√ Pelita Semakin Berkurangan - Adarain

Pelita Semakin Berkurangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apabila menjelang hari raya di bulan Syawal pasti setiap kampung sudah mula memasang pelita bagi memeriahkan suasana pada waktu malam dan juga menyambut hari yang mulia.


Kebanyakkan pelita pasang di kawasan luar bandar berbanding di bandar kerana risiko memasang pelita di kawasan bandar seperti rumah teres amat tinggi dan boleh berlaku kebakaran tanpa disedari.


Pelita Semakin Berkurangan


lain pula halnya di kawasan luar bandar iaitu di kampung. Halaman di kawasan kampung biasanya luas dan risiko kebakaran rumah itu kurang dan jarang kita dengar rumah kampung terbakar gara-gara pelita melainkan dalam filem dan drama-drama melayu.



Punca Pelita Semakin Berkurang


Pada tahun ini, saya mula perasan pelita di kawasan kampung tidak banyak kelihatan dan hanya beberapa rumah sahaja yang memasang pelita.


Apakah yang menjadi punca utama pelita semakin kurang dipasang dalam kawasan kampung?


Mungkinkah kenaikan minyak diesel menjadi punca menyebabkan kekurangan pelita dipasang di kawasan kampung ataupun terlalu sibuk dengan urusan hal masing-masing menyebabkan tiada pelita dipasang. Kemungkinan lain tentang kesedaran penduduk kampung berkenaan dengan hukum memasang pelita



Hukum Memasang Pelita


Hukum memasang pelita merupakan satu bida'ah di mana Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah mengamalkan sebelum ini. Pelita yang dipasang 7 hari sebelum menjelang syawal telah dipersoalkan kerana pelita hanya dipasang pada 7 hari sebelum menjelang syawal dan bukan sejal awal Ramadan lagi.


Amalan ini dianggap sebagai karut dan perlu dihentikan dengan segera jikalau ada masih ada sesetengah umat Islam yang mengamalkan mengikut pandangan Ustaz Abu Hassan.


Pasang pelita Sebab Nak Main Mercun


Rumah saya di kawasan kampung dan kebiasaannya pelita akan dipasang apabila hendak bermain mercun ketika saya masih kecil. Ketika itu, gembira bukan main kepalang apabila sepupu-sepapat hadir bersama dan membawa banyak mercun. Keadaan itu sememangnya meriah dengan bunyi bising pelbagai mercun.


Sekarang dah besar dan minat untuk bermain mercun semakin berkurangan berbanding masa kecil dahulu. Meriam sekarang sudah tidak lagi kedengaran di kampung mungkin muda-mudi sekarang tengah leka bermain gajet masing-masing.


Dulu tak banyak kes kecederaan bermain mercun dan sekarang semakin banyak kes budak-budak terputus jari dan tangan gara-gara mercun. Lebih hebat lagi mampu membuat mercun sendiri.


Yang penting, zaman dulu lebih banyak memberi memori manis di bulan Ramadhan kalau nak dibandingkan dengan sekarang. :)


Get notifications from this blog

38 comments

  1. Suka tengok area kampung malam-malam bila semua rumah pasang pelita 1-2 hari before raya.. cantikk... :)

    ReplyDelete
  2. Sekarang pelita pun ada yang pakai lampu jaa. tapi design pelita...
    Dah tak ada minyak tanah..

    ReplyDelete
  3. memang nampak meriah jer kalau ada rumah yang pasang pelita banyak2 dekat nak raya

    ReplyDelete
  4. masa kecik2 dulu pakai pelita buluh dgn minyak api, skrg ni mmg dah berkurangan

    ReplyDelete
  5. kat kg saya di batu pahat , masih aktif . malah setiap kg akan pasang pelita di jalan masuk utama . dah mcm pertandingan . meriam juga masih meriah ... tapi thn ni beraya kat kl jer ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  6. Sekarang guna pelita moden...kat rumah we all pun ada...senang nak guna..meriah jugak...

    ReplyDelete
  7. kalau kat kampung saya kami tak pasang pelita..pasang panjut..buat dari tempurung kelapa..susun tinggi pada batang kayu..tujuan nak cucuh bunga api je..

    ReplyDelete
  8. Kat rumah mak saya dari dulu saya yang rajin pasang pelita.. Bukan niat apa-apa pun.. Sekadar suka-suka..

    ReplyDelete
  9. hukumnya bidah tapi zaman dahulu sangat membantu pejalan kaki menerangi jalan di zaman tak ada lampu listrik

    ReplyDelete
  10. Nampak meriah suasana kampung. :)

    ReplyDelete
  11. Dunia dah moden. Pakai lampu lagi banyak makan elektrik.

    ReplyDelete
  12. Lagi meriah kalau satu kampung pasang pelita. hehe

    ReplyDelete
  13. DUlu saya pun pernah pakai buluh sekarang pakai jenis pelita plastik je. :)

    ReplyDelete
  14. owh ye ke beraya tahun kat kl?. Mesti terkilan kan tak dapat beraya di kg.

    ReplyDelete
  15. SUasana meriah hati pun jadi gembira dengan kehadiran sanak saudara. :)

    ReplyDelete
  16. owh, menarik juga tu. Ada kreativiti :)

    ReplyDelete
  17. Orang sekarang pasang pelita sekadar suka-suka bagi memeriahkan lagi suasana.

    ReplyDelete
  18. pasang pelita untuk tunjukkan kemeriahan raya. sekarang dah kurang, maybe sebab minyak mahal.

    ReplyDelete
  19. terasa kemeriahannya kalau pasang pelita kat sekitar rumah especially kawasan kampung. kalau rumah teres ada tanah pun seronok jugak letak pelita. senang nak main mercun. hihi.

    ReplyDelete
  20. Dah lama pun kawe tak pasang pelita ni :D Zaman ni sana-sini terang benderang. Pasal pelita pun, pelita tenggelam dek pancaran lampu moden.

    ReplyDelete
  21. pasang pelita saja je orang dulu nak rasa meriah , sekarang orang pasang lampu letrik hehehe,

    ReplyDelete
  22. kalau kat kampung..memang meriah la. kat kawasan perumahan kurang sikit.

    ReplyDelete
  23. Dulu minyak tanah murah.

    Sekarang ni harga dah melambung naik.

    Macam tak ekonomical pulak nak pasang lampu raya. Tapi memang hati ni rindu dengan suasana dipenuhi lampu pelita.

    Bukan selalu kan. Masa puasa dan aidil fitri je

    ReplyDelete
  24. Satu soalan lupa tanya tuan.. Theme blog ni pakai blogspot kan?

    ReplyDelete
  25. Theme Blog ini untuk Wordpress sahaja. :)

    ReplyDelete
  26. Harga minyak sekarang dah naik tak macam dulu, Nak jimat pasang pelita 1 malam raya je. ;)

    ReplyDelete
  27. Pasang lampu elektrik lagi la banyak makan eletrik. Duit pun sedap keluar. :)

    ReplyDelete
  28. Main mercun tu yang budak suka. hehe

    ReplyDelete
  29. Itu mungkin menjadi salah satu faktor.

    ReplyDelete
  30. minyak tanah mahal sekarang ni. pakai lampu lip lap jelah ;(

    ReplyDelete
  31. Pelita hanya dipasang utk menyemarakkan suasana kemeriahan hari raya, ianya xlebih dari itu...namun kini berkurangan sebab harga minyak yg mahal. Kat kampung masih pasang tapi jumlahnya dikurangkan dan guna minyak diesel.

    ReplyDelete
  32. Memang dah kurang sangat dah orang pasang pelita ni. Rasanya jangan la kaitkan pelita dengan agama ni. Kita niatkan untuk meriahkan suasana hari raya je. Tak salah kan? Hehe. Kalau kat kampung memang meriah kalau pasang pelita ni. Nak main bunga api pun senang.

    ReplyDelete
  33. aku sendiri dah banyak tahun tak pasang pelita
    huhu

    ReplyDelete
  34. Pakai lampu lip lap pun dah meriah kan. :)

    ReplyDelete
  35. Memang betul masih lagi mengamalkan tapi tak semeriah zaman dulu.

    ReplyDelete
  36. Tak salah rasanya kalau nak pasang pelita just suka-suka lagi pun bukan budaya yang tak elok ataupun terikut-ikut dengan budaya orang lain.

    ReplyDelete
  37. Mungkin masa tak mengizinkan. :)

    ReplyDelete
  38. Minyak tanah pun dah mahal sekarang ni. Dulu pernah pasang pakai pelita plastik. Besok pagi tengok habis cair pelita tu, tinggal paku buat sangkut je yang ada.

    ReplyDelete