√ Kad VIP Watsons Kini dengan Touch 'n Go - Adarain

Kad VIP Watsons Kini dengan Touch 'n Go

Kebetulan hari ini berhajat untuk beli barang di farmasi, Watson. Selesai membeli barang terus pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran dan disapa oleh jurukaunter untuk 'upgrade' kad Watsons yang terbaru dengan kelebihan Touch 'N Go.  Sebanyak RM6 dikenakan untuk penukaran kad Watsons.

Kad VIP Watsons kini sudah berwajah baru dengan kelebihan baru bersama Touch 'n Go. Kini semakin mudah untuk pengguna Kad VIP Watsons menggunakan yang bukan sahaja boleh digunakan pada Kedai Watsons untuk mengumpul point malah boleh digunakan ketika melalui Tol Lebuh Raya, Komuter, LRT dan sebagainya. Kiranya Kad Watsons mempunyai pelbagai kemudahan.


Bukan itu sahaja, malah anda akan diberikan RM5000 vouchers dari Watsons. Gempak bukan? Salah satu voucher adalah percuma selama 5 hari berada di Celebrity Fitness Member, Voucher RM500 di Bizzy Body The Slimming Expert, percuma Terapi Mata di Men's Skin Centers, Potongan 30% tiket Legoland, Potongan 50% di Holiday Villa dan banyak lagi.

Tarikh luput Voucher adalah sehingga bulan Disember 2014. Ini salah satu tarikan utama untuk menarik orang ramai untuk mendaftar Kad VIP Watsons.

Kelebihan pada Kad VIP Watsons, pengguna dapat menikmati diskaun dari Watsons dan semakin banyak barang yang dibeli di Watsons semakin banyak ganjaran point yang diberikan serta boleh ditebus dengan barang yang diinginkan.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Bagaimana Menambah Nilai Touch 'n Go Melalui Kad VIP Watsons?


Pengguna boleh menambah nilai di mana-mana tempat yang terpilih seperti Kaunter Khidmat pelanggan di lebuh raya, stesen minyak, Stesen LRT dan sebagainya. Tiada caj yang dikenakan. Tetapi pengguna digalakkan untuk menambah nilai di mana-mana cawangan Watsons untuk mendapat ganjaran yang lebih banyak.

Pada Kad VIP Watsons ada satu pelekat di mana mengingatkan pengguna untuk membuat pendaftaran  Touch ‘n Go. Untuk melakukan pendaftaran Touch ‘n Go boleh dilakukan melalui e-Statement untuk menyemak transaksi penggunaan kad Touch 'n Go yang dilakukan.


Di antara kelebihan perkhidmatan e-Statement adalah seperti berikut:


• Perkhidmatan penyata terperinci melalui laman web.
• Boleh merujuk penyata sebarang masa, 24 jam sehari.
• Boleh dicetak sendiri oleh pelanggan untuk urusan tuntutan perbelanjaan perjalanan.
• Tiada yuran langganan

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar e-Statement.


1) Masuk ke laman webTouch 'n Go www.touchngo.com.my
2) Klik pada Register Touch 'n Go Card Here
3) Klik Register Online
4) Daftar e-Statement dan pengguna akan menerima emel pengesahan dalam masa 24 jam.

ataupun daftar melalui SMS iaitu :

1) SMS ke 33232. Jenis (TNG <jarak> Kad TNG tidak bersiri. <Jarak> No. <Jarak> Nama seperti dalam KP)

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari official Watsons Malaysia di facebook dan juga Touch 'n Go Malaysia

Macam Mana Kalau Kad Watsons VIP Hilang?


Call hotline Perkhidmatan Pelanggan 1-300-880-VIP (847)

* Point, keistimewaan dan faedah akan digantung apabila kehilangan kad disahkan. Point boleh dipindahkan ke kad baru setelah pengaktifan semula.

* Selain itu, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Touch 'n Go  di 03-27148888 untuk menyekat dan melindungi baki kad anda, dan juga bagi memudahkan bayaran balik.

Get notifications from this blog

44 comments

  1. BAGUS NI.. GALAKKAN TRANAKSI TANPA TUNAI..

    ReplyDelete
  2. Menarik ni.. mmg memudahkan pengguna.. :)

    ReplyDelete
  3. saya ada kad itu.tpai saya jarang guna selalu toup beli alat mekap haaa..itu berkurun selalu time raya nghee...

    serius ker blh buat touch nd go..whoo...raya pasti lebih meriah ni

    ReplyDelete
  4. Memang semakin menarik nie :)

    ReplyDelete
  5. obat pelangsing cepat aman19 June 2014 at 20:04

    lumayan buat menghemat yang lain

    ReplyDelete
  6. obat pelangsing cepat aman19 June 2014 at 20:16

    LUMAYAN BUAT NGIRIT

    ReplyDelete
  7. kad watson bini gua je selalu pakai..ohoh

    ReplyDelete
  8. Kehidupan glamours macam ini memang sesuai apabila duduk KL,

    ReplyDelete
  9. Sangat memudahkan pengguna sambil tu dapat point lagi.

    ReplyDelete
  10. Kalau dah ada kad tu just upgrade kad Watson dapat kelebihan touch n go. 2 dalam 1. :)

    ReplyDelete
  11. reka bentuk kad die pon menarik.....

    ReplyDelete
  12. Emm banyak nya kelebihan miliki kad ni..leh makan KFC acap kali kalau ini macam..hehe..

    ReplyDelete
  13. sayang betullah kad watsons muja hilang :'(

    ReplyDelete
  14. ini sudah bagus.

    sy memang bercita2 nk ke watsons ni. dah ada kad vip yg lama... boleh tukar tak dgn yg baru agaknya ya?

    ReplyDelete
  15. saja singgah mai...smart la kad touch n go

    ReplyDelete
  16. menarik ni..kad toch n go saya baru sahaja hilang

    ReplyDelete
  17. Boleh tukar dengan yang baru dengan bayaran RM6 sahaja. :)

    ReplyDelete
  18. Memang sayang kalau kad watson hilang, tapi boleh ganti yang baru sebab dah ada maklumat dalam watson. Point/mata kalau tak silap tak hilang walaupun kad hilang.

    ReplyDelete
  19. Nampak perubahan besar yang dilakukan oleh Watson. :)

    ReplyDelete
  20. Comey kadnye..5000 vouchers menarik tu...

    ReplyDelete
  21. Kadnya memang lawa n Smart. Macam boleh ditebus dengan voucher tu.

    ReplyDelete
  22. Haha Saya pun upgrade jgk tp sebab nak voucher hotel yg banyak dlm buku voucher tu. Voucher free semua dah habis guna dah.

    Lagi satu skrg ni kad Watson boleh dapat 20% diskaun kat burger king jugak.

    ReplyDelete
  23. Aku belum habis lagi voucher yang dapat tu. Bila nak tebus tak tau bila. Tak tahu pula boleh dapat potongan 20% diskaun kat burger king. Boleh try ni. :) Thanks atas tambahan maklumat.

    ReplyDelete
  24. macamana nak apply erk..x pernah apply card watson...hehehehhehe

    ReplyDelete
  25. Boleh apply kat mana-mana cawangan Watson. Hanya tunjukkan kad pengenalan sahaja dan berikan butiran tentang peribadi. Tak pasti kalau baru apply berapa ringgit tapi daftar kad Watson ini untuk seumur hidup. Kalau tukar kad lama Watson kepada yang baru RM6 sahaja.

    ReplyDelete
  26. Kalau kad hilang macam mana ye. Dalam tu ada baki touch n go lagi. Hmm :(

    ReplyDelete
  27. Ekin boleh pergi ke watson untuk buat kad baru dan saya akan expect bahawa segala maklumat akan dtransfer ke kad baru nanti.

    ReplyDelete
  28. kenapa kad vip tkbole register ? selalu kluar no password salah . sedangkan dah ikut apa yang di suruh :(

    ReplyDelete
  29. kad Vip sudah register melalui kaunter dengan mengisi borang yang telah diberii. Melalui web pula kena tunggu beberapa hari untuk pengesahan.

    ReplyDelete
  30. Info yg amat berguna. Saya baru je register online Kiranya kena tunggu beberapa hari lagi lah ye utk pengesahan? Pengesahan tu akan diberi melalui email ke? Selagi tak dapat pengesahan ni, tak boleh gunakan lagi ke kad tu di tol?

    ReplyDelete
  31. Sy baru kehilangan kad watson n ada baki tpup touch n go..kalau buat kad baru,baki touch n go tu kira burn ke???

    ReplyDelete
  32. Kalau kad watson hilang Call hotline Perkhidmatan Pelanggan 1-300-880-VIP (847) pastu call perkhidmatan pelanggan Touch 'n Go di 03-27148888 untuk menyekat dan melindungi baki yang ada kat kad.

    ReplyDelete
  33. Hai..Klau kat watson hilang.. brapa eyh kna byar untuk dpt kad baru?

    ReplyDelete
  34. Says ada card Watson,tapi masa beli card Watson ..mereka suruh registers online sendiri,sejak dari tu card saya bagi di counter masih tak bernama,just no siri je kalau tgok dekat resit,sekarang bertahun berlalu baru nak try activekn card,sbb berminat pulak nk upgrade card,tapi dekat situ dinyatakan akan send password dekat no mobile,no hp pun dah bertukar dah pun ..apakah cara yg patut sy lakukan.?

    ReplyDelete
  35. sory bertnye..saya dh daftar kad watsons vip tu..pas tu saya mmg kne daftar jgk ke dkt touch n go??? sbb saya tak pkai utk byr tol..just utk naek ktm and lrt shj..mohon pecerahan

    ReplyDelete
  36. Better daftar je. nak daftar senang je kan by online je lg pun touch n go. Boleh rujuk sini -> http://www.touchngo.com.my/CMS/Personal/About-MYTouchnGo/FAQ/

    ReplyDelete
  37. terima kasih telah berbagi tuan ...semoga ini bisa bermanfaat bagi saya

    ReplyDelete
  38. Saya daftar kat watson dkat tesco seri manjung tertukar kad dengan siapa entah.. masa isi borang dah tulis details dia bagi kad nama org lain bkn nama saya.. apa harus saya buat.. dh 2 tahun buat tapi baru hari nie cashir bagi tahu nama orang lain... camne nk buat yea???

    ReplyDelete
  39. farah hashilah30 June 2017 at 09:02

    Saya dah daftar kad ni tpi bla nk log in ja dia keluar blocked apa tah . Adakah kad saya dah tak boleh guna?

    ReplyDelete
  40. Tak sure sebab kad watson terbaru tak ada limit expired kalau tak silap.. farah kena tanya pihak watson sendiri melalui facebook dorang. nanti dorang akan bg feedback.

    ReplyDelete
  41. Salam kad watson sy hilang..bole ke sy nk transfer point ke kad baru???balance touh n go pn msh byk bole tuntut ke???tp sy xpernah daftar on9 kt web watson n xdaftar on9 touch n go...cmnne ek??

    ReplyDelete