Wednesday, 23 July 2014

Best Sangat Ke Smartphone Xiaomi Mi3?

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera

Jenama Smartphone Xiaomi mula menjadi bualan orang ramai di Malaysia pada masa kini. Biarpun jenama Xiaomi Mi3 adalah buatan dari Cina tetapi smartphone ini mempunyai satu inovasi dan ciri yang sangat mengagumkan kalau hendak dibandingkan dengan smartphone buatan cina yang lain.




[caption id="attachment_2557" align="aligncenter" width="665"]Best Sangat Ke Smartphone Xiaomi Mi3? Keadaan Xiaomi Mi3 dalam kotak[/caption]

Kebetulan kawan saya dari Sawarak beli Smartphone melalui Mudah.my di mana ada owner yang mahu menjual balik Xiaomi Mi3 atas sebab terlebih beli. Pembelian dilakukan melalui Cash On Delivery (COD) melalui tempat saya di Muar, kalau terus pos di Sarawak ditakuti kena tipu. Jadi, Kawan saya memberi kepercayaan untuk memeriksa dan membeli Xiaomi Mi3 kemudian terus pos di Sarawak.




[caption id="attachment_2558" align="aligncenter" width="665"]Best Sangat Ke Smartphone Xiaomi Mi3? Ada sedikit seperti iPhone[/caption]

Dapat juga saya merasai pengalaman Smartphone Xiaomi Mi3 selama satu hari yang hanya dijual secara online dan boleh dikatakan jualan tersebut adalah eksklusif dan mendapat sambutan yang hangat sehingga tidak sampai beberapa minit sudah habis penjualan Xiaomi Mi3.



Ciri-Ciri Menarik Xiaomi Mi3



  1. Mi3 diperbuat daripada aloi aluminium magnesium yang menjadikan smartphone tersebut tahan lasak dan ringan dengan hanya 145g sahaja.

  2. Batteri Mi3 berkapasiti 3050MAH namun bateri tersebut tidak boleh bertukar daripada kerangka MI3 seperti Smartphone lain.

  3. Skrin Mi3 sebesar lima inci menggunakan teknologi IPS yang menjadikannya boleh dilihat sehingga sudut 178 darjah.

  4. Mi3 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 800AB Quad Core dengan kelajuan 2.3GHz beserta GPU Adreno 330 dengan RAM DDR3 2GB yang turut mempunyai memori dalaman 16GB.

  5. Rangkaian data yang disokong oleh Mi3 ialah maksimum hanya 3G (HSPA+ 42Mbps) dan bermakna tiada capaian 4G untuk Mi3. Bluet0oth dengan ciri baru iaitu 4.0 dan dilengkapi sambungan tanpa wayar lain seperi NFC, GPS dan sebagainya.

  6. Mi3 ini dijanakan oleh Android 4.3 iaitu Jellybean dengan paparan yang ringkas tetapi mempunyai pelbagai tetapan yang menarik.

  7. Mi3 juga mempunyai kemudahan di mana boleh menukar keseluruhan tema yang telah ditetapkan oleh Mi3.

  8. Skrin Mi3 sebesar 5 inci menggunakan teknologi IPS yang menjadikannya boleh dilihat sehingga sudut 178 darjah.


Kekurangan Xiaomi Mi3


Storan pada Smartphone Xiaomi Mi3 hanyalah 16 GB sahaja dan tiada ruangan memory card slot. Dan boleh boleh dianggap sedikit sahaja untuk masa kini dengan kewujudan banyak aplikasi baru membuatkan para pengguna untuk menghadkan penggunaan aplikasi di Mi3.


Bateri yang tidak boleh ditukar. Sekiranya ada masalah pada bateri pengguna terpaksa pergi ke Xiaomi Centre untuk menukar bateri baru.



Kesimpulan Smartphone Xiaomi Mi3


Sekali imbas tengok smartphone Xiaomi Mi3 ada lebih kurang sama dengan beberapa tema aplikasi pada iPhone terkini. Boleh saya katakan smartphone Xiaomi Mi3 mampu memberi saingan yang hebat kepada smartphone android yang lain kerana kelancarannya membuka aplikasi.


Kira berbaloi untuk anda beli Smartphone Xiaomi Mi3 dengan harga yang mampu milik (RM799). Tidak ada lagi Smartphone yang mampu memberi dengan harga yang murah dengan spesifikasi tinggi dan terbaik seperti Xiaomi Mi3. Boleh rujuk review video Xiaomi Mi3 untuk maklumat lanjut.

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

38 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Boleh tahan juga spec handphone xio mi ni ya.

    Bateri dia tahan berapa lama tuan?

    ReplyDelete
  2. nampak macam comel tapi belum ada niat nak tukar telefon baru

    ReplyDelete
  3. tak berapa mahir pasal smartphone ni

    ReplyDelete
  4. Kurang mengikuti perkembangan smartphone, tapi nampaknya ia antara pilihan yg baik dengan harga yg ditawarkan.

    ReplyDelete
  5. spesifikasi dan harga memang main peranan.
    xiaomi masuk kena dengan strateginya dan kebaboom berjaya..

    ReplyDelete
  6. RM799 memang berbaloi beli Smartphone ini...

    ReplyDelete
  7. Nampak macam best je..saya pakai sony experia je..angan2 nak pkai samsung juga..

    ReplyDelete
  8. banyak dah gadget2 yang ada di pasaran sekarang nie...tapi masih guna BB..

    ReplyDelete
  9. Saya pakai saja telefon yang ada sekarang.. Tak kerap sangat tukar handphone..

    ReplyDelete
  10. waaah. rasa cam nak angkat jer satu...!

    ReplyDelete
  11. Memang tengah hangat sekarang ni brand Xiaomi. Tak kiralah handphone ataupun powerbank. Memang tengah laku.

    ReplyDelete
  12. pertama kali aku tahu jenama Xiaomi Mi3 ni

    ReplyDelete
  13. Boleh tahan RAM. Tapi memory tu lah kecik sangat, 16GB je.

    ReplyDelete
  14. Spec nya agak menarik tetapi jenamanya saya belum dengar lagi..mungkin saya kurang up-to-date..

    ReplyDelete
  15. fuhh..sudah angkat wooo..

    cayalah.

    ReplyDelete
  16. Memang pilihan yang terbaik.

    ReplyDelete
  17. Kiranya strategi yang dibawa oleh xiaomi memang berjaya dengan hanya menjual secara online dan menjadikan suatu yang eksklusif.

    ReplyDelete
  18. Memang tersangat baloi untuk beli jika tidak mampu beli hp jenama besar yang lain. Xiaomi Mi3 ni pun dah kira superrbb.

    ReplyDelete
  19. INSYA ALLAH, dapat juga lah nanti samsung. :)

    ReplyDelete
  20. Masih guna BB? memang legend ni. hehehe

    ReplyDelete
  21. Samalah dengan saya. pakai hp yang ada je selagi ianya masih up to date.

    ReplyDelete
  22. angkat jangan tak angkat. hehehe

    ReplyDelete
  23. Powerbank brand dia pun kira murah sangat dan berbaloi.

    ReplyDelete
  24. la ye ke? hhihi, adik aku sendiri pun baru tahu.

    ReplyDelete
  25. Xiaomi Mi4 yang terbaru mesti lagi hebat dan tinggi spefikasinya.

    ReplyDelete
  26. Ramai juga yang tak tahu jenama Xiaomi ni.

    ReplyDelete
  27. Membe punya dapat merasa pegang satu hari je. :)

    ReplyDelete
  28. pertama kali dengar brand ni, apapun masih setia dgn apple setelah 5 tahun bersama ;)

    ReplyDelete
  29. saya masih belum guna smartphone..walaupun harga semakin murah

    ReplyDelete
  30. nice share.. mmg tgh hajat hati nk tukar phone.. tggal bajet je x de.. hehe

    ReplyDelete
  31. Xiao Mi Note sangat menggoda. Dengan harga murah dan spec yang tinggi, memang mengiurkan. Teringin sangat.

    Ah. Donia semua itu, doonia. Haha.

    ReplyDelete
  32. Memang sanggat menggoda, OS pun smooth je. :)

    ReplyDelete
  33. saya dh pun dapatkannya melalui digi..Alhamdulillah so far bagus.

    ReplyDelete
  34. Baguskan. tak lah laju tapi smooth and no lag.

    ReplyDelete
  35. Tak mampun den nak tolong bagi sebijik. hahaha

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon