√ Status Coklat Cadbury Didapati Mengandungi DNA Babi - Adarain

Status Coklat Cadbury Didapati Mengandungi DNA Babi

Pada sabtu lepas (24 Mei 2014), kita telah dikejutkan dengan berita berkenaan dengan jenama coklat yang popular di Malaysia iaitu Cadbury yang didapati mengandungi DNA babi hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Coklat Cadbury Susu dengan Kacang hazel dikesan mengandungi DNA Babi

Siapa yang tidak terkejut dengan berita seumpama ini kerana coklat Cadbury sememangnya adalah pilihan coklat utama rakyat Malaysia kerana rasa yang sedap dan nampak eksklusif. Tidak di sangka disebalik kesedapan coklat tersebut mengandungi DNA babi.

Bagaimana Boleh Wujud DNA Babi Dalam Coklat Cadbury


Tertanya-tanya bagaimana boleh timbul DNA babi dalam coklat cadbury. Apakah sebelum ini KKM dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) tidak menjalankan tanggungjawab dengan telus dalam pemeriksaan kandungan coklat.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Kemungkinan lain, adakah Syarikat Cadbury sengaja melanggar kod dan akta dengan meletakkan DNA Babi ke dalam Coklat Cadbury. Sudah berapa lama agaknya DNA babi ada dalam coklat Cadbury? Timbul persoalan bertalu-talu di minda dan memerlukan syarikat Cadbury menjawab dengan segera.

Walaupun timbul isu ini sudah beberapa hari namun syarikat Cadbury masih tidak membuat permohonan maaf atas kejadian yang berlaku.

Saya kira apa yang dilakukan oleh syarikat Cadbury adalah kurang ajar dan banyak membangkitkan kemarahan mereka yang beragama Islam. Syarikat Cadbury seolah-olah tidak menjaga sensiviti dan mempermain-mainkan dalam isu halal dan haram.

Saya tidak hairan jika syarikat ini akan mengalami kerugian teruk yang teruk hasil boikot orang ramai dan mendapat saman yang tinggi dari NGO yang lain kerana menipu.

Kesimpulan


Begitu banyak usahawan tempatan yang susah hendak mendapatkan status halal kerana pelbagai syarat yang dikenakan, bila sudah dipenuhi ada pula alasan lain yang keluar yang menyebabkan untuk mendapatkan sijil halal terbantut.

Namun, lain halnya bagi usahawan yang mempunyai produk yang cukup besar seakan-akan senang bagi mereka untuk mendapatkan status halal.

Itu baru coklat Cadbury, belum lagi coklat lain. Entah berapa banyak agaknya yang mungkin terlepas pandang.  Dan itu baru coklat, belum lagi produk makanan-makanan yang lain.

Di harap kejadian ini dapat diselesaikan dengan baik dan kita sebagai umat Islam perlu berhati-hati memilih produk makanan terutamanya dari luar negara.

Get notifications from this blog

35 comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian info.. Lepas ni memang dah tak beli dah coklat ni…

    ReplyDelete
  2. ish, dah lah cadbury ni coklat favourite. hahahaha! take time jugaklah nak kena terima berita macam ni.

    ReplyDelete
  3. Seriau nak makan cadbury lepas ni. huhu

    ReplyDelete
  4. Banyak pilihan coklat lain yang mungkin lagi sedap ini.

    ReplyDelete
  5. Memang seriau bila fikir coklat ni. entah dah berapa banyak yang dah makan coklat ni.

    ReplyDelete
  6. Lepas ni mmg kena hati2 nak membeli. Tak kita coklat atau apa2 pun.

    ReplyDelete
  7. citarasa asli katanya sabarlah hati...sakit jiwa bila ingatkan

    ReplyDelete
  8. saya naik muak dengar bab tak halal ini.rasa tak semua benda dalam malaysia halalkan. bijak memilih

    ReplyDelete
  9. Sedih, marah dan kecewa...tertanya-tanya kenapa dia orang buat macm tu ya? Sedangkan dia tau produk cadbury ni mendapat sokongan yang begitu kuat dari penduduk Malaysia..yang sudah semestinya ramai muslim..Hmmm..

    ReplyDelete
  10. Apabila ianya berlogo hahal sudah pasti tiada keraguan status halalnya tapi bila tertipu begini... Sudah pasti timbul keraguan. Namun keyakinan masih ada...pihak Jakim tidak sewenang2nya nak melabelkan logo halal ini kerana mereka akan tanggung segalanya diakhirat kelak. Mungkin ini adalah penipuan dari pihak Cadbury.

    ReplyDelete
  11. Banyak dah makanan yang susah nak percaya. Semua tulis halal tapi banyak tidak. Badan yang berkenaan pun tak buat kerja, bila dah byk complain baru sibuk.

    ReplyDelete
  12. Seeloknya beli barangan tempatan melayu.

    ReplyDelete
  13. Sakit jiwa plus nak muntah dengar tagline macam tu. hahaha

    ReplyDelete
  14. Nak buat macam mana, tunggu sahaja penjelasan dari mereka tentang insiden macam ini.

    ReplyDelete
  15. kalau ada logo Halal, sudah pasti halal. Tapi bila ditemui ada dna yang tidak sepatutnya seolah-olah mengambil mudah tentang halal dan haram. Apa pun, kita kena lihat perkembangan terkini dari beberapa pihak terutamanya dari pihak cadbury.

    ReplyDelete
  16. Kita lihat sahaja badan-badan mengatasi masalah macam ni.

    ReplyDelete
  17. Mungkin juga ada pihak ketiga yang sabotaj mereka..kemungkinan tu ada kan?..tapi itula, sebagai umat Islam, bila dah keluar berita macam ni..kita kena beringat je. yang mana tak menepati hukum agama, kita tinggalkan. :)

    ReplyDelete
  18. Kemungkinan itu memang ada yang penting kita lihat sahaja penjelasan dari pihak sana tentang Isu. Semoga perkara ini tidak berulang kembali.

    ReplyDelete
  19. CADBURY TELAH MEMBUAT SATU KESALAHAN BESAR BUAT RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM.. HARUS MEMOHON MAAF!! DAN KITA SELAKU PENGGUNA, GUNAKANLAH KUASA KITA SEBAGAI PEMBELI UNTUK TERUS TIDAK MEMBELI PRODUK CADBURY SEBAGAI PENGAJARAN BAGI MEREKA.. SILAP-SILAP,BOLEH BUNGKUS CADBURY KAT MALAYSIA..

    ReplyDelete
  20. Sekarang semua benda yang tak dijangka dah mula timbul keraguan. Sejak kes Cadbury ni macam-macam makanan lain yang mula disyaki..

    ReplyDelete
  21. seharusnya pemerintah memantau makanan yang ada di pasaran

    ReplyDelete
  22. Sebahagian makanan dah kena tempias. Kena berhati-hati selalu.

    ReplyDelete
  23. sekarang ni kalau produk non muslim memang was2 je nak makan..entah apa la yang dimasuk kan nya..

    ReplyDelete
  24. Emm mujurlah tak berapa gemar coklat cadbury ni..hehe

    ReplyDelete
  25. Tak boleh melatah sangat dalam hal ni. Yg ada dalam kandungan cadbury tu cuma DNA sahaja. Plus, dalam Islam pun kalau kita tidak sedar, tak mengapa. Cadbury tu ada logo HALAL.. dan sentiasa di pantau pembuatannya oleh JAKIM. Kes ini cuma isolated sahaja.

    Kalau mahu strict sangat, air yang kta minum pun silap2 ada DNA babi juga sebab kebanyakkan kawasan tadahan air adalah sungai-sungai yang ada pontential di cemari dengan daging babi.

    Yg penting, janganlah kita makan kat tempat2 yg ketahui tidak halal atau beli coklat import kat kedai 'duty free'. Tu kira sengaja.. haram ler.. :D

    ReplyDelete
  26. bagus lembaga pengawasan makanan,bisa mendeteksi kandungan babi di cokelat itu

    ReplyDelete
  27. Nak kata tak pernah makan ,taku pernah makan pulak - seingatnya jarang kot makan coklat jenama ne. Memang kes naya

    ReplyDelete
  28. Isu coklat cadbury nie memang dah menular.
    Sebab cadbury memang pilihan utama penguna malaysia.
    Harga pun berpatutan...dik bukan isu nie dah dijawab oleh pihak jakim ke?
    Cik akak ada tengok dalam berita.
    Tapi tak tahu status kebenaran lagi.

    ReplyDelete
  29. Saya daripada kecil tak makan cadbury sebab dari kecil dah diberitahu...

    ReplyDelete
  30. Saya jadi tidak faham kenapa JAKIM kata cadbury boleh makan pula

    ReplyDelete
  31. Apapun, kalau rasa was-was, tak payah makan. Ada banyak lagi pilihan coklat lain.

    ReplyDelete
  32. Isu ni dah dijawab oleh pihak JAKIM, post ni ditulis sebelum ulasan dari pihak JAKIM.

    ReplyDelete
  33. Aku pernah makan tapi dah lupa bila last makan, selalu banyak makan coklat kitkat je.

    ReplyDelete