√ Cara Mengatasi Jerawat Pada Badan - Adarain

Cara Mengatasi Jerawat Pada Badan

Apabila meningkat remaja perkara yang mungkin menakutkan ialah jerawat. Tidak kiralah jerawat pada muka mahupun pada anggota badan ianya tetap buruk pada penglihatan kita. Tiada di antara kita yang suka pada jerawat malah seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri daripada jerawat.


Jerawat boleh menghilangkan keyakinan untuk berhadapan di khalayak ramai terutamanya terhadap rakan-rakan yang mungkin menyindir keadaan muka yang berjerawat.


Jerawat boleh berlaku atas beberapa faktor seperti pemakanan, suasana dan kulit sensitif.  Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Semuanya bergantung kepada usaha anda untuk mencari produk yang benar-benar sesuai dengan kulit muka.


Produk yang mahal tidak semestinya menjamin keberkesanan yang bagus pada kulit muka malah sebahagian produk tempatan yang murah dan berpatutan  juga mampu memberikan kesan yang terbaik.



Cara Mengatasi Jerawat Pada Badan


Tetapi apa yang aku ingin fokuskan di sini ialah isu berkenaan dengan jerawat pada badan dan bagaimana cara mengatasi jerawat pada badan. Ini kerana saya mengalami jerawat pada badan termasuk bahu suatu ketika dahulu dan sekarang jerawat sudah hilang dari badan dengan penggunaan beberapa produk yang telah digunakan.


Jerawat pada badan agak sukar sembuh dan hilang ditambah pula dengan keadaan kulit badan yang agak sedikit tebal berbanding dengan muka.  Walaupun jerawat pada badan tidak nampak dilihat oleh rakan-rakan lain akan tetapi mengganggu hubungan intim bersama suami isteri nanti. Untuk beberapa faktor jerawat pada badan, boleh lihat pada laman ini duniafarisya.




[caption id="attachment_2282" align="aligncenter" width="700"]Cara Mengatasi Jerawat Pada Badan sumber gambar dari http://beautywithconfidence.blogspot.com[/caption]

Berikut adalah 2 jenama produk yang digunakan.




  • JF Skin Solutions / Dettol Antibacteria

  • Oxy Cover & Oxy 10


[caption id="attachment_2283" align="aligncenter" width="700"]beautywithconfidence.blogspot.com sumber gambar dari google.com[/caption]

Cara Penggunaan


Cara penggunaan JF Skin Solution senang sahaja kerana JF skin Solution sama sahaja seperti sabun buku mandi yang lain cuma fungsinya yang berlainan iaitu menghapuskan jerawat. Apabila menggunakan sabun buku tersebut, pastikan sental badan anda dengan penyental lembut untuk menghindarkan kotor-kotor yang degil pada badan anda.


Selesai mandi, keringkan badan dan sapukan Oxy Cover pada jerawat badan anda. Pada belah petang selesai mandi sapukan Oxy 10.


Mampu memberikan kesan yang positif dalam masa seminggu mengikut pengalaman menggunakan produk ini secara konsisten. Harga ke semua produk tersebut pula tidak sampai RM50 dan menjimatkan. Produk-produk tersebut boleh didapati di kedai farmasi seperti Watson dan Guardian.



Guna bahan Aktif anti-Bakteria


Selain itu, anda boleh menggunakan shower gel yang mengandungi bahan aktif anti-bakteria. Sekarang ada banyak dipasaran seperti Dettol, lifebuoy serta Protex.


Serta anda juga boleh menggunakan garam bukit pada badan yang berjerawat. Caranya ialah lumurkan garam bukit (boleh juga campurkan air dengan garam bukit baru lumurkan) pada badan yang berjerawat kemudian tinggalkan beberapa minat. Selepas itu baru bilas dengan air biasa.


Alternatif lain pula selepas mandi cuba guna gel  jeju Aloe vera dan sapukan pada badan dan biarkan. Fungsi bagi meredakan jerawat dan keringkan jerawat.

Tidak Berkesan


Seandainya produk-produk yang disebut tidak memberi kesan yang memberangsangkan, seeloknya berjumpalah dengan Dr. pakar kulit berkenaan dengan badan berjerawat. Ini kerana Dr pakar kulit lebih tahu apa masalah sebenar yang dialami. Sekurang-kurangnya mampu mencegah dari merebak dengan lebih teruk lagi.

Get notifications from this blog

28 comments

  1. Betul tu bro. Memang susah nak hilangkan jerawat dekat badan ni. Seksa.

    ReplyDelete
  2. Jearawat dibadan ni salah satu symptom toxic kot...

    ReplyDelete
  3. Dulu masa bujang macam senang tumbuh jerawat , tapi sekarang ni macam dah tak perasan hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak lah mahal sangat produk tu, boleh dipertimbangkan..

    ReplyDelete
  5. AKU JARANG ADA JERAWAT KAT BADAN.. KAT MUKA PON SEKALI SEKALA JE ADA.. KALAU TUMBUH, PICIT JE.. :)

    ReplyDelete
  6. Biasanya, ramai yang fikir tentang jerawat pada muka..jarang fikir jerawat pada badan. terima kasih perkongsian ini

    ReplyDelete
  7. aku byk jerawat kat belakang ni...boleh try

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, walaupun aku ade masalah jerawat sikit tapi tak laa teruk sangat...anyway, thanks for the tips bro....berguna gak satu hari nanti nih.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Bolehlah cuba mana tahu berkesan. :)

    ReplyDelete
  10. dulu masa sekolah menengah rajin guna oxy 5 dan 10 nie..

    ReplyDelete
  11. Zaman remaja dulu beberapa kali try Oxy..Memang tak berkesan mana...

    ReplyDelete
  12. boleh syorakan pada mom nanti..

    ReplyDelete
  13. Duduk kat asrama memang mudah jerawat badan naik. Lagi satu, faktor kebersihan persekitaran juga memainkan peranan terhadap jerawat badan ni.

    ReplyDelete
  14. Duduk asrama memang mudah terkena jerawat. Tuala yang jarang dibasuh, cadar yang tidak dicuci dan sebagainya mudah terkena bagi kulit sensitif.

    ReplyDelete
  15. Sesetengah orang mungkin berkesan dan ada yang tidak. Bergantung kepada produk terhadap kulit.

    ReplyDelete
  16. Jerawat memang menyakitkan kan encik Bahrain?. Kalo saya, stress atau tak cukup tidur, naikle jerawat. Yg halus plak tu kat muka. Sabar je la...

    ReplyDelete
  17. Memang menyakitkan dan boleh jadi stress. time tu selalu fikir kalaulah boleh jerawat boleh hilang 1 hari. haha

    ReplyDelete
  18. dah lama rasanya tak kena jerawat. haha..

    ReplyDelete
  19. Wahh..baguslah tips ni..lepas ni boleh cuba.. Katakan tidak pada jerawat! xD

    ReplyDelete
  20. Pendapat sy jerawat ni dtg dr dlm..jd cara merawatya perlulah dr dalam juga..bak kate omputeh beautiful inside out

    ReplyDelete
  21. wah~ gaya macam pakar psikologilah. hehehe ;)

    ReplyDelete
  22. Lama2 tak rawat jerawat badan ni nanti tinggal parut, berbintat2 nampak kulit badan..

    ReplyDelete
  23. Saya biasanya kat muka aje..tapi jarang2 lah dia naik ha..emm sehingga ke hari ni, masih belum guna produk oxy nih..hehe

    ReplyDelete
  24. Anak sulong saya yang perempuan tumbuh jerawat kat badan dan muka. Lama jugak nak hilang. Moga dgn panduan ini boleh menghilangnya.

    ReplyDelete
  25. Jerawat memang akan sangat terasa mengganggu, apalagi kemunculannya tidak hanya di wajah saja.

    ReplyDelete