Best Sangat Ke Smartphone Xiaomi Mi3?
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera
Jenama Smartphone Xiaomi mula menjadi bualan orang ramai di Malaysia pada masa kini. Biarpun jenama Xiaomi Mi3 adalah buatan dari Cina tetapi smartphone ini mempunyai satu inovasi dan ciri yang sangat mengagumkan kalau hendak dibandingkan dengan smartphone buatan cina yang lain.
[caption id="attachment_2557" align="aligncenter" width="665"] Keadaan Xiaomi Mi3 dalam kotak[/caption]
Kebetulan kawan saya dari Sawarak beli Smartphone melalui Mudah.my di mana ada owner yang mahu menjual balik Xiaomi Mi3 atas sebab terlebih beli. Pembelian dilakukan melalui Cash On Delivery (COD) melalui tempat saya di Muar, kalau terus pos di Sarawak ditakuti kena tipu. Jadi, Kawan saya memberi kepercayaan untuk memeriksa dan membeli Xiaomi Mi3 kemudian terus pos di Sarawak.
[caption id="attachment_2558" align="aligncenter" width="665"] Ada sedikit seperti iPhone[/caption]
Dapat juga saya merasai pengalaman Smartphone Xiaomi Mi3 selama satu hari yang hanya dijual secara online dan boleh dikatakan jualan tersebut adalah eksklusif dan mendapat sambutan yang hangat sehingga tidak sampai beberapa minit sudah habis penjualan Xiaomi Mi3.
Ciri-Ciri Menarik Xiaomi Mi3
- Mi3 diperbuat daripada aloi aluminium magnesium yang menjadikan smartphone tersebut tahan lasak dan ringan dengan hanya 145g sahaja.
- Batteri Mi3 berkapasiti 3050MAH namun bateri tersebut tidak boleh bertukar daripada kerangka MI3 seperti Smartphone lain.
- Skrin Mi3 sebesar lima inci menggunakan teknologi IPS yang menjadikannya boleh dilihat sehingga sudut 178 darjah.
- Mi3 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 800AB Quad Core dengan kelajuan 2.3GHz beserta GPU Adreno 330 dengan RAM DDR3 2GB yang turut mempunyai memori dalaman 16GB.
- Rangkaian data yang disokong oleh Mi3 ialah maksimum hanya 3G (HSPA+ 42Mbps) dan bermakna tiada capaian 4G untuk Mi3. Bluet0oth dengan ciri baru iaitu 4.0 dan dilengkapi sambungan tanpa wayar lain seperi NFC, GPS dan sebagainya.
- Mi3 ini dijanakan oleh Android 4.3 iaitu Jellybean dengan paparan yang ringkas tetapi mempunyai pelbagai tetapan yang menarik.
- Mi3 juga mempunyai kemudahan di mana boleh menukar keseluruhan tema yang telah ditetapkan oleh Mi3.
- Skrin Mi3 sebesar 5 inci menggunakan teknologi IPS yang menjadikannya boleh dilihat sehingga sudut 178 darjah.
Kekurangan Xiaomi Mi3
Storan pada Smartphone Xiaomi Mi3 hanyalah 16 GB sahaja dan tiada ruangan memory card slot. Dan boleh boleh dianggap sedikit sahaja untuk masa kini dengan kewujudan banyak aplikasi baru membuatkan para pengguna untuk menghadkan penggunaan aplikasi di Mi3.
Bateri yang tidak boleh ditukar. Sekiranya ada masalah pada bateri pengguna terpaksa pergi ke Xiaomi Centre untuk menukar bateri baru.
Kesimpulan Smartphone Xiaomi Mi3
Sekali imbas tengok smartphone Xiaomi Mi3 ada lebih kurang sama dengan beberapa tema aplikasi pada iPhone terkini. Boleh saya katakan smartphone Xiaomi Mi3 mampu memberi saingan yang hebat kepada smartphone android yang lain kerana kelancarannya membuka aplikasi.
Kira berbaloi untuk anda beli Smartphone Xiaomi Mi3 dengan harga yang mampu milik (RM799). Tidak ada lagi Smartphone yang mampu memberi dengan harga yang murah dengan spesifikasi tinggi dan terbaik seperti Xiaomi Mi3. Boleh rujuk review video Xiaomi Mi3 untuk maklumat lanjut.
Get notifications from this blog
Assalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDeleteBoleh tahan juga spec handphone xio mi ni ya.
Bateri dia tahan berapa lama tuan?
nampak macam comel tapi belum ada niat nak tukar telefon baru
ReplyDeletetak berapa mahir pasal smartphone ni
ReplyDeleteKurang mengikuti perkembangan smartphone, tapi nampaknya ia antara pilihan yg baik dengan harga yg ditawarkan.
ReplyDeletespesifikasi dan harga memang main peranan.
ReplyDeletexiaomi masuk kena dengan strateginya dan kebaboom berjaya..
RM799 memang berbaloi beli Smartphone ini...
ReplyDeleteNampak macam best je..saya pakai sony experia je..angan2 nak pkai samsung juga..
ReplyDeletebanyak dah gadget2 yang ada di pasaran sekarang nie...tapi masih guna BB..
ReplyDeleteSaya pakai saja telefon yang ada sekarang.. Tak kerap sangat tukar handphone..
ReplyDeletewaaah. rasa cam nak angkat jer satu...!
ReplyDeleteMemang tengah hangat sekarang ni brand Xiaomi. Tak kiralah handphone ataupun powerbank. Memang tengah laku.
ReplyDeletepertama kali aku tahu jenama Xiaomi Mi3 ni
ReplyDeleteBoleh tahan RAM. Tapi memory tu lah kecik sangat, 16GB je.
ReplyDeleteHuhu mi4 dah kluar
ReplyDeleteSpec nya agak menarik tetapi jenamanya saya belum dengar lagi..mungkin saya kurang up-to-date..
ReplyDeletefuhh..sudah angkat wooo..
ReplyDeletecayalah.
Memang pilihan yang terbaik.
ReplyDeleteKiranya strategi yang dibawa oleh xiaomi memang berjaya dengan hanya menjual secara online dan menjadikan suatu yang eksklusif.
ReplyDeleteMemang tersangat baloi untuk beli jika tidak mampu beli hp jenama besar yang lain. Xiaomi Mi3 ni pun dah kira superrbb.
ReplyDeleteINSYA ALLAH, dapat juga lah nanti samsung. :)
ReplyDeleteMasih guna BB? memang legend ni. hehehe
ReplyDeleteSamalah dengan saya. pakai hp yang ada je selagi ianya masih up to date.
ReplyDeleteangkat jangan tak angkat. hehehe
ReplyDeletePowerbank brand dia pun kira murah sangat dan berbaloi.
ReplyDeletela ye ke? hhihi, adik aku sendiri pun baru tahu.
ReplyDeleteRam memang puas hati.
ReplyDeleteXiaomi Mi4 yang terbaru mesti lagi hebat dan tinggi spefikasinya.
ReplyDeleteRamai juga yang tak tahu jenama Xiaomi ni.
ReplyDeleteMembe punya dapat merasa pegang satu hari je. :)
ReplyDeletepertama kali dengar brand ni, apapun masih setia dgn apple setelah 5 tahun bersama ;)
ReplyDeletesaya masih belum guna smartphone..walaupun harga semakin murah
ReplyDeletenice share.. mmg tgh hajat hati nk tukar phone.. tggal bajet je x de.. hehe
ReplyDeleteXiao Mi Note sangat menggoda. Dengan harga murah dan spec yang tinggi, memang mengiurkan. Teringin sangat.
ReplyDeleteAh. Donia semua itu, doonia. Haha.
Memang sanggat menggoda, OS pun smooth je. :)
ReplyDeletesaya dh pun dapatkannya melalui digi..Alhamdulillah so far bagus.
ReplyDeleteBaguskan. tak lah laju tapi smooth and no lag.
ReplyDeletetolong bagi sebijik bro :)
ReplyDeleteTak mampun den nak tolong bagi sebijik. hahaha
ReplyDelete