√ Panda Sudah Sampai Malaysia - Adarain

Panda Sudah Sampai Malaysia

Akhirnya, dua panda yang dinanti-nantikan sudah sampai di Malaysia pada 21 Mei 2014 yang lalu dengan melalui penerbangan MAS kargo.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Panda yang dinantikan bukanlah menjadi hak milik kekal kepada Malaysia tetapi sebagai pinjaman kepada kerajaan Cina terhadap Malaysia bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Cina dan Malaysia serta menjadi simbol kepada keakraban bersama dua negara sejak tahun 1974.

Di sebalik peminjaman panda, terselit beberapa syarat yang dikenakan terhadap Malaysia dari segi tempoh dan bayaran tahunan. Tempoh yang diberikan ialah selama 10 tahun dan setiap tahun kerajaan Malaysia dikehendaki membayar 1USD (RM 3 Juta) terhadap Kerajaan cina setiap tahun.

Pinjam Panda Jadi Untung ke Membazir?


Perjanjian yang telah dibuat beberapa tahun yang dahulu mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia termasuk pembangkang dan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia kerana dikatakan membazir.

Ini kerana mereka berpendapat ada baiknya memberikan keutamaan kepada perlindungan haiwan-haiwan liar yang lain di Malaysia seperti menaik taraf tempat perlindungan haiwan dan sebagainya.

Bayangkan, penempatan panda sahaja sudah mencecah RM25 juta belum campur lagi jika panda tersebut membiak. Kos yang dikenakan jika membiak ialah sebanyak RM 2 juta dan dibenarkan membela sehingga 2 tahun kemudian dihantar pulang kepada kerajaan Cina.  Bagaimana pula jika Panda mati?

Secara hakikatnya, tidak dapat dijangka sama ada kedatangan Panda ke Malaysia menjadi satu keuntungan atau pembaziran. Ini merupakan satu tindakan berani oleh kerajaan Malaysia untuk memelihara Fu Wa dan Feng Yi di zoo Malaysia yang berlainan situasi dengan Cina.

Tidak dapat dinafikan, bahawa haiwan ini akan menjadi tarikan utama kepada pengunjung bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara bagi melihat haiwan comel ini dengan secara dekat.

Caj pembayaran untuk melihat panda ialah:
  • RM20 untuk dewasa

  • RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Geram dengan Panda


Siapa tak geram tengok panda? Sudahlah comel di tambah pula dengan gelagatnya yang mencuit hati. Comelnya tak ubah seperti kucing. Tak tahu sempat ke tidak untuk tempoh 10 tahun untuk melihat panda dengan lebih dekat. Zoo negara pun sekali je pernah jejak itupun sempena aktiviti sukarelawan ajuran persatuan universiti pada masa dulu.

Selepas ini, kalau ada bajet mohon bawa masuk paus pembunuh yang warnanya lebih kurang sama dengan Panda :)

Get notifications from this blog

28 comments

  1. "Selepas ini, kalau ada bajet mohon bawa masuk paus pembunuh yang warnanya lebih kurang sama dengan Panda". Terbaiklah yang ni..he..he

    ReplyDelete
  2. aiyoyoyo! yyyy so cute >,< tapi kan bila difikirkan balik, macam tak sesuai aje panda ngan cuaca di mesia ni. hehe

    ReplyDelete
  3. untuk jangka masa panjang, aku yakin boleh untung.

    ReplyDelete
  4. panda siap dapat layanan vip walaupun dia pendatang. kesian kat tapir. dia pun terancam jugak, tapi x pernah dapat layanan vip macam tu..

    ReplyDelete
  5. buat perkara yang boleh beri keuntungan, mestilah bagus. dah boleh tengok panda kat malaysia.

    ReplyDelete
  6. Soal untung atau rugi should not be prime consideration. Bagi kawe better kerajaan buat projek sebegini utk bantu naikkan nama dan keuntungan Zoo dari pump duit subsidi utk maintain Zoo. Dalam bisnes pun ada perlukan investment kan. Blogging pun.. paid hosting misalnya :D

    ReplyDelete
  7. Jadi harga tiket tu berasingan dengan harga tiket masuk ke Zoo?

    ReplyDelete
  8. sebenarnya ada pro and cons bila cerita pasal panda ini..bagi aku, kalau kita ada dana lebih, elok laa kita gunakan utk pelihara species haiwan tempatan yg hampir pupus...but at the end kedatangan panda ini sebenarnya hanyalah satu bisnes...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Kalau tidak silap saya, tiket masuk berasingan.

    ReplyDelete
  10. Memang tak sesuai, tu sebab Malaysia buat penempatan khas untuk Panda bernilai RM25juta.

    ReplyDelete
  11. hehe, cadangan je, paus tu pun teringin juga nak tengok dekat-dekat. comel pun ada. :)

    ReplyDelete
  12. Nak buat macam mana, haha, bukan manusia je haiwan pun ada 'kelas'nya juga.

    ReplyDelete
  13. Kalau ada rezeki dan masa boleh tengok panda dengan lebih dekat. :)

    ReplyDelete
  14. Apa yang dibuat kerajaan diharap dapat memberi pendapatan lebih kepada Malaysia. Bukan sekadar dapat melihat panda.

    ReplyDelete
  15. I believe what you posted was actually very reasonable. But, consider this, suppose you
    wrote a catchier title? I am not saying your information is not solid., however suppose you added something that makes
    people desire more? I mean Panda Sudah Sampai Malaysia is a little plain. You ought
    to peek at Yahoo's home page and watch how they create article headlines to grab people to open the
    links. You might add a video or a related picture or two to grab readers interested about everything've
    got to say. Just my opinion, it could make your posts a little bit more interesting.

    ReplyDelete
  16. Sisi baiknya bagi orang miskin macam saya,tak perlu pergi CHINA kalau nak tengok panda.

    ReplyDelete
  17. I have fun with, cause I found just what I was taking
    a look for. You've ended my 4 day lengthy hunt! God Bless you man. Have a nice day.
    Bye

    ReplyDelete
  18. aku x follow sangat isu ni, nampak trending jer kat FB pasal panda, owh rupanya pasal ni, thanks dengan info ni bro

    ReplyDelete
  19. ini adalah pelan masa panjang.. bukan pasal untung ke tak.. kemanusian.. untuk tatapan generasi akan datang.. kita tak tahu panda boleh hidup lagi masa akan datang..bilangan semakin berkurangan..

    ReplyDelete
  20. panda ni sungguh comel dan mampu menarik ramai pengunjung melihatnya,mesti membawa keuntungan pada masa akan datang

    ReplyDelete
  21. ermm.. rasa mcm merugikan malaysia je smpai bayar 3 juta. jumlah tu pun dh boleh tlg rakyat. kalau panda tu dpt tarik byk pelancong mungkin ada juga untungnya.

    ReplyDelete
  22. Rasa macam nak pergi tengok Panda je.

    ReplyDelete
  23. anggap jela kerajaan kesian dengan rakyat Malaysia yg tak pernah tgk Panda -__-''

    ReplyDelete
  24. bukan kerajaan je rakyat pun mungkin. :0

    ReplyDelete
  25. pergh.. 25 juta tu kos penempatan..
    semoga dapat merancakkan lagi industri pelancungan negara..

    ReplyDelete
  26. Saya tak berapa minat panda2 ni.. sukalah tengok klu ada dokumentari kat tv tu, tp klu semata-mata nak pergi zoo sbb nak tengok panda mmg tak lah.. :D

    ReplyDelete
  27. Emm bila lah nak pergi tengok ini panda ni..mesti best tengok depan mata sendiri..hehe

    ReplyDelete