Friday, 6 June 2014

Panda Disayangi Sedangkan Babi Dihina

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Berikut adalah perkongsian copy paste dari rakan saya melalui group whatsapp. Perbualan yang menarik antara panda dan babi berkenaan dengan isu yang melanda 'mereka' sehingga nama dua ekor ini menjadi sebutan seluruh Malaysia.


Panda Disayangi Sedangkan Babi Dihina



Dialog Panda Dan Babi


"Untunglah hang, Panda. Dapat layanan first class. Sangkar ja dah 25 juta. Dok dalam aircond. Aku ni ... mana nak dapat layanan camtu. Orang jijik dengan aku ni," rungut seekor babi.


"Aku ni binatang yang dah nak pupus, Babi woi!" jawab Panda.


"Hang pun panggil aku Babi? Kecik hati aku."


"La ... dah memang hang Babi kan? Takkan nak panggil Babun lak?"


"Gunalah panggilan yang manja sikit ... Khinzir ka. Taklah terasa sangat."


"Erm ... macam-macam la hang ni. Aku rasa, hanglah haiwan paling glamer la ni. Rata-rata orang dok sebut pasai hang. Dalam FB, paper, blog ... jeles aku!"


"Takda maknanya, Panda woi. Depa tu dok marah kat aku ja. Depa kata aku ni pandai-pandai pi masuk dalam coklat. Habis aku kena marah," kata si Babi dalam nada sebak.


"Sabaq, Bi... ni semua ujian. Walaupun kat dunia hang kena kutuk macam-macam, tapi kat akhirat nanti kita tak masuk neraka. Yang masuk neraka ni manusia dan jin. Binatang macam kita ni tak kena hukum." Panda cuba mententeramkan Babi.


"Aku taulah aku ni najis mughallazah. Haram dimakan. Kalau manusia sentuh aku, depa kena sertu."


"Tapi aku tengok page Dr. Maza, dia kata takyah sertu. Cuma bilas ja."


"Erm... dia ada fatwa dia sendiri. Biaq pi kat dia lah."


"Sat aku nak tanya. Tapi, hang jangan kecik hati lak."


"Tanya ja."


"Dulu, aku ada dengaq. Kat badan hang ni ada kuman. Kalau hang bersentuh dengan manusia, kuman tu akan berpindah ke badan depa. Satu-satunya cara nak matikan kuman tu, kena cuci dengan tanah. Betoi ka?"


"Taktaulak aku. Aku tak ngaji medic. Try hang GOOGLE. Kot-kot ada jawapan. Manusia pun la ni mudah ja. Semua jawapan cari kat Google ja," jawab Babi dengan rileks."Hang pulak, pasaipa depa bawak mai hang dari China?"


"Erm... depa kata nak perbaiki hubungan. Kan, China marah kat Malaysia kes MH370 tu. So, aku ni jadi alat diplomatik la."


"Oh... kalaulah Malaysia jadikan aku alat diplomatik jugak kan baguih."


"Pala hotak hang. Mana boleh. Hang tu tak layak!"


"Huhu. Kecik hati aku."


"Alahai... touching la pulak. Hrm."


"Mana tak touching, Da. Manusia ni, kalau nak maki ... nama aku gak yang depa guna. Kenapa tak maki guna nama hang?"


"Aku haiwan suci. Sentuh takyah sertu. Haha," jawab Panda dengan bangganya.


"Tapi, sebab hang ... negara dah habis berjuta ringgit. Padahal ramai rakyat miskin. Depa nak makan apa?"


"Kalau darurat sangat, makan hang pun boleh. Haha." Panda bergurau. "Sebenarnya, ramai orang taktau... Aku adalah haiwan yang akan pupus. Tak banyak dah spesis Giant Panda macam aku ni. Sebab tu, kalau aku depa letak kat zoo, jumlah pengunjung akan meningkat dan jualan tiket bertambah. Ini dapat menjana ekonomi negara."


"Tapi, teori tu perlukan masa untuk dibuktikan. Bukan mudah rakyat nak faham."


"Sebenarnya, dalam dunia ni cuma ada 12 buah zoo saja yang ada Giant Panda. Semua panda tu mai dari China. Negara lain depa minta kat kerajaan nak bela Panda. Tapi, untuk Malaysia, China yang offer," jelas Panda.


"Malaysia, kot mana pun terpaksa terima jugak. China kan tengah marah kat Malaysia. Kalau Malaysia taknak ambik hang, lagilah parah. Sedangkan hubungan China dan Malaysia sangat penting. Takkan nak alih arah ke Amerika pulak."


"Pandai jugak hang no bab-bab ekonomi ni," puji Panda. "Ingatkan bodo."


"Aku pun baca kat Google. Haha."


"Weh, Bi. Kes DNA hang dalam coklat tu apa citer? Rugi mampuih kilang Cadbury. Tang mana depa nak buang semua coklat tu?"


"Bagi kat hang makan la, mau?"


"Aku okey ja. Binatang tak berdosa makan coklat ada babi. Manusia ja yang berdosa."


"Pandai jugak hang bab hukum ni ek?"


"Aku pun baca Google gak. Haha. Mana la ada masa nak pi jumpa ulama tanya. Asyik terkurung ja dalam sangkaq. Mujur ada smart fon."


"Aku nak tanya satu soalan. Kalau ada kambing terminum susu aku, kiranya manusia halal tak makan kambing tu?"


"Begini. Macam aku cakap. Kambing tak berdosa minum susu hang, Bi. Jadi, ikut hukum Fekah, kambing tu halal dimakan. Tapi, MAKRUH. Dan, ada ulama fatwa MAKRUH TANZIH, MAKRUH TAHRIMI dan ada juga yang fatwa HARAM."


"Kalau manusia taktau dalam makanan depa ada DNA babi, berdosa tak?"


"Dah taktau, takpala. Kalau dah tau, tak kuar fatwa pun depa dah takmau makan."


"Huhu. Jijiknya aku ni."


"Sedaq diri takpa. Haha. Tapi, manusia yang tak bersolat lebih jijik daripada hang, Bi. Umat zaman dulu, kalau langgaq perintah Tuhan, terus ditukaq jadi babi dan kera. Umat akhir zaman ni, Tuhan bagi peluang. Tu pun depa tak sedaq. Bab coklat ada DNA babi, bukan main lagi melatah. Rasuah makan. Aurat dedah. Solat tinggai. Mengumpat, memfitnah ... tu macam makan daging manusia hidup-hidup tau. Manusia tak sedaq semua tu. Bagi depa, yang haram ni BABI ja. Sampai nak sebut dan tulis babi pun, orang akan kata mencarut. Terpaksa sebut khinzir. Padahal sama ja, kan?"


Rahsia Menguruskan Badan Dengan Terapi Minda! Klik Sini!


"Aku terpaksa mengaku, ya. Walaupun aku pun rasa sama ada sebut babi atau khinzir, aku tetap jijik."


"Okaylah, Bi. Aku nak logout dulu. Next time kita sambung lagi.

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

26 comments:

  1. Adoi...dah macam-macam dialog pasal babi sekarang ni. Hehehe Penangan Cadbaby

    ReplyDelete
  2. Macam-macam isu sekarang ni susah juga kalau terlalu ramai tunjuk pandai dan keluarkan pendapat mengikut logik akal semata-mata

    ReplyDelete
  3. Adoila macam2..yang pastinya kedua2 spesis ni langsung tak bersalah..diorang leh nyanyi duet pulak "bukanku pinta lahor ke dunia....."

    ReplyDelete
  4. HAhaha.. Rajinnya orang yang buat dialog Panda dan Babi ni.. Penuh berinformasi walaupun dialog yang santai...

    ReplyDelete
  5. perbualan yang ada maksud yang tersendiri untuk manusia..

    ReplyDelete
  6. dialog yang penuh bermakna....sapa yang buat ni.rajin betul kan dia...haha

    ReplyDelete
  7. SEKARANG PANDA DGN BABI SAMA NAIK JE POPULARNYA HE..HE..
    perbualan yg sangat deap meaning :P

    ReplyDelete
  8. haha, kalau nyanyi mesti popular

    ReplyDelete
  9. sangat rajin dan penuh mendalam maksudnya dalam perbualan

    ReplyDelete
  10. Orang yang buat ni memang kreatif.

    ReplyDelete
  11. Memang rajin. Bukan senang nak perbualan macam ni. haha

    ReplyDelete
  12. Haha.. best la dialog. Dah boleh diadaptasi ke siri drama swasta. Tak pon buat movie.

    ReplyDelete
  13. Panda dengan babi konpem femes babi lagi.
    sejak dari dulu.
    bila gaduh, maki ke hape..takde org sebut "panda la kau"..hehe
    babi jugak jd mangsa.

    ReplyDelete
  14. APABILA BINATANG JADI PERBUALAN.. :)

    ReplyDelete
  15. lawak, tapi yang nak disampaikan tu memang bagus lah...

    ReplyDelete
  16. ada gak dapat whatsapp ini...siap dengan icon lagi...memang kelakar pun bila baca...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. Yang penting apa yang disampaikan memang penuh bermakna dan mendalam.

    ReplyDelete
  18. Memang kelakar dan penuh dengan 'isi'

    ReplyDelete
  19. Penuh mesej dialog antara babi dan panda ni... setengah org nmpk lawak tapi sebenarnya penuh dengan pengajaran

    ReplyDelete
  20. hahahahahahaha lawak! tapi, macam tak nampak apa tujuan dan benefit dok bawak panda masuk. bawaklah rakyat Rohingya yang melarat tu lagi bagus

    ReplyDelete
  21. INSYA ALLAH, adalah manfaatnya nanti. ;)

    ReplyDelete
  22. penyampaian penuh pengajaran..terima kasih

    ReplyDelete
  23. walaupun dalam bentuk melawak..tapi ia bukan lawak bodoh..ianya lawak untuk bagi pengajaran.

    ReplyDelete
  24. Haha..agak terhibur gak dengan dialog ni..suka-suka..hehe

    ReplyDelete
  25. Thank you for sharing your info. I truly appreciate your efforts and I will be
    waiting for your next write ups thank you once again.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon