√ Hadith Palsu Menjelang Ramadhan - Adarain

Hadith Palsu Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti ramai yang tidak sabar dengan kedatangan Ramadhan yang dinantikan setiap tahun.


Jenis Puasa yang perlu diketahui


Pada setiap tahun, perkara sama yang pasti akan berlaku iaitu penyebaran hadith palsu yang disebarkan oleh orang ramai tanpa usul periksa. Perkara ini bukan sahaja berlaku apabila menjelang bulan Ramadhan sahaja, malah Rejab dan Syaaban juga turut disebarkan.


Sebagai contoh hadith palsu:




"Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.”



Hadith tersebut adalah palsu kerana  salah satu perawi yang bernama Abu Bakr An-Naqqasy sering memalsukan hadith yang tidak bersandarkan pada Nabi Muhammad S.A.W.



Hadith Palsu - Fadhilat Tarawih Pada Malam Pertama Hingga Malam Ke-30


Beberapa hari yang lepas, kebetulan pada masa itu tergerak hati untuk mendengar tazkirah sempena Ramadhan yang bakal menjelma di surau.


Apa yang mengejutkan, penceramah tersebut menceritakan tentang fadhilat Terawih pada malam pertama hingga malam ke-30 walaupun tidak semua penceramah itu berikan namun secara khusus diberikan fadhilat terawih 10 malam terakhir.




[caption id="attachment_2349" align="aligncenter" width="700"]Hadith Palsu Menjelang Ramadhan sumber gambar dari tuntunansholatsunah.wordpress.com[/caption]

Hadith berkenaan dengan fadhilat Terawih pada malam pertama hingga malam ke-30 adalah palsu dan haram untuk mempercayainya di samping itu ianya juga bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri.


Bagaimana hadith palsu boleh wujud, boleh rujuk pada hafizfirdaus.com




“Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (riwayat Imam Muslim).



Sebenarnya terdapat banyak hadis lain yang sahih daripada Nabi SAW tentang kelebihan ibadah dan kelebihan bulan Ramadhan ini sendiri. Antaranya sabda Nabi SAW,



“Abu Hurairah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah maka diampuni dosa-dosa yang telah lalu”. (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadith ini adalah sohih dan boleh dipraktikkan serta disebarkan kepada orang ramai tentang kelebihan menghidupkan malam-malam Ramadhan.


Berikut adalah perawi-perawi hadith sohih yang boleh dipercayai iaitu Imam Muslim, Imam Bukhari, Imam Ibnu Majah dan Imam Tarmizi. Ada banyak lagi tapi keempat-empat nama ini sudah cukup sinonim dan sebati dengan kita.


Untuk mengetahui maksud ringkas tentang Hadis sahih dan Maudhuk' (palsu) boleh rujuk di sini


Get notifications from this blog

28 comments

  1. nice share.. sama2 kita jaga agar x berdusta atas nama nabi..

    ReplyDelete
  2. penyebaran hadith palsu dari dulu lagi..malah ada buku-buku agama masih menyiarkan hadith palsu yang tiada dinyatakan kesahihannya!

    ReplyDelete
  3. memang hadis ni banyak diperkaratakan. dulu, tak tahu. memang tergoda jugak pi teraweh sebabkan hadis2 ni. hehehehe tapi bila dah tahu ni...cubalah untuk pergi buat ibadat semata-mata kerana Allah

    ReplyDelete
  4. lebih suka rujuk Quran itu lebih bagus.wahualam

    ReplyDelete
  5. dunia akhir zaman..terlalu ramai yg ingat jadi ustaz, penceramah...tp semua tanpa asas yg kukuh

    ReplyDelete
  6. Semuanya tidak merujuk kepada kitab dan ustaz terlebih dulu sebelum post atau bercakap tentang satu hadith.

    ReplyDelete
  7. Rujukan Utama sudah semestinya AL-Quran dan ditambah dengan Hadith sebagai pencerahan.

    ReplyDelete
  8. Ikhlaskan diri itu yang penting. ;)

    ReplyDelete
  9. Kebiasaannya buku-buku agama seperti tajuk tazkirah yang datang dari Indonesia ada menyelitkan hadith palsu pada suatu ketika dulu ketika waktu belajar dahulu. Malaysia pun tidak terkecuali tapi sudah ditarik balik dan dikemaskini dengan yang baru.

    ReplyDelete
  10. Macam manalah nak tau yang betul ngan palsu..

    ReplyDelete
  11. Banyak sungguh hadith-hadith palsu ni, kalau kita tak mengaji memang tak tahu lah mana benar dan mana palsu. Bahaya.

    ReplyDelete
  12. DULU-DULU MASA SOLAT TERAWIH KAT SURAU.. ADA JUGA BACAKAN HADITH PALSU.. SETAHUN KEMUDIAN BARU TIDAK DIBACAKAN KERAN SUDAH DIKETAHUI BAHAWA IA ADALAH PALSU..

    ReplyDelete
  13. ALHAMDULILLAH, dengan kegigihan dan usaha ulama terdahulu yang mengkaji dan mengasingkan hadith sohih dengan hadith yang palsu serta yang lain dapat memudahkan masyarakat pada masa kini tidak mudah tertipu dengan hadith palsu.

    Secara mudahnya, boleh melihat perawi yang telah dinyatakan diatas antaranya ialah imam Muslim, Imam Bukhari, Imam Ibnu Majah dan Imam Tarmizi. INSYA ALLAH, Hadith yang diriwayatkan adalah sohih.

    Sebab itu kita kena lihat latar belakang perawinya. Antara salah satu ciri-ciri perawi mestilah siqah atau jujur dan tidak pernah berbohong. Kalau berbohong, hadith tersebut boleh diragui. :)

    ReplyDelete
  14. memang bahaya kalau tidak selidik dengan betul...

    ReplyDelete
  15. ALHAMDULILLAH kalau macam tu. :)

    ReplyDelete
  16. Dekat-dekat puasa ni, memang macam-macam pendapat berkenaan fadhilat amalan sunat akan keluar. Pendapat yang disandarkan pada hadis dhaif pun akan muncul juga.

    ReplyDelete
  17. penggunaan hadits palsu biasa tanpa pengetahuan sang penceramah,ada begitu banyak hadits amalan yang palsu yang tetap di ceramahkan oleh mereka,kalau kita mampu sebaiknya di nasehati mereka,... salam

    ReplyDelete
  18. Bahaya ni...boleh rosak akidah kalau dibiarkan

    ReplyDelete
  19. Nak tegur jadi lain cerita jadinya, biasalah Imam sekarang mana boleh trima teguran dari orang muda. INSYA ALLAH, adalah yang akan beritahu mana-mana imam atau penceramah pasal hadith palsu.

    ReplyDelete
  20. Memang sangat bahaya. Kena sentiasa berjaga-jaga dengan hadith yang diragui atau tidak pernah dengar sebelum ini.

    ReplyDelete
  21. tu dia.

    macam tahun-tahun lepas. isu hadis palsu muncul lagi. hoho

    ReplyDelete
  22. yups
    dah lama dah benda tu...
    ku pernah buat entry tahun bila entah...
    ramai juga yang tak puas hati marah aku masa aku pos entry tu
    tapi dah memang benda tu hadis palsu...
    kadang2 tak faham aku orang Melayu Islam dkt malaysia nih...
    dah palsu pun nak marah2...
    hahahaha

    ReplyDelete
  23. “Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.”

    mselim3 selalu gak ustad2 yang bagi ceramah guna hadis nie... hadis yang popular. So kena berhati2 dengan hadis palsu.. insallah lebih berhati2..

    mselim3

    ReplyDelete
  24. Bahaya sekarang ni dengan penularan pelbagai hadis2 yang tak sohih kan..
    Memang kena semak betul2 la.

    ReplyDelete
  25. Memang bahaya sekarang sebab itu kalau ada hadis kena selidik dahulu sama ada sohih ataupun tidak. Takut-takut kita bawa hadis yang bukan sohih. Pahala pun tak dapat, dosa yang kita dapat.

    ReplyDelete
  26. Hadis2 palsu nie ada dalam kitab Al-Maudhuu'at (Himpunan Hadis-Hadis Palsu). Kadang2 bila dh baca hadis palsu terjadi juga campur aduk dlm bicara hukum sbb diri sendiri tiada kekuatan hafalan. Paling lawak orang yg guna hadis palsu nie utk berhujjah bila ditanya dia rujuk mana, dia jawap dgn yakinnya dlm lahjah Arab: Kitab Al-Maudhu'aat. Padahal dia tak tahu kitab tu sebenarnya kumpul hadis2 palsu, bukan hadis soheh, hasan dan dhoif.

    ReplyDelete
  27. Tu yang kita kena berhati-hati dan selidik sumber yang kita dapat.

    ReplyDelete