√ Kenapa Blog Adarain Terbaik - Adarain

Kenapa Blog Adarain Terbaik

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Saya adalah salah seorang yang gemar menyertai contest anjuran blogger sebagai salah satu langkah untuk memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah-bagi. 



Tujuan Menyertai Pertandingan


Tujuan utama saya menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh blogger bukanlah kerana hadiahnya yang menarik akan tetapi sebagai salah satu inisiatif untuk mengembangkan 'jenama' blog kepada orang ramai serta mengasah dengan lebih tajam dalam bidang penulisan.


Inilah cabaran yang perlu diambil bagi memantapkan lagi jenama blog kepada yang lebih baik. Menang kalah itu lain cerita.


Tertarik dengan pertandingan anjuran teaoais.com di mana memerlukan setiap blogger untuk memberikan satu entri kenapa blog anda terbaik.


Ada kelainan yang dilakukan oleh teaoais.com, daripada memberikan ulasan pada blog, produk mahupun perkhidmatan orang lain, apalah salahnya blogger memberikan ulasan pada blog sendiri pula. 




[caption id="attachment_2357" align="aligncenter" width="700"]Kenapa Blog Adarain Terbaik Pertandingan blogku terbaik! bersama teaoais.com[/caption]

Anjuran sebegini bukanlah bermakna memuji diri sendiri apatah lagi syok sendiri. Tetapi sebagai salah satu penghargaan buat diri sendiri dalam dunia blog dan juga pada masa yang sama, menceritakan tentang kelebihan blog masing-masing kepada blogger yang lain supaya dapat mengetahui serta memperbaiki kelemahan yang ada dalam blog.



Blog Adarain Yang Awesome!


Saya mula menceburkan diri dalam dunia blog sejak tahun 2009 dengan platform blogger kemudian berpindah ke platform Wordpress pada tahun 2013 sehinggalah sekarang.


Kenapa Blog Adarain Terbaik



Sebab Blog Adarain Terbaik



  1. Platform Wordpress
    Menggunakan platform Wordpress kerana Mesra Search Engine Optimization (SEO) dan ruangan tempat komen menarik di mana kita boleh mengetahui entri terkini dari blogger yang lain.

  2. Theme Iconic One
    Menggunakan theme Iconic One di mana mempunyai kelebihan seperti kelajuan loading blog dengan score 95+, Ultra Responsive, mudah untuk design blog dan sebagainya.

  3. Rangking Alexa Stabil
    Rangking Alexa untuk Malaysia adalah bawah dari 1000 dan untuk rangking dunia masih di bawah 150,000. Sudah cukup stabil walaupun rangking dunia masih belum mencapai target saya untuk berada di bawah 100,000 tetapi sudah cukup membanggakan apabila berada bawah 150,000.

  4. Blog Simple dan Kemas
    Ini adalah menurut pandangan dan kritikan dari blogger-blogger lain tentang blog saya menerusi segmen saya mahu ditegur

  5. Maklumat yang Berguna
    Penulisan saya dalam blog bukanlah sekadar tulisan 'kosong' tetapi penuh bermanfaat dan berguna kepada blogger yang lain. Tambahan lagi, saya tidak menulis perkara yang melalaikan seperti menulis tentang gosip artis yang boleh membawa fitnah.

  6. Menang Contest
    Mula serius menyertai pertandingan pada tahun lepas dan tidak sampai setahun, beberapa pertandingan yang telah saya sertai berjaya 'memenangi' hati juri. Kali terakhir saya menang adalah pertandingan Nikko Placenta White pada bulan Mei yang lepas. 

  7. Jana Pendapatan Melalui Blog
    Saya telah berjaya  menjana pendapatan melalui Affiliate, advertorial dan Pakej pengiklanan yang telah disediakan. Walaupun tidak banyak, hati ini tetap rasa puas hati dan terbukti blog mampu menjana pendapatan. Cukuplah untuk bayar hosting dan domain dan selebihnya buat simpanan peribadi untuk masa akan datang.


Bagaimana ingin Menjadikan Blog terbaik?


Semua blogger pasti mahu menghasilkan blog yang terbaik. Untuk menghasilkan blog yang terbaik perlulah ada 'resepi' yang lengkap. 'Resepi' yang perlu dilakukan adalah sangat mudah bergantung kepada blogger sama ada mahu ataupun sebaliknya.


Kenapa Blog Adarain Terbaik


'Resepi' yang perlu dilakukan ialah hanya memerlukan tiga 'bahan' sahaja untuk menghasilkan blog yang terbaik. Antaranya seperti berikut:




  • Gaya Penulisan
    Penulisan yang baik tanpa menggunakan short form mampu menarik minat pembaca lain. Penulisan mestilah datang dari jiwa dan dilarang sama sekali copy paste artikel lain tanpa kebenaran. Di samping itu, ada 8 etika penulisan yang perlu diketahui.

  • Blog yang Cantik dan Kemas
    Template yang simple tapi menarik untuk dilihat serta loading yang laju tanpa menunggu lama apabila dibuka blognya adalah pilihan terbaik. Digalakkan menggunakan template responsive dan mempunyai ciri-ciri SEO.

  • Aktiviti Blogwalking
    Perkara ini mesti dilakukan bagi mengembangkan lagi rangkaian network bersama blogger lain. Jangan jadi blogger sombong dan pilih bulu.


'Resepi' yang diberikan bukan bermakna saya adalah yang terbaik tetapi sebagai perkongsian dan peringatan bersama untuk menjadikan blog kita antara yang terbaik. Malah, 'Resepi' inilah yang diamalkan oleh blogger-blogger yang terkenal di Malaysia.




Untuk akhirnya, diucapkan terima kasih kepada teoais.com -Gerbang Informasi Online kerana menganjurkan pertandingan sebegini dengan tujuan memeriahkan lagi suasana blogging yang dilihat semakin hambar untuk tahun 2014 ini. Selain itu, ia juga sebagai salam perkenalan dari penganjur.


Get notifications from this blog

57 comments

  1. memang saya akui tulisan bro memang power..semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. Bola Daily juga ada buat contest. sila lah terjah. ada hadiah menarik untuk pemenang

    ReplyDelete
  3. blog lu pun dah terbaik bro..kemaih dan teratur jaa...warna pun harmoni ja membuatkan orang rasa selesa membaca

    ReplyDelete
  4. Blog Adarain adalah antara yang terbaik. Selain dari ciri kekemasan layout, gaya penulisan bro juga adalah antara yang terbaik dikalangan blogger berbahasa Melayu.

    ReplyDelete
  5. good luck bro...aku pun nak join gak nanti..

    ReplyDelete
  6. blog saya pula serius memang agak huru hara biru uh..

    ReplyDelete
  7. waa terbaik lah bro. aku setuju, blog ko ni memang kemas. penulisan pun cun dah.

    ReplyDelete
  8. kalau ada vote, aku sokong blog ni 100%.
    blog ni bukan setakat cantik dan tersusun, tuan punye blog pun mesra jugak :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, tak adalah power mana sekadar menulis biasa sama dengan blogger lain.

    ReplyDelete
  10. Akan segera terjah di boladaily pula selepas ni.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih bebanyak atas pandangan saudara berkenaan dengan blog saya. Sangat dihargai :)

    ReplyDelete
  12. Terima kasih :) Join jangan tak join pertandingan ni. Rugi kalau lepaskan pertandingan macam ni.

    ReplyDelete
  13. Boleh diperbaiki perlahan-lahan. Saya tengok ok je. Janji sedap dibaca. :)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih, Komen yang membina dan sangat dihargai.
    Blog bro pun hebat juga dengan penulisan yang ada ciri-ciri SEO. :)

    ReplyDelete
  15. Pergh! sanggup betul vote blog ni..
    Terima kasih atas komen yang membina. :)

    ReplyDelete
  16. semoga berjaya. mmg terbaik blog ni. muja lak rasa tak layak lagi nak join,, hehe,, :D

    ReplyDelete
  17. hoho..ada contest rupanya ye.

    ReplyDelete
  18. Memang saya akui , theme ini memang terbaik.

    Theme ini sangat awesome.

    ReplyDelete
  19. hanya jauhari mengenal manikam...jadi saya satu kat mana kekuatannya blog bro!

    ReplyDelete
  20. tahniah bro..sesungguhnya blog anda antara yang terbaik..
    first mudah utk dibaca..penggunaan ayat yg teratur..
    kemas..layout cantik..paling penting
    loading laju.. tahniah dan selamat bersegmen all the best!!!!

    ReplyDelete
  21. Terima kasih Muja. :) Belum cuba belum tahu muja.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih paan. ;) mana-mana theme kalau pandai edit memang sangat awesome mengikut kreativiti masing-masing.

    ReplyDelete
  23. Terima kasih bro dengan ayat penuh dengan memberangsangkan. ;)

    ReplyDelete
  24. header ekau pun dah stylo.. memang terbaik la

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum...adarain.

    mselim3 pun suka dengan template nie . Kemas dan loading blog pun laju. Penulisan yang kemas dan ayat yang santai.
    Datang daripada blog heroborneo... ramai gak blogger join segmen nie. Moga berjaya bro.

    mselim3

    ReplyDelete
  26. Terima kasih, ada header blogger lain lagi stylo.

    ReplyDelete
  27. Waalaikumussalam, Terima kasih sudi singgah. mselim3 bolehlah join pertandingan ni. :)

    ReplyDelete
  28. wah!..blog hero borneo..dah jadi jambatan antara dua blog..terima kasih!

    ReplyDelete
  29. Blog Adrian nie memang antara the best blog yang ada..selain susunan ayat yang simple tanpa ada banyak bahasa alien, susunan widget dan color yang digunakan juga sesuai d sekaligus menjadikan blog ini senang untuk dibaca...

    ReplyDelete
  30. AsSalam, hanya jauhari yang mengenal manikam... Kalau ianya terbaik, pasti orang akan kata terbaik!
    Tahniah...anda antara yg terbaik... Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  31. Blog adarain.com ini sememangnya terbaik. Ia merupakan antara blog yg gemar saya kunjungi kerana penulisan yg mantap, mesra & kemasan serta loading yg terbaik... all the best!!

    ReplyDelete
  32. mmg hebat ranking alexa bro... tahniah..

    ReplyDelete
  33. Terima kasih, rangking masih belum berada di tahap yang membanggakan kalau hendak dibandingkan dengan blogger lain.

    ReplyDelete
  34. Terima kasih, akan sentiasa mempertingkatkan untuk kepuasan pengunjung.

    ReplyDelete
  35. Gud luck, blh djadikan contoh buek den yang baru ni..kemas & tratur...

    ReplyDelete
  36. blog ni mmg kemas. Nanti kalau bro menang boleh le lanjer makan di Buffet Ramadhan Casa Ombak

    ReplyDelete
  37. wah memang terbaik blog bro
    blog saya belum layak utk masuk contest ni :)

    ReplyDelete
  38. Layak tak layak lain cerita, yang penting join sekali. hehe :)

    ReplyDelete
  39. Good luck Bro..

    Semestinya blog kita adalah terbaik kalau kena dengan caranya kan ;)

    ReplyDelete
  40. Terima kasih.
    Sudah tentu biar kena pada cara dan tempatnya. ;)

    ReplyDelete
  41. saya x sempat nak join la bro sbb x tau pasal contest nih

    ReplyDelete
  42. ye ke bro? rasa rugi kalau tak join, tunggu next contest kalau ada ada buat.

    ReplyDelete
  43. Goodluck Adarain! :) Teringin nak join contest camni tp selalu rasa tak layak hahaha

    ReplyDelete
  44. wow keren blognya, mampir y blog Q baru 2 bulan

    ReplyDelete
  45. gak nyangka blog anda keren ,kujungan balik gan

    ReplyDelete