Siapa sangka pesawat milik MAS terhempas buat kali kedua dalam masa satu tahun sahaja namun kali kedua ini bukanlah disebabkan masalah teknikal tetapi dikatakan berpunca dari tembakan peluru berpandu yang telah menyebabkan tiada penumpang yang terselamat dari kemalangan tersebut.
Pesawat tersebut membawa 295 penumpang termasuk anak kapal dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur yang sepatutnya dijangka tiba pukul 6.10 pagi waktu Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). kemalangan seumpama ini adalah sesuatu perkara yang di luar jangkaan.
Betul ke Peluru Berpandu Punca Kemalangan?
Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu dilakukan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia di mana dalam pesawat IL-96 merupakan pesawat khas yang membawa presiden Russia iaitu Vladimir Putin. Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen di Brazil.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Pergolakan politik antara Ukraine dan Rusia masih berlanjutan sejak Januari lalu dan sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian antara kedua-dua negara.
Menurut Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengatakan bahawa laluan Pesawat MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur merupakan laluan yang selamat berdasarkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Kajian kemalangan ini masih dalam siasatan dan jika terbukti benar Pesawat MAS ditembak jatuh maka Malaysia akan menuntut pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan
Takziah Kepada Keluarga Mangsa MH17
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa MH17. Semoga keluarga mangsa tabah menerima berita dan ujian dari ALLAH S.W.T. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.
Sangat menyedihkan apabila keluarga mangsa MH17 yang beragama Islam tidak dapat bersama-sama dengan orang yang tersayang pada hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Dalam pada kita cuba memahami apa yang telah berlaku, doa dan ingatan kita adalah untuk keluarga dan rakan-rakan mereka yang berada di dalam pesawat. Saya tidak dapat bayangkan keperitan yang sedang mereka rasakan waktu ini. Penumpang dan kakitangan kabin pesawat datang dari pelbagai negara. Namun hari ini, tidak kira apa pun kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan." - Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak
15 Comments
:(( Super sedih dengan berita ni. Belom lagi reda pasal MH370, datang pulak berita yang ini.
Apa-apa pun jom sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga yang pergi itu Syahid, insyaaAllah.
Ya, kita bersatu hati, menghadapi dugaan ini, tak kira warganegara.
Al-Fatihah...Lepas satu, satu yang menimpa MAS
ujian pada bulan puasa.. salam takziah kepada keluarga mangsa
Salam takziah dan al fatihah pada yang terkorban..
Lagi-lagi syawal menjelang
takziah buat mereka
memang sangat terkejut dgn kejadian ini, namun ada mesej yg ingin disampaikan agar kita semua bersatu. Alfatihah buat mangsa yg beragama islam dan semoga roh mereka ditempatkan bersama org beriman
siapa yang akan dipersalahkan
semoga mas terus bersabar dan membuat come back nanti. takziah kepada keluarga mangsa.
Kotak hitam MH17 telah pun diserahkan pada pihak Malaysia. Moga akan terungkai persoalan selepas ini.
Sukar nak digambarkan. Sangat bersimpati ke atas keluarga mangsa. =(
memang sedih dengan tragedi nahas mh17 nih..
kena banyak bersabar dan musahabah.
Tragedi yang tidak dapat dijangka.
INSYA ALLAH. Semoga kebenaran akan terjawab.
Berita ni mmg sangat sedih & tak boleh diterima apa lagi dengan MH370 yang masih misteri