shila.

    ReplyDelete
  29. Betul juga tu, siti boleh bawa mana-mana lagu dengan cara tersendiri termasuk lagu tradisional.

    ReplyDelete
  30. Pergh, klasik benar ni. haha

    ReplyDelete
  31. Dua2 ada kelebihan masing2 tapi setakat nie Siti masih mendahului..peringkat umur ramai meminati Siti hehe......suara boleh tahan.

    ReplyDelete
  32. shila amzah kena banyak belajar lagi... lagu baru diperlukan..

    ReplyDelete
  33. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Lagu baru pun still tak ada lagi.

    ReplyDelete
  34. Walaupun siti dah meningkat umur tapi still suara masih sedap walaupun tak boleh nak tarik tinggi sangat seperti zaman muda dia dahulu.

    ReplyDelete
  35. maklumlah..tapi siapa saloma tu ? hahaha

    ReplyDelete
  36. ni dah kena pergi hospital gila..hahaha

    ReplyDelete
  37. secara keseluruhan.

    Siti.

    Imej lebih bersih. Lebih kaya. Lebih cantik. Lebih sopan sikit.

    ReplyDelete
  38. saya minat zaiton sameon

    ReplyDelete
  39. bagi saya, shila ada potensi.. tapi rasanya siti tetap tak dapat ditandingi... hehe

    ReplyDelete
  40. Saya bukan peminat fanatik, tapi dua2 saya suka. Ada personaliti tersendiri

    ReplyDelete
  41. CT nyanyieee,,lgu Tamil,fuuuhhh, Terbaik ,..

    ReplyDelete